Wednesday, 31 July 2013

ZINA SUDAH JADI AMALAN HARIAN BIASA DI MALAYSIA!!!


GADIS 16 TAHUN MENGAKU PERNAH BERZINA DENGAN LAPAN LELAKI!!!




KUALA LUMPUR: Pengajaran dan 
peringatan buat ibu bapa apabila 
seorang gadis mengaku melakukan 
hubungan seks sehingga lima kali 
seminggu dengan teman lelaki 
seusia di rumah kedua-dua keluarga 
mereka ketika masing-masing baru 
berusia 14 tahun.


Lebih mengejutkan, Azy, kini 
berusia 16 tahun, mengaku pernah 
‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang 
dua tahun terbabit dalam hubungan 
terlarang itu.


Menurut gadis berasal dari Pantai 
Timur itu, kali pertama dia melakukan 
seks di rumah teman lelaki seusia 
dengannya dan sejak itu sering melakukan
nya apabila ada kesempatan.


“Dalam seminggu, boleh dikatakan 
empat hingga lima kali saya 
melakukan hubungan seks dengannya.


“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana 
saya tinggal berdua di rumah nenek, 
ada masanya saya bawa teman lelaki 
pulang atau melakukannya di rumah 
teman lelaki apabila ibu bapanya 
tiada,” katanya ketika ditemui Metro 
Ahad.


Azy berkata, sejak mengenali seks pada 
usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri 
untuk memuaskan nafsunya.


Katanya, sebagai pelajar yang sering 
ponteng dan melepak bersama 
rakan, bertukar teman lelaki 
adalah kebiasaan.


“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada 
masa itu, saya cari yang lain dan tak 
susah mendapat teman baru.


“Cukup dengan menawarkan diri 
untuk ditiduri, senang-senang saya 
dapat teman baru,” katanya yang 
melahirkan anak tidak sah taraf, baru-
baru ini.


Walaupun sering bertukar pasangan 
dan melakukannya dengan rakan rapat 
lain, Azy mengakui tidak pernah hamil 
anak luar nikah, dan ini kali pertama 
dia mengandung hasil hubungan 
dengan teman lelakinya yang tinggal 
berjiran.


“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, 
kami tidak pernah guna kondom atau 
pil pencegah hamil. Saya juga tidak 
pernah terfikir akan hamil kerana hanya 
tahu seronok melakukannya,” katanya.


Menurut Azy, sebelum disahkan 
mengandung, ibu bapanya tidak 
tahu dia terbabit dalam gejala sosial 
dan antara pelajar bermasalah di 
sekolah.


Katanya, oleh kerana melakukannya 
bersama rakan lain, setiap 
perbuatan dilaporkan berjaya 
dirahsiakan daripada pengetahuan 
keluarga.


“Biasanya, bila saya ditahan polis 
seperti bergaduh atau cikgu mengadu 
kepada ibu bapa… kawan 
menjadi penyelamat.


“Saya dan rakan berpakat untuk mereka 
cerita lain hinggalah ibu bapa kami 
percaya kami tidak bersalah. Sama seperti 
bila ditahan kerana bergaduh, kami 
berpakat bahawa kami bergaduh 
untuk mempertahankan rakan yang 
dibuli pelajar lain,” katanya.


Menurut Azy, dia disahkan hamil 
ketika pemeriksaan di klinik selepas 
neneknya mengadu mengenai 
perbezaan bentuk tubuhnya kepada 
ibunya.


“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya 
terbabit dalam perlakuan tidak 
bermoral kerana di rumah, saya lebih 
banyak mendiamkan diri dan 
membantu keluarga bila disuruh 
melakukan kerja rumah.


“Semua perkara buruk itu saya buat 
bila ponteng sekolah dan keluar pada 
waktu malam,” katanya.


Mengakui terkenal sebagai antara 
pelajar bermasalah kerana kerap ponteng 
dan bergaduh hingga beberapa kali 
ditahan polis, Azy turut mengakui 
sering bersembang dan menonton cerita 
lucah dengan rakan lain.


“Asalnya, saya bersama teman lelaki 
dan rakan hanya bersembang 
mengenai perkara lucah. Namun, 
lama-kelamaan ia bertukar menjadi 
tabiat.


“Ada antara kami mengaku pernah 
melakukan seks dan mengajak 
rakan lain mencubanya. Bermula 
daripada situ, kami belajar mengenai 
seks selain kerap bertukar video 
lucah,” katanya.


Laili Qalid (bukan nama sebenar),
20, pula tidak menyangka akan hamil 
selepas kali pertama melakukan 
hubungan terlarang dengan teman 
lelaki.


Dia yang juga berasal dari Pantai 
Timur melahirkan anak di rumah 
teman lelakinya di ibu negara tanpa 
diketahui ahli keluarga lain.

No comments: