Wednesday, 5 November 2014

PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN!!!

Based on Japan’s Mysterious Pyramids 
(Yonaguni)-History Channel.
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net







Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai 
satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. 

Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. 


Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan 

satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.







Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! 

Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. 


Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah :tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di ‘hall chamber di sebelah dalam piramid, yang merupakan ‘access denied’ atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. 

Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa “ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara”. Perhatikan, beliau tidak berkata tentang ‘peradaban Asia Timur’.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya…Okinawa lagi. 

2 comments:

Anonymous said...

Melayu dulu memang hebat.

Melayu bawah be end, jangan harap nak hebat dan dihormati.

Dadah? Rempit? Rasuah?

Usin Gampang said...

melayu bawah bee end sentiasa dikhianati oleh melayu bawah pr.selalu sabotaj usaha baikbee end!itulah kualiti melayu pr yang cuba makan babi dap!