ARIANA GRANDE
PENYANYI lagu Almost Is Never Enough Ariana
Grande mencatat prestasi baharu dalam kerjaya
nyanyiannya apabila diumumkan sebagai artis
paling popular di Internet.
Kajian yang dibuat oleh Social 50 merangkumi
103 minggu melalui YouTube, Vevo, Facebook,
Teitter, Soundcloud, Wikipedia, Instagram dan
Myspace.
Ariana pilih sebagai artis mendapat trending dan
hangat diperkatakan di laman-laman Internet.
Penyelilidikan yang dibuat Social 50 melalui
kaedah mengambil jumlah kawan, peminat dan
pengikut penyanyi tersebut.
Penilaian juga diambil daripada jumlah tontonan,
kekerapan lagu dimainkan dan respons pendengar.
Ariana Grande dilihat mendapat sokongan mudah
daripada peminatnya melalui muzik video baharunya
Love Me Harder.
Selain itu, penyanyi Taylor Swift yang baharu sahaja
keluar dengan album baharunya berjudul 1989 hanya
berjaya menduduki tempat ketiga.
Tempat kedua diduduki oleh penyanyi Rihanna.
Sumber: mstar.com.my
No comments:
Post a Comment