Thursday, 8 August 2013

ISTERI MAHU BERASMARA SUAMI PENAT PULA!!! BAHAYA TU!!!




London: Wanita tidak lagi menjadikan sakit kepala, 
sakit perut atau letih menguruskan anak sebagai 
alasan menolak ajakan suami berasmara.


Kini lelaki pula yang semakin kerap memberi alasan itu,menurut satu kajian terbaharu.  Kajian itu mendapati, lebih separuh responden lelaki mengakui menolak ajakan seks lebih kerap, lapor akhbar Daily Mail. 


Penyelidikan farmasi online di United Kingdom mendedahkan, lelaki lebih berkemungkinan 
menolak ajakan pasangan mereka dalam perkara 
itu dan letih serta tekanan kerja adalah alasan 
paling biasa.


Kajian yang dilakukan oleh ukmedix.com, meninjau pandangan 1,922 lelaki Britain berusia melebihi 18 
tahun dan ada hubungan jangka panjang. 


Ia dijalankan selepas laman itu mendapati wujud peningkatan ketara dalam pencarian ubat menaikkan syahwat dalam dua minggu pertama bulan Januari 
2013.


Responden ditanya soalan berkaitan kehidupan seks mereka dengan pasangan.Mereka ditanya siapa lebih kerap menolak ajakan melakukan hubungan seks dan 
62 peratus lelaki mengaku mereka yang berbuat 
demikian.


Mereka kemudian ditanya apakah alasan paling kerap diberi kepada pasangan untuk tidak melakukannya.


Lima alasan paling popular ialah terlalu letih - 45 peratus, diikuti tekanan kerja - 39 peratus, sakit 
kepala - 39 peratus, terlalu kenyang selepas makan malam (29 peratus) atau mahu menonton rancangan 
di televisyen, 24 peratus.


Sebaliknya, apabila diminta memberikan punca 
sebenar mereka menolak ajakan seks, alasan lima 
teratas termasuk tidak selesa dengan tubuh iaitu, 
39 peratus dan kurang bernafsu, 35 peratus. 


Mereka juga ditanya kekerapan hubungan seks 
dengan pasangan. 42 peratus responden lelaki menjawab, dua minggu sekali. - Agensi
 

No comments: