Friday, 14 November 2014

MENTERI BESAR PAHANG MENEMPAH MAUT!!!


SIAPA ZAM? BOLEH TENTUKAN MENTERI 

BESAR PAHANG MENEMPAH' MAUT'? 

Mantan Mamak Menteri


"Adnan telah membuat suatu perhetongan yang 
salah apabila beliau menjadikan media sebagai 
musuh. Kejatuhan pemimpin bukan kerana media 
tetapi kerana pemimpin memberikan senjata kepada 
media.

Kata-katanya itu memberi arti bahawa  beliau telah 

berkerat rotan , berpatah arang dengan Utusan Melayu 
yang selama  ini lebih banyak mendedahkan kekuatannya 
dari kelamahannya.Barangkalibeliau memikirkan 
Utusan tidak lagi berguna baginya,Utusan bukan lagi 
hak UMNO kerana beliau tidak akan bertanding pada 
PRU akan datang. 

Adnan telah menjemput maut datang lebih  awal bagi 

jawatan menteri besarnya  dan juga bagi masa depan politiknya"
-zamkata


Dilemma tentang isu kebanjiran pendatang asing di Cameron Highlands!!!

“… kita sedang menghadapi dilemma. Kalau misalannya 
Kerajaan khususnya jabatan kerajaan persekutuan yang 
mempunyai ‘jurisdiction’ (bidangkuasa) dalam perkara 
ini – Imigresen, Polis, ambil tindakan; kegiatan pertanian, 
ekonomi Cameron akan terjejas.

“Kalau kita tidak ambil tindakan, nampak 
seolah-olah – bukan Kerajaan Persekutuan 
(tapi) Kerajaan Negeri pula (dianggap) tidak 
menguatkuasakan, salah guna kuasa, rasuah; 
tidak ambil tindakan kepada pendatang-
pendatang tanpa izin ini,” kata Menteri Besar.



PENDATANG ASING DI LADANG TEH CAMERON KITA... 
# Foto ini dimuat turun daripada sebuah blog dalam media sosial 
kita.

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN 

– Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan 
Yaakob membangkitkan tentang dilemma 
yang dihadapi Kerajaan berkaitan isu 
kebanjiran pendatang asing dari Bangladesh 
di Cameron Highlands, sepertimana 
dimainkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Sambil menyatakan ketidakpuasan hatinya 
terhadap tajuk berita muka depan akhbar 
itu – Mingguan Malaysia keluaran Ahad, 
2 November lepas, dengan penggunaan 
perkataan ‘ditawan’ yang menurutnya;

“… perkataan ‘ditawan’ ini adalah agak luar 
biasalah, terlebih sikitlah. Tak ada sebab kenapa 
orang Bangladesh akan menawan Cameron 
Highlands. Kita ada Kerajaan, kita ada Raja, 
kita ada Pejabat Daerah, ada Pejabat Tanah”.

Dato’ Sri DiRaja Adnan seterusnya berkata; 
“… kita sedang menghadapi dilemma. Kalau 
misalannya Kerajaan khususnya jabatan 
kerajaan persekutuan yang mempunyai 
‘jurisdiction’ (bidangkuasa) dalam perkara 
ini – Imigresen, Polis, ambil tindakan; 
kegiatan pertanian, ekonomi Cameron 
akan terjejas.

“Kalau kita tidak ambil tindakan, nampak 
seolah-olah – bukan Kerajaan Persekutuan 
(tapi) Kerajaan Negeri pula (dianggap) tidak 
menguatkuasakan, salah guna kuasa, rasuah; 
tidak ambil tindakan kepada pendatang
-pendatang tanpa izin ini.”

DATO' SRI DIRAJA ADNAN... Sedang menjelaskan beberapa 
perkara berhubung dengan isu pendatang asing di Cameron 
Highlands pada persidangan media lewat petang Rabu, 
5 November.
CUMA 6,057 PENDATANG ASING PUNYAI PERMIT SAH  

Beliau berkata demikian pada persidangan media 
pasca-Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri lewat petang 
Rabu, 5 November di sini, sebagai reaksi kepada 
laporan berita akhbar berkenaan, yang turut 
disusuli dengan siri keduanya yang disiarkan 
oleh akhbar Utusan Malaysia pada Isnin, 
3 November.   

Beliau tidak menafikan, terdapat pendatang asing 
ini yang mempunyai permit sah yang dikeluarkan 
oleh Jabatan Imigresen tetapi ia melibatkan cuma 
6,057 orang iaitu dalam sektor pertanian, 5,990 
orang; perladangan, 13 orang; pembinaan, 27 
orang; dan perkhidmatan, 27 orang.

Sebenarnya kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, pendatang
asing di kawasan tanahtinggi itu bukan terdiri daripada 
orang Bangladesh semata-mata, bahkan dari negara-
negara lain-lain seperti Nepal, Vietnam, China, termasuk 
pelarian Rohingya dari Myanmar yang ditempatkan di 
pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian, Pertubuhan 
Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) di Kuala Terla.

“Kita perlu kaji, kenapa mereka ada di situ? Kalau 
kita tangkap kesemuanya, yang pendatang tanpa izin 
ini, akhbar kata 30,000 mungkin 40,000pun; di mana 
kita hendak letak dia?

“Balai Polis Cameron Highlands boleh letak 40 
orang sahaja. Kalau kita tangkap dia orang ni, 
mana kita nak letak? Dan yang kedua kita kena 
kaji isu; kanapa orang ini datang? Kenapa orang 
datang ke Cameron Highlands, kenapa ramai 
Bangladesh datang ke Cameron Highlands?” 
tanya Menteri Besar.  

KEPERLUAN TENAGA KERJA LEBIH 30,000 ORANG

“Kita tahu Cameron Highlands ini pusat menanam
 sayur (bunga-bungaan dan buah-buahan) – halal, 
haram kita cerita kemudian. Kalau kita tutup 
semua pusat ini, kita boleh tutup, tapi dari segi 
‘foreign exchnage’nya, kita kerugian banyak 
juga, ‘billions’.

“Kenapa orang ini datang? Sebab kita – kita ini 
bukan saya ya. Kita ni ialah penanam-penanam 
sayur, penanam-penanam bunga; mereka perlukan 
orang ini. Bukan Kerajaan. Kerajaan tak pernah
pun mengendalikan kedatangan mereka ini,” 
katanya lagi.

Dato’ Sri DiRaja Adnan seterusnya berkata 
betapa menurut kajian Jabatan Pertanian, bagi 
setiap hektar tanah yang diusahakan untuk 
tanaman hasil-hasil pertanian berkenaan, 
memerlukan empat (4) tenaga kerja.

Dan di kawasan tanahtinggi tersebut menurutnya, 
luas kawasan tanaman ialah kira-kira 7,528 hektar 
iaitu 5,368 hektar bagi tanaman sayur-sayuran; 
1,589 hektar bagi tanaman teh; 539 hektar bagi 
tanaman bunga; dan, 32 hektar bagi tanaman 
buah-buahan.

Didarabkan keluasan 7,528 hektar ini dengan 
keperluan tenaga kerja seramai empat (4) orang 
untuk sehektar menjadikan jumlah tenaga kerja 
yang diperlukan ialah seramai 30,112 orang!

TIDAK PERTAHANKAN SOAL BILANGAN BESAR 
ORANG BANGLADESH

“Mana nak cari orang Malaysia (untuk bekerja 
di ladang-ladang pertanian ini)? Ada orang 
Melayu, orang Cina, orang Asli boleh bekerja 
untuk mengeluarkan sayur, bunga, buah-buahan, 
teh di Cameron Highlands?

“Saya bukan mempertahankan soal Bangladesh 
ramai ini ya... Tapi saya nak mengatakan, kalau 
Kerajaan mengambil tindakan – bukan Kerajaan 
Negeri, ini luar bidang kuasa Kerajaan Negeri; 
soal Imigresen sebagainya.

“Katalah kita hantar mereka ini semua balik, apa 
akan jadi? Ada orang Melayu nak kerja? (Ada) 
orang Cina (nak) kerja, tak dak…,” katanya lagi.

Mengenai orang Bangladesh juga yang didapati 
berniaga di pasar-pasar malam di sana kata 
Menteri Besar, yang harus dipersalahkan ialah 
pemilik lesen sendiri – orang tempatan, yang 
kemudian menjualnya kepada pendatang 
asing tersebut.  

“Untuk itu, Kerajaan akan ambil tindakan ke 
atas pemegang-pemegang lesen, kita (akan) 
rampas. Orang Bangladesh tak boleh berniaga. 
Tak ada masalah, kita boleh buat,” tegasnya 
lagi.

“Jadi saya nak mengatakan, tak tepat kalau 
mengatakan Cameron Highlands itu ditawan oleh 
orang-orang luar. Tinggal lagi keadaan ini berlaku
 kerana keperluan kegiatan pertanian itu sendiri 
dan masalahnya peranan yang kosong itu (atau 
tenaga kerja) tidak dapat dimainkan oleh orang 
kita, diisi oleh orang Bangladesh,” katanya 
menyimpulkan. – KhabarPahang.

No comments: