Tuesday, 20 August 2013

PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN SPESIS DUBUK PARIA!??!?!?!?


Umno Parti Untuk Kontraktor.



UBAH UMNO - TOLAK KONTRAKTOR JADI PEMIMPIN/CALON!!

CheLong (Azlan Yusof) calon PAS dibelasah teruk semasa PRK Kuala Besut. Antara faktornya lebih mementingkan perniagaan dari khidmat kepada rakyat [KLIK SINI]. CheLong seorang kontraktor yang dicalonkan atas faktor untuk 'menyelamatkan' dana PAS, bagi membolehkan dana tersebut disalurkan ke PRK yang lebih penting untuk mereka pertandingkan.

Mujurnya BN ketika itu mempertaruhkan calon muda dari golongan profesional (jurutera), Tengku Zaihan yang membuatkan lebih ramai rakyat Kuala Besut meyakini aspirasi beliau. 

Bayangkan jika BN juga memilih calon dari golongan kontraktor yang jarang sekali berjaya atas kapasiti usaha sendiri, kebanyakan memperolehi kekayaan dengan jalan mudah - kabel & korupsi....

baca seterusnya:
http://www.1peluru.com/2013/08/pemilihanumno-prk-tolak-kontraktor-jadi.html'


Bila tiba pilihanraya, kita sering kedengaran 
dimana ahli Umno berbicara soal kemenangan, 
namun pada Pemilihan Agung Umno sebahagian 
besar daripada mereka terleka apabila tanpa 
memikirkan masa depan parti dengan rakusnya 
memilih pemimpin yang jelas hanya untuk 
mencari kepentingan peribadi semata-mata, 
atas hakikat itu adakah masih layak untuk ahli-
ahli Umno bercakap mengenai kemenangan 
jika masih mahu mengekalkan dengan cara 
sekarang ?


Jika kita lihat dalam Umno khasnya di 
Kelantan, kebanyakkan pemimpin yang dipilih 
itu adalah dari kalangan kontraktor yang 
langsung tidak mengenal erti perjuangan 
demi agama, bangsa dan negara, apa yang 
mereka tahu cumalah simen, batu-bata, pasir, 
tar atau bahan binaan yang lain. 

Apakah 
Umno ingin dikenali sebagai persatuan untuk 
kontraktor-kontraktor. Tidaklah salah untuk 
kontraktor diangkat jadi pemimpin, tapi yang 
salahnya apabila orang yang benar-benar 
berkelayakkan langsung tidak diberikan 
ruang untuk berkhidmat kepada parti.


Apa ke jadahnya kalau Ketua Bahagian 
seorang kontraktor, Ketua Wanita pun 
kontraktor, Ketua Pemuda pun kontraktor, 
Ketua Puteri pun kontraktor dan semuanya 
kontraktor, dimanakah Doktor ? Peguam ? 
Ulamak dan golongan profesional yang 
lain ? Tidak berminatkah mereka untuk 
berkhidmat kepada Umno ?


Demi kepentingan peribadi kita menutup 
mata perkara itu, kita membiarkan perkara 
itu terus berlaku dan berlaku, sehinggakan 
budak sekolah dan orang kurang siuman 
pun tahu yang mana pemimpin dalam Umno 
ni semuanya kaki projek, Apakah dengan 
pelabelan itu Umno akan terus kekal relevan ?


Untuk apa kesemua pemimpin Umno itu 
dipilih dari kalangan kontraktor ? Kalau 
setakat Ketua Bahagian jer kontraktor tak 
kisahlah sangat, tapi pemimpin sayap parti 
pun sama juga, kalau kesemua mereka 
ni kontraktor, berwibawakah mereka ? 
mampukah mereka berfikir akan bagaimana 
strategi untuk memenangkan parti ?.


Malah sebagai contoh, daripada jawatan 
Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian ia maju 
lagi setapak untuk bertanding bagi jawatan 
Ketua Pemuda Umno Bahagian, biarpun tanpa 
sebarang sumbangan yang boleh dibanggakan 
kepada parti, ia tetap berpeluang cerah untuk 
dipilih ke jawatan yang bakal menghasilkan 
projek itu.


Sebagaimana yang diperkatakan oleh Mantan 
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 
bahawa, 


UMNO bukan lagi dihormati oleh orang 
Melayu. Kesetiaan dan sokongan orang Melayu 
kepada parti yang berjaya memerdekakan negara, 
berjaya membangunkan negara, berjaya 
menebus balik maruah orang Melayu, 


bukan 
sahaja sudah hilang tetapi kerap dipandang 
hina oleh mereka dan juga bangsa lain, 
terutama dalam kalangan generasi muda. 


Kenapakah? Sebabnya UMNO sudah tidak lagi 
berpegang kepada perjuangan asalnya, perjuangan 
untuk bangsa, agama dan negara. UMNO dianggap 
sebagai parti yang berjuang hanya untuk orang 
tertentu dalam parti, orang yang menjadi ketua di 
peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya, 
berjuang untuk diri sendiri, untuk memperkayakan 
diri, untuk jawatan dan gelaran, untuk kuasa 
yang boleh disalah guna oleh mereka; 
menjadi Yang Berhormat (YB) dan Yang 
Amat Berhormat (YAB). 


Ahli berguna hanya untuk sokong supaya individu 
tertentu ini mengisi ketamakan mereka. Untuk 
ini ahli disogok dengan wang dan bermacam-
macam lagi sogokan seperti lawatan ke luar 
negara . Dengan ini seluruh ahli UMNO 
terlibat dengan rasuah, iaitu menjual undi 
mereka dengan duit. 


Tidak ada lagi semangat perjuangan untuk bangsa, 
agama dan negara. Dan tidak pun ada kesetiaan 
kepada UMNO sendiri kerana kesetiaan sudah 
beralih daripada parti kepada individu tertentu. 


Walaupun sedar sikap dan tindakan ahli serta 
pemimpin akan menghakis kekuatan parti dan 
sokongan kepadanya oleh orang ramai dan 
akan kalah dalam pilihan raya dan tidak lagi 
akan berkuasa, tetapi individu tertentu lebih 
diutamakan daripada parti. 


Biarlah parti 
kalah asalkan kepentingan orang tertentu ini 
dilayani. Maka jadilah budaya cantas mencantas. 
Kalau tak dapat, rosakkan sahaja parti dan 
masa depan bangsa dan negara. Dan siapa 
juga yang dicalon, ada sahaja yang tidak 
dicalon akan cantas. Oleh itu calon UMNO 
semua akan kalah termasuk yang winnable, 
kononnya boleh menang pun akan kalah juga. 


Hari ini siapa yang mendapat jawatan dalam 
UMNO, yang menjadi ketua cawangan, ketua 
bahagian akan dapat habuan, akan jadi ketua 
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan 
Kampung (JKKK) yang diberi elaun, mendapat 
kontrak dan bagi ketua bahagian, kemungkinan 
jadi calon untuk Dewan Undangan Negeri 
(DUN) atau Dewan Rakyat. 


Kalau menang 
boleh desak untuk menjadi Menteri. Jika tidak 
dapat, apabila parti menang kecil, sanggup ugut 
keluar parti. Sesungguhnya menjadi ketua di 
peringkat apa pun dalam UMNO amat 
menguntungkan. 


Justeru tentukan tiada siapa boleh cabar 
ketua yang sedia ada. Ini dibuat dengan tidak 
membenarkan sesiapa yang lebih terpelajar 
atau lebih berkaliber masuk UMNO. 


Permohonan mereka dihilangkan, ditolak atau 
diketepikan. Dengan itu tiada sesiapa yang 
lebih layak daripada ketua cawangan atau 
bahagian dapat menjadi ahli UMNO. Yang 
dapat hanyalah mereka yang tidak mampu 
mencabar ketua cawangan atau bahagian. 


Dengan tindakan ini berkuranglah ahli 
yang berbakat, berkaliber dalam UMNO. 
Hendak tidak hendak mereka yang berkebolehan 
terpaksa menyertai parti-parti lawan yang 
sedia menerima mereka dan mencalonkan 
mereka. Maka calon-calon UMNO pun dilihat 
kurang layak daripada calon parti lawan 
dan besar kemungkinan dikalahkan. 


Sementara itu apabila ketua cawangan atau 
bahagian sakit atau meninggal dunia, pengganti
nya tentulah kurang kelayakan daripadanya. 
Dengan itu kualiti kepimpinan UMNO merosot 
sehingga sukar untuk mencalonkan sesiapa yang 
berkaliber, yang boleh jadi Menteri, atau 
Perdana Menteri atau Menteri Besar.

No comments: