Monday 24 November 2014

KEPALA GANGSTER PARKIR SECARA HARAM!!!

Gambar Kereta Guan Eng Parkir 

Secara Haram Jadi Viral.




GEORGE TOWN: Kereta Ketua Menteri Pulau 
Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi mendapat 
perhatian oleh pengguna media sosial.


Kali ini kenderaan rasmi Lim itu dilihat dipakir 
di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di 
Jalan Gurdwara.


Laporan mengenai kesalahan meletakkan 
kenderaan di lokasi larangan itu dibuat di 
lamanFacebook Majlis Perbandaran Pulau 
Pinang (MPPP) Watch.


Gambar yang menunjukkan Mercedes-Benz 
S300  yang diletakkan di luar depoh itu 
menjadi viral dan mendapat reaksi yang 
pelbagai daripada pengguna media sosial.



Paparan skrin Facebook MPPP Watch.
Difahamkan gambar itu diambil ketika Lim 
menghadiri majlis pelancaran program Urban 
Xchange yang merupakan festival seni jalanan 
antarabangsa pertama di Malaysia pada 
Jumaat lalu.

Pengadu juga mendakwa pegawai penguatkuasa 
MPPP tidak mengambil sebarang tindakan apabila 
mereka melihat kenderaan Lim itu dipakir di 
kawasan berkenaan.

Pada Julai lalu, kereta rasmi ketua menteri itu 
turut menjadi bahan berita apabila gambar 
kenderaan itu yang dipakir di zon larangan 
pakir di sebuah pusat beli-belah di Jalan 
Datuk Keramat di sini dimuat naik ke Facebook.


Beliau bagaimanapun menafikan keretanya 
diletakkan secara haram dan berkata pengurusan 
gedung beli-belah itu memberitahu pemandunya 
bahawa beliau dibenarkan meletakkan 
kenderaannya di situ.

Pada Ogos tahun lalu, Lim turut menjadi sasaran 
pengguna media sosial apabila gambar-gambar 
kereta rasminya yang dipakir secara haram di 
Campbell Street dimuat naik keFacebook.

No comments: