Friday, 9 August 2013

CINTA HALAL~Isteri solehah~!!!

~Isteri solehah~


GAMBAR HIASAN.

Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suami dia. Bapak mertua dengan polis forensik tak bagi.Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri, jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.




Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanya apa hal. Kemudian ustaz tu kata tak pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, 




Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."



Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku




Membasuh tubuh jenazah suami sambil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku""



Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"





Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."


Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

~ حسبنا الله ونعم الوكيل ~
الله الله الله ღ ღ الله الله الله Cinta Halal الله الله الله ღ ღ الله الله الله

No comments: