Tuesday, 18 November 2014

Kisah Sedih Seorang pelacur!!!


















gambar sekadar hiasan.


Seorang perempuan bernama Analisa, perempuan melayu Islam yang bermula kisahnya sebagai tukang urut.Dari seorang tukang urut lowclass kepada highclass.. hurm memang lumayan,tapi penat.. 

Bapanya yang tidak bekerja masa itu,membuatkan
nya terdesak memerlukan wang. ibu bapanya selalu bertengkar kerana wang. suatu hari mereka bergaduh besar sehingga mohon cerai terlafaz dari mulut si ibu.. 

Analisa dapat melihat gelunggan airmata yang hampir jatuh di pipi bapanya.. sehingga suatu hari,kawan baik bapanya yang tahu masalah keluarga Analisa menawarkan sejumlah wang yang besar pada Analisa. 

Analisa menerima tanpa rela kerana niat ingin menolong keluarga.. bermulalah kisahnya sebagai pelacur ketika usianya 14 tahun.. Rm 2ribu dalam gengaman.. kerja
urut yang hanya mendapat Rm100 dilupakan terus..

Ianya berlarutan sehingga umurnya mencecah 22
tahun.. Analisa bijak,setahun hanya 5-8 orang yang dilangganinya.. 30-40 ribu dalam akaun..tapi dia
teramat *****.. kerana bergantung hidup cara kotor
ini..

Ceritanya kian berubah apabila bertemu seorang
jejaka pilihan,Muhammad yang sanggup menerima
nya walaupun dia pelacur.. tapi Analisa masih ada
satu kontrak dengan pelanggaMnya. 

Dia melakukan secara senyap tanpa pengetahuan
buah hatinya itu.. Muhammad baru sahaja dibuang kerja,maka Analisalah yang menanggung kos perbelanjaan mereka berdua,memandangkan mereka sudah tinggal sebumbung.

Azam Analisa itulah kontrak terakhirnya...tanpa dia
tidak sedar Muhammad sebenarnya dapat merasa
apa yang dilakukan Analisa.

Analisa dapat kerja lain sebagai pelayan kelab malam (GRO).. pendapatannya dijanjikan sungguh lumayan.
4-5 ribu..dalam tangan. Analisa menjadi rebutan semua lelaki yang gemar ke kelab malam.

Analisa diibarat perempuan highclass, primadona di kelab itu. harganya jauh berbeza dari GRO yang lain. cukup mahal. hanya orang-orang atasan sahaja,dan
kaya dapat mendampinginya. Analisa menjadi rebutan..

Cintanya terhadap Muhammad makin menebal apabila mendapati dirinya mengandung.. Muhammad menerima dengan ikhlas...mereka pun berkahwin.

Tapi semuanya berubah selepas anak mereka lahir.. Muhammad kian berpaling tadah.. dia mula menjalin
kan hubungan dengan perempuan lain.. 

Analisa marah dan betul2 kecewa... lalu Muhammad mengungkit kisah lama Analisa.. dia berkata 'dulu
kau jadi perempuan jalang,anjing betina, aku sikit
pun tak bising,sekarang jangan nak melenting!'

Bukan sekali dua banyak kali ini berlaku... hanya satu Analisa minta pengampunan bukan hukuman.. tapi ini yang dia terima...

Dia hanya meneruskan sisa-sisa hidup dengan
harapan dia diberikan kesempatan, sepenuh kasih sayang dari suaminya lebih2 lagi,, pengampunan...

'Ya Allah,kau lagi maha mengetahui lagi Maha mengampun.. kau ampunkanlah setiap inci dosa-dosaku..

Kau terimalah aku hambamu ini yang begitu jijik,
kotor, hina... kalau dulu aku hanya berdoa supaya
kau satukan aku dengan suamiku sebagai pasangan suami isteri yang sah kerana aku tidak mahu lagi bergelut dengan dosa, kini aku meminta hanya satu
lagi harapan dan doa.

Kau bahagiakanlah suamiku yang kusayangi. Kebahagiaannya,adalah keceriaanku,walaupun
aku harus berkorban berganjak pergi, hanya untuk kebahagiaannya dan terbaik untuknya. Aku rela dan sanggup. Kau makbulkanlah Ya Allah...!!! 

Setelah itu,Analisa menghembuskan nafasnya ditikar sembahyangnya dengan iringgan airmata,hanya anak kecilnya yang menemani Analisa semasa Analisa menghembuskan nafas terakhir.Anak kecilnya tidur dalam rangkulannya.. 

Wahai semua yang membaca kisah ini,mari sama-sama kita berdoa dan sedekahkan Al Fatihah kepada Analisa binti Abdullah.

No comments: