Thursday, 22 August 2013

Apa Sudah Jadi???INKUES! INKUES! INKUES! TIADA KERJA LAIN!!!
























Polis Pulau Pinang menafikan dakwaan anggota 
keluarga lima geng kongsi 
gelap yang mati  ditembak dalam kejadian berbalas tembakan awal pagi 
semalam, bahawa anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi itu tidak 
mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi sebaliknya berkata
pihaknya mengikuti SOP yang ditetapkan sebelum mengambil sebarang 
keputusan dalam operasi itu.

“Mengenai dakwaan bahawa polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah 
suspek tanpa perkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum 
masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk mereka terus 
melepaskan tembakan ke arah polis.



















Pagar Polis di tulis seperti yang tidak puas hati....

“Kita bertindak balas mengikut SOP dan hanya beberapa tembakan sahaja 
dilepaskan dan mengenai mereka, bukan seperti yang didakwa pihak 
berkenaan (keluarga suspek),” katanya kepada pemberita selepas Majlis 
Perjumpaan Bersama Petugas Op Selamat 3/2013 di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa keluarga lima lelaki berkenaan tidak
berpuas hati terhadap tindakan polis yang menembak suspek secara 
bertubi-tubi dan mendakwa ia tidak mengikut SOP.

Dalam kejadian itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi 
gelap yang dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana 
terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan
Negeri Sembilan.

Abdul Rahim turut menafikan khabar angin mengenai saki baki anggota 
geng kongsi gelap itu cuba menyerang polis kerana marah dan ingin 
membalas dendam dengan tindakan anggota keselamatan yang menembak 
mati rakan mereka.

“Setakat ini kita memang tidak ada maklumat mengenai perkara itu dan 
saya percaya ia hanya khabar angin, tetapi polis akan mengambil langkah 
berjaga-jaga.

“Jika mereka balas dendam, kita sebagai pegawai dan anggota keselamatan 
akan bertindak, polis tidak akan biarkan begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu katanya polis menerima empat laporan daripada keluarga lima 
lelaki berkenaan yang mahu diadakan inkues berhubung kematian suspek.

“Kita terima laporan mereka dan akan siasat mengenai laporan polis
itu. Berhubung mahu mengadakan inkues, itu bukan keputusan polis, 
mereka (keluarga suspek) boleh mohon,” katanya. – BERNAMA

No comments: