Friday 23 August 2013

KEPALA SAMSENG!!!LANTIK AJE DIA NI JADI MENTERI INKUES!!!

Ahmad Zahid Sengkeh Kepala P. Waytha Moorthy!!! 



















PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk 
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan 
kenyataan bercanggah dengan dasar yang 
ditentukan kerajaan.


Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy 
mempersoal penjelasan polis bahawa lima 
penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang 
baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak 
menembak dengan polis.


Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai 
berkata 
beliau tidakp percaya berlaku tembak menembak
antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya 
merasakan mereka ditembak pada jarak dekat.
Beliau juga mencadangkan inkues untuk kes ini.



Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota 
pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu 
mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang 
dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan 
dasar yang ditentukan oleh kerajaan. 
"Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang 
beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan 
(NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin 
Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," 
katanya kepada pemberita di sini, Khamis.


Dalam insiden itu polis menembak mati lima 
anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai 
pembunuh upahan yang dikehendaki polis 
kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan 
bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri 
Sembilan.


Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam 
insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat 
kerja kerana mereka lebih arif.


Mengenai status filem 'New Village' yang masih 
belum menerima sebarang keputusan daripada 
Lembaga Penapisan Filem (LPF), Ahmad Zahid 
berkata buat masa ini beliau belum menerima 
sebarang maklum balas daripada LPF.


Filem itu mengundang kontroversi umum apabila 
didakwa cuba mengagung-agungkan komunis 
secara tersirat sehingga beberapa badan bukan 
kerajaan dan parti politik menuntut filem itu 
ditarik balik atau diharamkan. -BERNAMA

No comments: