Tuesday 18 November 2014

Parlimen: Gagal Hadir, Speaker Bidas Rafizi!!!





Saya (Pandikar Amin) difahamkan ahli parlimen Pandan kurang sihat tetapi dokumen yang saya tunggu sejak 
Khamis belum sampai kepada saya.


KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli yang gagal menghadirkan diri ke Parlimen hari ini dibidas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika beliau ingin membuat ruling usul Rafizi yang mahukan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad
Maslan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Jelas, Pandikar Amin beliau sudah bersedia membuat
ruling tetapi ahli parimen Pandan itu tidak hadir.

“Saya difahamkan ahli parlimen Pandan kurang sihat
tetapi dokumen yang saya tunggu sejak Khamis belum
sampai kepada saya. Dokumen dari Kementerian Kewangan saya sudah terima,” katanya seperti yang dilapor BNBBC.

Minggu lalu, Pandikar Amin berkata, beliau berjanji akan membuat keputusan atau ruling terhadap usul Rafizi terhadap Ahmad Maslan yang didakwa mengelirukan Dewan apabila memberi jawapan berhubung isu 1MDB di Parlimen.

Sebelum ini beliau juga meminta Rafizi dan Ahmad Maslan untuk mengemukakan dokumen masing-masing untuk dijadikan rujukan sebelum membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

Sementara itu Ahmad Maslan memberitahu pihaknya telah menyediakan dokumen serta pegawai-pegawai Kementerian Kewangan bagi berdepan usul itu jika diterima dan dibahaskan di Dewan Rakyat. FMT


Ahmad Maslan kecewa Rafizi tidak serah bukti hutang 1MDB

Pada pandangan Ahmad Maslan isu ini sudah selesai. Namun, Yang DiPertua Dewan, Datuk Seri Pandikar Amin Mulia masih menunggu dokumen daripada pembangkang untuk mengemukakan bukti tuduhan tersebut.


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kegagalan Ahli Parlimen, Rafizi Ramli hadir di Dewan Rakyat hari ini bagi menyerahkan dokumen dan bukti tuduhan hutang 1MDB membuktikan pihak pembangkang tidak dapat berdiri di atas kenyataan dan tuduhan mereka.


Menurut Ahmad Maslan, jika mereka (pihak pembangkang) ingin memanjangkan lagi tuduhan tersebut, mereka kena bawa bukti menyatakan semula usul yang berkaitan.

“Pada pandangan saya isu ini sudah selesai. Namun, Yang DiPertua Dewan, Datuk Seri Pandikar Amin Mulia masih menunggu dokumen daripada pembangkang untuk mengemukakan bukti tuduhan tersebut.
“Isu ini juga ditangguhkan bagi menantikan dokumen daripada Rafizi,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menuntut agar Ahmad dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana didakwa mengelirukan Dewan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibawah Peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80A.

Ahmad Maslan menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuatnya berkenaan surat sokongan kerajaan pada 6 November 2014 dan kenyataan akhbar pada 8 November adalah benar.

“Kenyataan surat sokongan itu sebenarnya tidak ada membawa maksud bahawa tiada surat sokongan lain yang memberi jaminan ‘explicit’ atau ‘explicit guarantee’ dari Kerajaan Malaysia selain terhadap jumlah sebanyak RM5.8 billion.

Ahmad turut menjelaskan surat sokongan dikeluarkan oleh pihak kerajaan adalah untuk bon yang berjumlah USD3 billion namun tidak ada diberikan jaminan ‘explicit’ atau ‘explicit guarantee’ kerajaan.

Ahmad Maslan juga mengakui ini kali ketiga beliau membuat sidang media mengenai perkara ini dan beliau berasa sedih dan kecewa dengan sikap Rafizi yang tidak hadir di Dewan Rakyat bagi menyerahkan dokumen sebagai bukti kepada Pandikar Amin.

“Saya berani kerana benar dan tiada niat untuk mengelirukan dewan. Kita melihat isu ini tidak berpanjangan dan dokumen oleh pembangkang itu harap diberi kepada Pandikar Amin,” jelasnya.
FMT

No comments: