Wednesday 19 November 2014

CURI 5OO SELUAR DALAM WANITA!!! APA KE HAL NI???





Petaluma (Amerika Syarikat): Seorang remaja 
menghadapi tuduhan mencuri lebih 500 pasang 
seluar dalam wanita, dua senjata api dan barang 
kemas dalam kegiatan memecah masuk rumah 
penduduk di Bay Area, California.

Polis daerah Petaluma mengumumkan, mereka 

menahan Benjamin Hawkins, 18, minggu lalu 
berikutan siasatan mengenai kehilangan senjata 
api dan seluar dalam wanita di kawasan berkenaan.

Dalam sidang akhbar, jurucakap polis Petaluma, 

Sarjan Rick Cox berkata, satu daripada senjata 
api yang dicuri Hawkins diubah suai menjadi 
senapang patah.

Akhbar termpatan Argus Courier melaporkan, 

polis menahan Hawkins ketika dia bermain papan 
luncur dan menemui lima seluar dalam wanita yang 
baru dicuri, di dalam seluarnya.

Hawkins mula diburu selepas polis menerima semakin 

banyak aduan mengenai kehilangan pakaian wanita di kawasan berkenaan.

Ketika disoal, Hawkins berkata, polis boleh memeriksa 

seluruh rumah ibunya, kecuali biliknya.

Selepas memperoleh waran, polis menyelongkar 

biliknya dan menemui seluar dalam berkenaan, 
senjata dan juga beberapa barang kemas.

Hawkins yang kini di tahan di penjara Sonoma 

County akan dihadapkan ke mahkamah pada 
3 November ini. - Agensi

No comments: