Tuesday, 6 August 2013

MAHFUZ MURID LINUS TEGAR!!!


SERANGAN PERTAMA MAHFUZ TERHADAP MUKHRIZ..!!! TAKUTNYAAAAA..!!!


















Padanlah ramai puak-puak PAS di Kedah 
merungut sakan apabila Mahfuz Omar dilantik 
sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan 
bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak 
yang masih terlantar di hospital.


Selain dari suka mengeluarkan kenyataan yang 
bertaraf budak tak sekolah, Mahfuz dikatakan 
mempunyai tahap IQ yang sangat lemah untuk 
memahami masalah atau isu yang dikemukakan 
padanya.


Terbaru, saya difahamkan bahawa Mahfuz telah 
dikunjungi oleh beberapa bekas kakitangan 
Insaniah Holdings yang telah ditutup baru-baru 
ini ekoran hampir muflis dan gagal mencatat 
keuntungan. Kononnya, mereka mahu mengadu 
nasib pada Mahfuz...


Hasil dari perbincangan itu, Mahfuz telah mengugut 
Kerajaan BN Negeri Kedah yang baru berusia lebih 
kurang 3 bulan untuk membayar gaji bekas 
kakitangan Insaniah Holdings yang dikatakan 
tidak dibayar selama 2 hingga 3 bulan ini.


Kata Mahfuz, jika Mukhriz tidak selesaikan pembayaran 
gaji bekas kakitangan Insaniah Holdings itu, dia konon
nya akan membawa isu tersebut mengadap DYMM Yang 
DiPertuan Agong.


Pada saya, kalau ugutan Mahfuz itu ditujukan pada 
budak kecil yang belum bersunat, mungkin budak itu 
akan “terkucil” ketakutan. Tapi kalau dia berniat 
untuk mengugut Kerajaan BN Kedah begitu, rasanya 
dia yang akan malu sendiri kelak...


Untuk pengetahuan umum, Insaniah Holdings adalah 
syarikat utama yang ditubuhkan oleh PAS Kedah sejak 
mula mereka menjajah Kedah dulu. Kolej Universiti 
Insaniah (KUIN) yang mendapat peruntukan lebih 
kurang RM15 juta setahun itu diletakkan di bawah 
pengurusan Insaniah Holdings.


Pada mulanya, Insaniah Holdings menerima peruntukan 
yang agak lumayan untuk memulakan perniagaan. 
Dibawahnya ada beberapa anak syarikat seperti Insan 
Medik, Insan Fasih, Insan Maya, Insan Bestari dan 
sebagainya. Semuanya bertaraf syarikat “sendirian 
berhad”.


kuin (1)


















Tujuan syarikat-syarikat tersebut diwujudkan adalah 
untuk menjana perniagaan di mana para CEOnya perlu 
bijak mencari peluang menjana keuntungan bagi 
menampung semua anak-anak syarikat, termasuk kos 
KUIN.


Peliknya, sepanjang 5 tahun beroperasi, tidak ada 
satu pun syarikat tersebut yang berjaya menjana 
keuntungan! Malah wang peruntukan sebanyak RM15 
juta yang sepatutnya menjadi milik KUIN turut dirampas 
dan “disyarikat”kan.


Hasilnya, KUIN yang dulu tidak punya sebarang 
masalah kewangan, jadi huru-hara apabila ratusan 
kakitangannya telah dizalimi. Gaji lambat dibayar, 
wang potongan zakat dan sewabeli rumah atau 
kenderaan diseleweng, sehingga mereka bangkit 
mengadakan gerakan “Bersih KUIN”.


Peliknya, CEO-CEO Insaniah Holdings tidak pula 
berdemo bersama “Bersih KUIN”! Nak tahu kenapa? 
Mungkin mereka kenyang dengan gaji lumayan 
yang diberikan PAS Kedah melalui Rektornya, Dr. 
Jamil Osman. Malah ada diantara mereka yang 
dikatakan bergaji RM45,000 sebulan termasuk elaun!


gaji












Sudahlah mereka gagal menjana keuntungan untuk 
Insaniah Holdings, gaji mereka pula besar-besar 
belaka. Mereka “belasah” pula duit KUIN? Ingatkan 
mereka cari bisnes diluar, sebaliknya mereka hanya 
mampu berbisnes dengan KUIN.


Insaniah Holdings seolah-olah menjadi “consultant” 
apabila pihak syarikat itu diberi kuasa menguruskan 
pensyarah-pensyarah dan pengajian di KUIN. 


Maksudnya, KUIN akan membayar wang pada 
Insaniah Holdings sebagai “yuran pensyarah” dan 
“pengurusan”? Padanlah KUIN hampir muflis!


Lebih parah lagi, Insaniah Holdings tambah pula 
hutang dengan membina kampus KUIN di Kuala Ketil 
yang berharga RM330 juta! Sebuah syarikat yang rugi, 
tiba-tiba buat pula hutang yang tidak mampu 
dibayar? Bisnes jenis apakah itu?


Bila BN mengambil alih Kedah semula, syarikat-
syarikat tersebut telah ditutup dan sebahagian 
dari kakitangannya telah diserap masuk sebagai 
kakitangan tetap KUIN, manakala CEO-CEO yang 
bergaji besar yang bertaraf kontrak itu telah 
ditamatkan kontraknya.


Cuba anda ke KUIN dan tanya bekas kakitangan 
Insaniah Holdings itu tentang gaji mereka. Saya yakin 
mereka akan tersenyum lebar bila KUIN diisytihar 
sebagai badan berkanun dan diberikan pelbagai hak 
yang sebelum ini dinafikan oleh PAS Kedah.


Misalnya, kenaikan gaji kakitangan sebanyak 13% 
yang dinafikan PAS Kedah dengan alasan KUIN 
adalah syarikat swasta, telah diberikan semula oleh 
Kerajaan BN Kedah. Sudah tentu kakitangan KUIN 
berterima kasih, bukan?


demo kuin
















Yang tak terima gaji itu ialah CEO-CEO pegawai 
lantikan bergaji besar bertaraf kontrak yang terdiri 
dari kalangan puak-puak PAS dan Pakatan Haram! 
Kontrak mereka telah ditamatkan dan notis yang 
sah di sisi undang-undang kontrak telah diberi. 
Kalau tak puas hati, silalah ke mahkamah!


Persoalannya, Mahfuz tahu ke tentang semua itu? 
Mahfuz tahu tentang apa yang berlaku sebenarnya 
di KUIN? Ini bukan soal politik. Ini soal Kerajaan BN 
cuba menyelamatkan KUIN yang hampir dihancurkan 
PAS Kedah dulu.


Saya masih ingat pesanan Ustaz Azizan pada Mukhriz 
ketika beliau jatuh sakit tempohari. Beliau mahu 
Mukhriz selamatkan KUIN dan teruskan kecemerlangan 
kolej universiti kebanggaan rakyat Kedah itu. Dan saya 
yakin, itulah yang dilakukan Mukhriz sekarang!


Jadi tak payahlah Mahfuz “mengacum” pada DYMM 
Yang DiPertuan Agong. Lagipun, setiap laporan 
mengenai perkembangan KUIN turut dimaklumkan 
pada Baginda Tuanku sebagai Canselor KUIN. 
Baginda Tuanku tahu apa yang Mukhriz buat...


Sepatutnya, Mahfuz nasihatkan CEO-CEO Insaniah 
Holdings yang datang bertemu dengannya supaya 
membayar gaji para pekerja mereka dan diri mereka 
sendiri. Takkanlah hutang syarikat “sendirian berhad” 
pada kakitangan wajar dilangsaikan oleh Kerajaan 
Negeri?


Kalau Kerajaan Negeri perlu langsaikan hutang 
syarikat swasta, bankraplah begitu! Mahfuz tahu ke 
semua ini? Atau dia masih lagi “blur kelabu asap”?


Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

kau terang lg 3 kali pun dia tak paham..