Tuesday 13 August 2013

SYIAH BERSANGKUTAN SOAL AKIDAH,BUKAN BOLEH DIBUAT MAIN-MAIN!!!


Mandi Mayat Secara Berdiri Amalan Syiah di Kuala Kedah?



Cerita mengenai syiah di Kedah ni semakin parah, ingat kat Pendang saja tersebar ajaran syiah, rupanya di Kuala Kedah pun dah ramai.


Mengikut blog Medan Tempur, disebalik laporan isu jenazah pengikut Syiah diuruskan mengikut fahaman Syiah baru baru ini, rupa rupanya ada cerita yang tersembunyi dibelakang isu itu..


Baru baru ini, aku dapat maklumat bahawa pengikut Syiah yang meninggal dunia itu adalah ahli Pas dan pernah menjawat jawatan dalam Pas Kuala Kedah..


Menurut sumber, si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada ketua Syiah Kedah dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian (kebumikan mengikut fahaman Syiah) ketika sedang sakit di sebuah hospital.


Selepas si mati meninggal dunia, jenazah beliau dibawa balik ke Kuala Kedah dan segala urusan mandi dan kafankan jenazah mengikut wasiat yang ditulis si mati.. Orang orang kampung tidak dibenarkan untuk melihat urusan mandi mayat kerana kumpulan Syiah yang didatangkan khas dari Pendang melakukan semua proses ini..


Menurut sumber lagi, si mati dimandikan dengan cara menegak dan dikafankan dengan kain yang ditulis doa doa didatangkan khas dari Iran..


Di fahamkan semua pimpinan Pas Kedah datang ziarah arwah dan beberapa pemimpin Pas pusat juga datang tetapi mereka tidak menegur langsung upacara tersebut..

Yang peliknya pemimpin Pas seperti menghalalkan ajaran Syiah dalam parti mereka dengan membiarkan hal ini berlaku tanpa ada sebarang suara untuk menyekat ajaran ini.

Ini bermakna pimpinan tertinggi Pas tahu bahawa ada dikalangan ahli mereka menganut syiah. Malah ada diantara pimpinan tertinggi Pas juga 'mesra' syiah, cuma masih belum berani 'istihar' diri syiah sepenuhnya.

Mc harap, penguatkuasa dan jabatan agama kena benteras syiah secara serius, kalau tak ianya akan terus menular dalam masyarakat.

Harap serius teliti setiap laporan mengenai syiah sebab ianya laporan dari masyarakat. Kalau ianya tak teruk, masyarakat takkan bertindak.

Takkan nak tunggu teruk baru nak bertindak?-kedahkekl.

No comments: