Tuesday, 20 August 2013

NAMA AJE ISLAM,PERANGAI MUNAFIK!!!

BERAT... BERAT HARAKAH SIARKAN GAMBAR PALSU KRISIS MESIR.

Harakah hari ni telah menyiarkan sekeping 
gambar yang didakwanya ahli-ahli Parlimen 
Jerman berdiri memberi penghormatan kepada 
rakyat Mesir yang terkorban.

Dengan menggunakan tajuk "Gempar! 
Ahli Parlimen Jerman beri penghormatan roh 
syuhada".., Harakah juga menerbitkan artikel 
seolah-olah ahli Parlimen Jerman lebih baik 
dari Ahli Parlimen di Malaysia.

Malangnya, gambar yang disediakan oleh 
HarakahDaily tersebut terbukti gambar palsu 
yang telah disiarkan pada tahun 2009 melalui 
sebuah video klip yang bertajuk 
"Die heuchlerische Brut".

Harakah dilihat telah secara sengaja 
bertujuan membangkitkan kemarahan para 
pembacanya terhadap kerajaan Malaysia 
serta sengaja menghasut para pembacanya 
supaya membenci pihak pemerintah negara ini.
Dibawah ini adalah merupakan video 
klip yang mengandungi gambar palsu pada minit 
1:30 yang disiarkan oleh Harakah tersebut. 
Jelas tertulis bahawa video ini dihasilkan pada 
tahun 2009 dan tak ada kaitan langsung dengan 
krisis yang berlaku di Mesir.


No comments: