Thursday, 13 November 2014

KOMUNIS YANG DULU KOMUNIS YANG SEKARANG!!!






Kepada komunis semuanya boleh..! 
mana ada peraturan..! mana ada 
merit..! mana ada ketelusan..! 
Peraturan ikut suka..! 
ikut tekak komunis..!


GEORGETOWN - Beberapa kakitangan
Perbadanan Bukit Bendera yang berkelulusan
 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat 
jawatan N41 dan N44 selepas ditawarkan 
kerja secara‘kontrak berdasarkan 
perkhidmatan’.




Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong)
 berkata, langkah itu adalah tidak wajar 
kerana bukan semua yang ditawarkan 
jawatan terbabit mempunyai kemahiran 
atau kepakaran dalam idang tertentu.



"Adakah wajar atau lojik seorang yang 

berkelulusan SPM diberi jawatan dengan 
gaji antara RM5,000 hingga RM6,000 
sebulan sedangkan ramai kakitangan 
tetap yang lebih layak dan berkemahiran.


"Tindakan ini juga menyebabkan moral 
dan semangat kerja kakitangan bawahan 
merosot kerana peluang kenaikan pangkat 
disekat sebaliknya diberikan kepada orang 
luar," katanya pada sidang media di pejabat 
ketua pembangkang Dun semalam.


Beliau kesal kerana masalah itu sudah 
dibangkitkan dalam sidang Dun sebelum 
ini tetapi tiada apa-apa tindakan dari 
kerajaan negeri sebaliknya amalan itu 
diteruskan oleh perbadanan yang 
dipengerusikan Ketua Menteri, 
Lim Guan Eng.


Menurutnya, perbadanan itu mempunyai 
85 kakitangan dengan perbelanjaan 
bayaran gaji mencecah RM686,442 
sebulan.

"Daripada jumlah itu, 58 adalah kakitangan 
kontrak dan 17 kontrak berdasarkan 
perkhidmatan," katanya.

Muhammad Farid berkata, ada juga 
beberapa kakitangan yang bertugas dengan 
perbadanan itu turut mendapat bayaran bagi 
kerja juru perunding.

"Ini tidak wajar dan membazir. Mengapa 
perlu bayar bagi khidmat perunding 
sedangkan dia adalah kakitangan.

"Ia juga menimbulkan konflik kepentingan 
kepada kakitangan terbabit yang mungkin 
berminat dengan kerja perunding kerana 
mendapat imbuhan lebihan," katanya.

Istilah adil dan telus bagi komunis..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

No comments: