Wednesday 19 November 2014

MUSUH ISLAM SUDAH TERANG-TERANGAN TUNJUK WAJAH MEREKA YANG SEBENAR!!!



LFL Serang Pihak Pertahan Hukum 

Allah, Apa Kata Fadiah Nadwa?



Kurang ajar atau tidak, sebuah pertubuhan guaman, 
"Lawyers for Liberty", berani menyentuh sensitiviti 
umat Islam dengan bertindak mengkritik berhubung 
isu kesalahan lelaki berpakaian wanita berkaitan 
perihal hal ehwal ummah dan hukum-hakam Islam.


Membuktikan keceluparan dan kejahilan mereka, 
Pengarah Eksekutifnya, Eric Paulsen memulakan 
"serangan" menyelar empat pihak yang mempertahan 
enakmen agama Islam Negeri Sembilan berhubung 
kesalahan lelaki berpakaian wanita.


Empat pihak yang dikecam pertubuhan itu ialah 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Angkatan 
Belia Islam (ABIM), Dewan Ulama PAS Malaysia 
dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk 
Seri Jamil Khir Baharom.


Kata lelaki bukan Islam itu, tindakan keempat-
empat pihak tesebut mempertahankan enakmen 
agama Islam tersebut satu retorik agama yang 
melampau ke atas golongan transgender.


"Antara kenyataan mereka "mencabar undang-
undang Tuhan" oleh Mufti Perak, "gerakan 
transgender telah menjadi barah" (ABIM), 
"panggilan jihad" (Dewan Ulama PAS Malaysia) 
dan "pertahankan Islam" (Jamil Khir).


"Sangat memeranjatkan pihak berkuasa dan 
organisasi terbabit memberi respons tidak 
bertanggungjawab secara berlebihan dan tidak 
terkawal dengan isu emosi ke atas masyarakat 
(transgender) yang paling lemah di Malaysia," 
katanya, cuba "bermain api" dengan sensitiviti 
umat Islam di Malaysia.


Eric turut mendakwa bahawa kenyataan empat 
pihak berkenaan akan mencetus sentimen kebencian masyarakat yang mungkin melarat menjadi jenayah 
ke atas golongan transgender seperti yang berlaku 
di Pakistan, India dan Myanmar.


Dia turut menegaskan pandangannya bahawa 
enakmen agama Islam Negeri Sembilan hanya
lah merupakan satu enakmen di peringkat 
negeri yang tidak perlu dituruti oleh 
Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu katanya, Mahkamah Rayuan wajar 
diberikan ucapan tahniah kerana melindungi hak 
masyarakat transgender untuk menikmati 
kebebasan hidup mereka di negara ini.

Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan 
enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang 
menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan 
seperti wanita tidak sah berdasarkan Perlembagaan 
Negara.

Dalam satu kes baru-baru ini, mahkamah melepas
kan tiga individu beragama Islam yang merayu agar 
dilepaskan dari hukuman Undang-Undang Syariah 
Negeri Sembilan yang menetapkan bahawa lelaki 
Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan 
jenayah.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu bagaimanapun 
mencetus kontroversi di kalangan ulama, pertubuhan 
dan kementerian berkaitan yang menegaskan bahawa kemungkinan terdapat khilaf dalam hukuman tersebut

Lawyers For Liberty merupakan sebuah pertubuhan 
yang kononnya berjuang atas nama keadilan, namun 
tindakan mereka dilihat lebih cenderung sebagai 
sebuah pasukan peguam yang melidungi 
kepentingan beberapa parti politik 
pembangkang.

Pertubuhan itu juga memiliki beberapa anggota 
yang beragama Islam seperti Fadiah Nadwa Fikri 
yang merupakan seorang penyokong kuat PKR 
dan aktif dalam pelbagai demonstrasi jalanan.

Mari kita tunggu apa kata Fadiah Nadwa. Adakah 
dia menyokong tindakan kurang ajar Eric terhadap 
Islam atau menganggap pertubuhan yang diperjuang 
itu lebih berharga dari hukum-hakam yang telah 
ditetapkan Allah SWT. -Amir Hamzah/UtaraNews.com

No comments: