Saturday, 15 November 2014

ZAMKATA HENTAM SULTAN PAHANG!!!


SPESIS JENIS NI MEMANG SEJAK 
DARI ZAMAN MELAKA LAGI TAK 
HORMATKAN SULTAN!!!

CAKAP PUN MERAPU TANPA BUKTI 
DAN FAKTA!!!




Isu MB Pahang sebenarnya tidaklah seteruk 
mana, cuma mainan politik pihak tertentu 
dengan niat untuk meletakkan orang mereka 
di jawatan MB Pahang. Pendedahan tentang 
pendatang asing dan kerosakkan alam sekitar 
di Cameron Highland boleh diterima tetapi 
serangan terhadap MB Pahang adalah tidak 
wajar sama sekali. 

Masalah PATI dan pencerobohan alam sekitar 
bukanlah terletak diatas bahu Adnan Yaakob 
semata mata sebaliknya ianya adalah masalah 
semua pihak terutama KDN, SPRM dan NRE 
(Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar).

Terbaru, seorang bekas Menteri turut sama 
menghentam MB Pahang berikutan isu ini. 
Tetapi paling menarik, beliau tidak sahaja 
menujukan serangan kepada MB sebaliknya 
kepada Sultan Pahang.


"Dosa membalak secara haram di Pahang,
membotakkan tanah di Cameron Highland ,
membiarkan ribuan pendatang haram 
bermaharajalela dan  berulangnya limpahan 
banjir di tanah tinggi itu  tentulah bukan  
hanya dosa Menteri Besar Pahang seorang 
diri.Sejarah negeri Pahang  telah membuktikan 

bahawa pernah Menteri Besarnya  tersingkir 

kerana tidak mahu berkongsi 
dosa."

Didalam hal ini, adakah Mantan Menteri ini 
bermaksud mahu mengheret Sultan Pahang 
ke dalam kemelut Cameron Highland, apabila 
dia mengatakan pernah dalam sejarah Menteri 
Besar Pahang tersingkir kerana tidak mahu 
berkongsi dosa ? Kerana naik dan turunnya 
Menteri Besar, terletak di tangan Baginda 
Sultan.

Diharap Mantan Menteri ini berhati hatilah 
ketika mengulas sesuatu isu. Jangan kerana 
masih merasakan diri masih menjawat jawatan 
Menteri, dia boleh mengkritik sesiapa sahaja. 

Masa dia jadi menteri dulu apa benda yang dia 
dah buat yang boleh dibanggakan???Selesaikan 
dahulu masalah PATI dan pencerobohan alam 
sekitar, itu lebih penting dari menyalahkan 
sesiapa-inspirasiremajakini.

No comments: