Saturday, 29 November 2014

JANJI TETAP JANJI!!! JANGAN LUPA PADA JANJI!!!


Dari Blog Parlimen81.


Mane Kampus Universiti di Jerantut ?



Admin p81 masih ternanti-nanti bilakah iklan seperti berikut akan terpapar di dada akhbar bagi mengiklankan sebuah projek kerjasama swasta dan kerajaan bagi membina sebuah kampus dan penempatan pelajar yang boleh menampung 5000 pelajar pada satu satu   masa di daerah Jerantut.


Dah beberapa kali p81 menasihati ahli parlimen, ahli politik melalui blog ini supaya seat down dengan pegawai daerah dan kakitangan kerajaan yang lain untuk reservekan sekurang-kurangnya 50-100 ekar tanah bagi tujuan hub pendidikan ini.

http://parlimen81.blogspot.com/2010/12/tanah-di-perlukan-luas-50-hingga-100.html?m=1

Bila tanah dah direservekan barulah pergi memanjat  pejabat-pejabat canselor seluruh negara bagi menawarkan tanah tersebut untuk dibangunkan sebagai kampus cawangan mereka . 

Kemudian bantu canselor dengan memanjat pula pejabat kementerian pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri dan kewangan bagi merealisasikan impian itu ..... 

Ayuhhhh ahli parlimen, realisasikan impian rakyat jerantut ini . Yang penting reservekan tanah dulu .... 

Kalau perlu ambil ladang sawit atas tapak lapangan terbang di Temin itu ayuhhh persilakan ...  

Cuba rakyat jerantut bayangkan 5000 buying power dan 5000 pelajar pintar yg akan berada dalam masyarakat jerantut setiap hari... 

Bayangkan peniaga-peniaga yang sibuk menguruskan keperluan harian pelajar ini. Bayangkan rangsangan ekonomi yang akan terjadi di Jerantut .

p81 dapat bayangkan pertumbuhan ekonomi Raub dalam tahun 2016 dan seteruskan akan lebih hebat dari Jerantut . Sebab apa ? 

3000 student baru kampus UiTM Raub akan mula membanjiri bandar Raub pada suku ketiga dan keempat tahun 2015 nanti....

Cepatlah bertindak wahai ahli parlimen Jerantut!!!

No comments: