Wednesday, 7 August 2013

HANYA ANJING YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN ANJING.ANJING BESAR TAK SEDAR YANG DIRINYA PUN ANJING BULLDOG BROWER!!!

PANASS!!...PKR SOKONG PENUH TOMBOY ANJING!!!

TERLALU JAHIL  DALAM MEMBEZAKAN ANTARA POLITIK DAN AKIDAH!!!

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kerajaan sebagai ‘terlebih tindakan’ 
terhadap wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anjing
-anjingnya, Maznah Mohd Yusof, 38, juga dikenali 
sebagai Chetz.


” (Sepatutnya) hanya beri teguran dan beri dia 
peluang untuk membela diri,” kata Anwar dilapor
kan FMT ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR 
di Petaling Jaya hari ini.


Anwar membuat kenyataan itu selepas Jabatan 
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan 
status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ yang 
disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah 
menghina Islam.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri 
Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah 
mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu 
kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 
(SKMM).


Sebelum ini, Chetz telah direman dua hari di Ibu 
Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor untuk 
membantu siasatan setelah diambil keterangan 
di Bukit Aman pada Khamis.



“Kita berdiam diri mengenai perkara-perkara yang 
lain. Kita ada Muslim yang memperoleh saham dalam 
San Miguel Corp dan tiada siapa yang mengapa-
apakannya.


“Ini mencerminkan keburukan pada apa yang 
sepatutnya menjadi keutamaan kita,” kata Anwar.


Anwar turut menuduh kempen membendung Syiah 
yang dilakukan kerajaan sebagai muslihat untuk 
menyerang Pas.


“Walau bagaimanapun, saya fikir (Presiden Pas) 
Hadi Awang telah membuat penjelasan yang baik 
mengenai perkara itu.


“Walaupun di Malaysia kita adalah orang Islam 
Sunni, (tetapi) kita tidak harus sama sekali 
mengajar kebencian terhadap kumpulan Syiah” 
katanya.


Sementara itu, Latheefa Koya yang menjadi 
peguam kepada Chetz mengkritik Timbalan 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk 
Jailani Johari yang didakwanya bersifat 
prejudis terhadap hak-hak undang-undang 
wanita itu.


Jailani dipetik sebagai berkata bahawa Chetz 
memerlukan pemulihan oleh JAKIM kerana 
lemah akhlaknya.


“Kami terkejut bahawa Kementerian telah 
membuat serangan ke atas kelakuan dan 
moral orang awam secara peribadi.


“Ini semangat yang tiada toleransi dan 
ketaksuban tidak boleh diterima,” katanya 
dalam satu kenyataan bersama dengan 
seorang lagi peguam, N Surendran.


Latheefa dan N Surendran adalah aktivis 
PKR yang juga peguam dari Lawyers For 
Liberty (LFL). 

No comments: