Wednesday, 26 November 2014

AKTA HASUTAN - MEMPERKASA TIANG SERI NEGARA



Aiya Ah Foo...itu 13 Mei cauvinis otak komunis cakap 
malai-si,itu kira hasutan juga lah tu!!!
Salam 2 all.


Akhir akhir ini terdapat usaha gigih lagi terancang oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948. Bertopengkan perisai hak asasi kemanusiaan, mereka mendakwa kononnya Akta Hasutan kononnya mengekang dan menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin dibawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan!
Apakah benar Akta Hasutan mengekang dan menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan?
Apakah perkara yang diperkatakan sebenarnya oleh yang kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini yang dikatakan menyekat kebebasan bersuara mereka?
Secara umumnya, kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini membangkitkan dan mempermainkan isu-isu berikut:
1. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu; contohnya dalam isu kalimah Allah, bible versi bahasa Melayu, isu cubaan pemurtadan umat Islam oleh gereja, isu pembentukan kerajaan negeri Perak, kontroversi perlantikan MB Selangor dan lain-lain;
2. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan keistimewaan Islam didalam negara ini seperti peruntukkan untuk masjid-masjid dan institusi pendidikan Islam, kedudukan Mahkamah Syariah, kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan kuasa Mufti-Mufti dan lain-lain;
3. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub didalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub didalam Perkara 152 termasuk kedudukan sekolah-sekolah vernakular; malahan sampai ke peringkat mempertikai kedudukan Kerajaan Melayu yang memerintah negeri-negeri dan peringkat Persekutuan.

HASUTAN & PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Sebenarnya isu-isu yang dibangkitkan dan dipermainkan oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini seperti yang tercatat diatas dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dibawah Perkara 10 (2) (a). Walaupun Perkara 10 umumnya memberikan hak kebebasan bersuara kepada mana-mana warganegara, namun hak itu tertakluk kepada hak Parlimen
“mengenakan apa-apa sekatan yang didapati perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan” dan dalam menentukan kepentingan keselamatan Persekutuan, Parlimen boleh dibawah Perkara 10 (4)
“meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukkan Bahagian 3, Perkara 152, 153 atau 181 berhubung dengan apa-apa jua”.
Apakah perkara-perkara tersebut?
1. Bahagian 3 – perkara berkaitan kewarganegaraan;
2. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa orang Melayu termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya;
4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan, kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu;

KONTRAK SOSIAL DAN AKTA HASUTAN
Sebenarnya kesemua empat perkara diatas adalah asas kepada termetrainya apa yang disebut sebagai kontrak sosial.
Apakah dia yang dikatakan kontrak sosial?
Kontrak sosial adalah persefahaman dan perjanjian diantara bangsa pribumi Melayu dengan kaum imigran Cina dan India yang dibawa penjajah British ke Persekutuan Tanah Melayu, atau lebih dikenali sebagai Malaya sebelum kemerdekaan dicapai.
Sebelum penjajahan oleh barat termasuk British, Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya sebenarnya adalah terdiri daripada 9 buah Negeri-Negeri Berdaulat yang diperintah secara mutlak oleh tiap seorang Raja-Raja Melayu di negeri masing.
Negeri-negeri tersebut ialah Kedah (Pulau Pinang dan Perlis termasuk didalamnya), Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor-Riau-Singapura, Pahang, Trengganu dan Kelantan (termasuk Selatan Siam).
Apabila penjajah British menjajah kesemua negeri-negeri Melayu berdaulat ini, dan setelah tumbangnya gagasan Malayan Union, maka terbentuklah sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu; namun tiap-tiap Raja Melayu masih berdaulat dan memerintah negeri masing-masing dengan bangsa Melayu sebagai anak pribumi.
Semasa era penjajahan British, mereka membawa masuk tenaga buruh daripada negara Cina dan benua India sebagai imigran untuk membantu penjajah British dalam sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah serta aktiviti ekonomi yang berkaitan dengannya.
Imigran Cina dan India ini pada masa itu sebenarnya adalah buruh ekonomi yang dibawa masuk oleh penjajah British tanpa sebarang jaminan kerakyatan atau kewarganegaraan, malah terus menjadi anak jajah British.
Apabila perundingan kemerdekaan sedang dilakukan, timbul persoalan apa status kaum imigran Cina dan India yang dibawa masuk sebagai tenaga buruh ekonomi British? 
Dan bagaimana pula kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan hak bangsa pribumi Melayu sendiri didalam Persekutuan Tanah Melayu?
Pihak British enggan mengambil imigran yang terdiri daripada kaum Cina dan India untuk menjadi rakyat dan warganegara British! 
Sebaliknya British mencadangkan supaya Raja-Raja Melayu dan pribumi bangsa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu ini menerima kaum imigran Cina dan India ini sebagai warganegara dan rakyat Malaya!

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
Sebagai asas kepada rundingan ini, maka Raja-Raja Melayu telah menggariskan perimeter perundingan dan perbincangan, dengan mengeluarkan satu titah yang kini dikenali sebagai 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, iaitu:
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

KONTRAK SOSIAL – QUID PRO QUO
Hasil rundingan inilah lahirnya apa yang disebut sebagai kontrak sosial – perjanjian beri-memberi; iaitu quid pro-quo, iaitu:
Kaum imigran Cina dan India diberikan hak kerakyatan dan kewarganegaraan dan sebagai pulangan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa Islam dan hak anak pribumi bangsa Melayu termasuk kedudukan bahasa Melayu, tanah simpanan Melayu dan Rejimen Askar Melayu akan dimaktubkan didalam Perlembagaan Persekutuan!
Mengambil iktibar peristiwa 13 Mei 1969, dan bagi menjamin keempat-empat perkara asas teras negara ini tidak dipertikaikan sampai bila-bila oleh mana-mana pihak, maka Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 digubal untuk memastikan keempat-empat perkara ini dilindungi!
Seksyen 3 (1) (f) memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut – seditious tendency itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu:
1. Bahagian 3 – perkara berkaitan kewarganegaraan;
2. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya;
4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan, kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu.

PENGAKUAN TOKOH-TOKOH CINA & INDIA
Tokoh-tokoh dan pimpinan kaum Cina dan India sangat terharu dan terkejut dengan sikap bertolak ansur yang tinggi dikalangan bangsa Melayu; sehingga sanggup memberikan dan berkongsi kerakyatan dengan mereka. Kita hanya perlu menilai kata-kata tokoh-tokoh tersebut untuk menunjukkan betapa terharunya kaum Cina dan India menghargai pengorbanan besar bangsa Melayu itu.
Petikan kata-kata daripada tokoh kaum Cina, mendiang Tun Tan Siew Sin yang telah menyatakan pada 30 April 1969:
“Orang Melayu, melalui UMNO, sangat bermurah hati untuk mengendurkan undang-undang kewarganegaraan negara ini sehinggakan dalam tempoh 12 bulan selepas merdeka, 90% bukan-Melayu menjadi warganegara.
Suasana ini sangat berbeza sebelum merdeka dimana hampir 90% bukan Melayu adalah bukan warganegara setelah hampir 100 tahun penjajah menjajah Negeri-Negeri Melayu ini.
Mengambil kira konsesi ini, MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan pemeliharaan kedudukan istimewa orang Melayu dan diwaktu yang sama mempertahankan kepentingan sah masyarakat lain”.
Manakala ini adalah petikan kata-kata daripada tokoh kaum India, mendiang Tun VT Sambanthan yang telah menyatakan pada 01 Jun 1965:
“Kita telah memenangi pilihanraya 1955 dengan majoriti yang sangat besar. Kemudian kita memperolehi kebebasan dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh itu, kita perlu berbincang soal kewarganegaraan dan beberapa perkara lain. Dan apa yang orang Melayu lakukan - memandangkan kita bercakap mengenai soal perkauman - apakah yang dilakukan oleh kepimpinan orang Melayu? Mereka mendapat sokongan 88% pengundi. Apakah yang mereka lakukan mengenai soal kewarganegaraan?
Kalau kita melihat sekeliling Asia dan Asia Timur khususnya, kita akan melihat kaum saya bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, tidak diterima di Myanmar. Lihat saudara saya kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kampuchea, di merata tempat. Apa bantuan yang mereka dapat di negara-negara ini? Di Myanmar, seperti yang kita ketahui, kaum India dihalau keluar; di Sri Lanka mereka ditolak kewarganegaraan dan di Kampuchea sama sahaja. Saya tahu, dan kamu pun tahu apa yang berlaku.
Tetapi di Tanah Melayu apa yang terjadi? Disini kita dapati kepimpinan orang Melayu berkata, "kami akan menerima kamu sebagai saudara kami, dan kami akan beri kamu peluang sepenuhnya untuk tinggal di negara kami ini, dan kami akan beri peluang kepada kamu untuk menjadi warganegara". Jadi pada tahun 1957, untuk keseluruhan tahun, kita mengenepikan syarat bahasa (Melayu), dan puluhan ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara.
Seperti yang saya katakan, saya sangat bernasib baik dilahirkan didalam negara ini. Dimana lagi yang boleh kamu temui bangsa Melayu yang begitu berkebajikan, sopan dan sangat bersusila? Dimana lagi kamu boleh menerima layanan politik yang sangat bermaruah untuk mana-mana kaum immigran? Dimana lagi didalam sejarah dunia ini? Saya bertanya kepada kamu. Ini adalah hakikat dan fakta! Siapa yang akan menjaga kepentingan kita? Saya hanyalah kaum minoriti 10% dalam negara ini. Tetapi saya sangat gembira disini”.

No comments: