Monday 12 August 2013

Tokong Diusung Ke dalam Surau Untuk Ritual Buddha!!!

















KAMI menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak 
kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai 
agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual 
keagamaan mereka dalam sebuah surau.

Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, 
Kota Tinggi Johor.
Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv 
atau pemilik saluran 
YouTube sebastianphiu semalam.

Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan 
resort.

Tokong dibawa ke dalam Surau dan ritual agama Buddha diadakan di dalamnya



















Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.
com  ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.
Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut 
Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual 
mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat 
suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat 
sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletak
kan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam 
resort.

Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program 
Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan 
upacara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka 
kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera 
Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan 
anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut 
beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan 
dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi 
mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan 
kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan 
mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka 
secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan 
kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,” katanya 
kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian 
itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak 
kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan 
upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, 
katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan 
ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan 
direkodkan – Mynewshub.my



No comments: