Friday, 30 August 2013

DI MALAYSIA BOLEHLAH.DI INDONESIA JANGAN!!!!



Rakyat Malaysia Berhadapan Hukuman Penjara.

perse


KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia mungkin berhadapan dengan hukuman penjara lima tahun kerana didakwa mempersendakan bendera Indonesia.
Broderik Chin, membuat ‘gurauan’ itu selepas pekerjanya gagal mencari bendera untuk dikibarkan sempena hari kemerdekaan Indonesia.
Dia telah didakwa berkata bahawa bendera tersebut “boleh digantikan dengan seluar dalamnya yang berwarna merah”.
Menurut Jakarta Post, Chin telah berbuat demikian pada 16 Ogos, iaitu sehari sebelum hari kemerdekaan negara itu.
Chin merupakan pengurus besar kilang kelapa sawit PT Kreasi Jaya, sebuah anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).
Pesuruhjaya Kanan Polis Indonesia, Agus Rianto berkata ada kemungkinan Chin bergurau atau marah dengan pekerjanya.
Katanya tindakan Chin telah menaikkan kemarahan penduduk tempatan di Dumai yang selepas itu telah melakukan bantahan di luar kilang.
Berikutan bantahan itu, polis Dumai telah menahan Chin pada 21 Ogos lalu.
Menurut Agus lagi, Chin akan di dakwa di bawah Artikel 66 Akta 2009 berkaitan bendera, bahasa, simbol dan lagu negara.
Berdasarkan laporan Jakarta Post, Chin bakal berdepan dengan hukuman penjara lima tahun atau denda Rp 500 juta (RM 150,762).N- mD

No comments: