Thursday, 6 November 2014

RAKYAT HAKIM NEGARA AJARAN LIBERAL PLURAL PAKATAN RAKYAT!!!








Remaja ini dilaporkan ditangkap dalam cubaan mencuri motor, dan dibogelkan di hadapan penduduk sekitar. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun mencuri itu satu kesalahan. Tindakan ini bukan sahaja memalukan pesalah dan keluarga, malah menyebabkan masyarakat semakin berani menghukum dengan tangan mereka sendiri.


Memang salah dia sebab mencuri,dia pun sudah kena pukul  dengan teruk tapi kenapa mesti diaib kan dia?
Dalam Islam pun tak disuruh buat begitu. Nama aje kaki masjid,tapi hukum hakam pun tak tahu!!!


Kesalahan dia kecil je sebab mencuri.Tapi kesalahan kau orang terlalu besar kerana mengaibkn dia sehingga dipertontonkan sebegitu!!!


Nak belasah tu belasah ajelaa.(namun salah bertindak ikut undang-undang sendiri). Tapi kenapa bogelkan dia tu, kenapa? akai mana akai..?bagaimana perasaan kau orang kalau mak kau orang dibogelkan di khalayak ramai???


Yang paling memalukan, ada di antaranya pak lebai yang ada ilmu agama tapi membiarkan saje hal ini berlaku!!!


Tangkap bagi kat pdrm pun dah kira cukup baik...jangan buat macam ni!!!


Malaysia ada undang-undang!!!


Biar undang-undang tentukan.Polis tak pernah layan OKT macam ni.Apatah lagi dibogelkan di khalayak ramai.


Memang kita marah.Tapi kita harus mengikut norma-norma dan aturan sebagai manusia.Imam pun boleh tegur.Tepuk dada tanya minda..

Itu pun kalau kau orang manusia!!!!

No comments: