Monday, 19 August 2013

10 Perbezaan Lucu Antara Lelaki & Perempuan.


JIKA kita membahaskan tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan, perkara tersebut takkan ada penghujungnya. Selain perbezaan fizikal ada banyak lagi perbezaan lain... seperti sikap, bahasa tubuh, dan sebagainya.

Jangan khuatir dengan hal ini kerana perbezaan inilah yang membuatkan lelaki dan perempuan saling melengkapi.

Ini senarai 10 perbezaan lucu antara lelaki dan wanita yang mungkin selama ini kita tidak sedar... :


1. Ketika menguap, perempuan akan menutup mulut dengan tapak tangan yang terbuka. Tapi lelaki menutup mulut dengan tangan mengepal semasa menguap... itupun kalo dia orang nak tutup mulut laaa!



2. Perempuan membuka baju dengan menarik bahagian bahu ke atas, tapi lelaki menarik dari bahagian paling bawah ke atas.




3. Ketika dipanggil, perempuan akan menolehkan wajahnya, tapi lelaki akan memusingkan seluruh tubuh.




4. Perempuan tidak selesa jika tangannya tidak menyentuh sesuatu. Sebab itu biasanya perempuan akan memegang handphone, buku atau tangan seseorang. Lelaki ada kisah pasal tu??




5. Ketika menuruni jalan yang curam, perempuan akan berjalan menyamping ke sini, sedangkan lelaki akan berjalan terkangkang-kangkang.




6. Perempuan akan bercakap secara berkias jika mahu menyebut bahagian sulit. Sedangkan lelaki selamba saja menyebut bila membicarakan soal itu.




7. Ketika berjalan tanpa alas kaki di jalan yang panas, perempuan akan berjingjit dengan hujung kaki, sedangkan lelaki akan menggunakan tumitnya.




8. Perempuan mengepit paha, tapi lelaki mengangkang bila duduk di kerusi.




9. Perempuan akan menutup telinganya dengan satu jari sahaja semasa menutup telinga, sedangkan lelaki akan menutup menggunakan tapak tangan mereka.




10. Bila diminta untuk menunjukkan tangan, lelaki akan menunjukkan telapak tangannya. Sedangkan perempuan lebih suka menunjukkan belakang tangannya.



Macamana?? Kau orang setuju dengan fakta-fakta di atas?? Kalau kau orang perempuan tapi suka melakukan perkara seperti lelaki, begitu juga sebaliknya oleh lelaki.... baik berwaspada, pasti ada sesuatu yang tak kena!!

1 comment:

Unknown said...

Salam Tuan, untuk pengetahuan tuan saya telah pautkan blog tuan dalam blog saya http://mediagagak.blogspot.com/, mohon dipautkan kembali, terima kasih.