Monday, 17 November 2014

SISTER IN ISLAM NGO SESAT,PERSENDA HUKUM AGAMA! NGO INI WAJIB DIHARAMKAN!!!



Gambar di ambil dari FB page NGO Sister In Islam.



Untuk pengetahuan admin sana, kedua-dua keadaan 
di dalam gambar tu adalah dilarang dalam islam.


Jangan sesatkan manusia la.




Majoriti komen mengutuk SIS kerana 
mempersendakan hukum Allah dan memohon 
agar NGO yang didaftarkan di Johor ini 
diharamkan- 1 Malaysia.







SIS NGO YANG GATAL-GATAL GUNA NAMA 
ISLAM! PERANGAI MACAM SETAN!


AHLI-AHLI NGO INI RAMAI YANG MENDOKONG 
GERAKAN LGBT! SELARI DENGAN KETUM PKR!!!


AL ARQAM LEBIH BERWIBAWA BERBANDING 
NGO INI BOLEH PULAK DIHARAMKAN!!!


INI NGO BANYAK SONGEL DAN TAK BERGUNA NI 
TAK NAK PULAK KERAJAAN HARAMKAN!!!


ATAU ADA DALAM KALANGAN PEMIMPIN 
KERAJAAN YANG MENYOKONG NGO INI???

TEPUK DAHI TANYA NYAMUK!!!




******************************


LGBT MENGUNDANG BALA ALLAH!!!!!

TERINGIN???CUBALAH!!!!!!!


Pompeii Kota Yang Hilang Ditelan Bumi.
























Mungkin ramai yang telah sedia maklum dengan kota bergelar Pompeii, salah sebuah kota tamadun Rom yang telah hilang ditelan bumi sedalam kira-kira 4 hingga 6 meter, ditimbuni abu dan batuan daripada letusan gunung berapi Vesuvius.

Pada tarikh 24 Ogos 79 AD, Gunung Vesuvius telah meletus, memuntahkan bertan-tan abu cair, batu gas batu apung dan belerang ke atmosfera. 

Sebuah “badai” stim beracun dan lahar panas melanda daerah sekitarnya, membunuh penduduk kota Rom Pompeii, dan kota-kota sekitarnya, Herculaneum dan Stabiae. Pada Bencana selama dua hari itu telah menenggelamkan kota ini selama 1,500 tahun sebelum ditemui semula pada tahun 1599.



Pompeii merupakan bandar terkaya zaman purba. Sumber pendapatan yang berlimpah ruah dan hidup mewah. Tidak seperti di bandar lain selama ini, sistem perpaipan sederhana dan keselesaan ada di mana-mana. 

Begitulah kehidupan bagi mereka yang tinggal di Pompeii, Itali pada bahagian akhir dari 70 AD. Bukan itu sahaja, kota ini juga disajikan dengan pornografi kuno dan pusat hiburan, rumah-rumah pelacuran untuk memenuhi setiap selera.

Pada hari tersebut, umpama hari-hari lain, mereka bangun untuk memulakan rutin mereka seharian, sambil menikmati makan tengahari seperti biasa. 

 Tidak ada langsung tanda-tanda bahawa mereka akan dilanda bencana, apatah lagi dikejutkan dengan letusan gunung berapi.

Larva bergerak 10 mph dan letusan langsung berterusan selama 24 jam, menyebabkan penduduk Pompeii terperangkap dan tidak mampu berbuat apa-apa, sekalipun lari menyelamatkan diri.

Menurut Pliny, seorang saksi yang terselamat menceritakan, abu dan asap tebal, awan berwarna gelap pekat, menyelubungi bumi seumpama banjir. 

Mereka berusaha melarikan diri walaupun keadaan gelap tanpa cahaya. Keadaan ketika itu, sangat gelap, yang mana bukan gelap malam tanpa bulan, tetapi digambarkan seperti kegelapan di dalam bilik tertutup tanpa sebarang cahaya.

Teriakan perempuan boleh didengari di mana-mana, tangisan bayi, dan jeritan lelaki, ada yang memanggil-manggil ibu-bapa mereka, mencari anak dan isteri, masing-masing cuba mengecam mereka dengan hanya dengan suara.

Mereka meratapi kehilangan keluarga, dan tidak kurang juga memohon untuk mati pada ketika itu juga, kerana tidak sanggup berhadapan dengan bencana yang menimpa. Ada yang memohon pertolongan dewa, dan sesetengahnya sudah hilang kepercayaan kerana telah tenggelam dalam kegelapan yang dasyat.

Keadaan ketika itu, ketakutan, kesedihan dan apa sahaja yang mereka lakukan pada ketika itu, telah terawet dengan sempurna dalam timbunan abu dan larva yang membeku. 

Kejadian ini telah memberi peluang para arkeologi menghasilkan timeline yang sempurna tentang peristiwa tersebut, dan mengkaji tentang sejarah dan peradaban pada zaman itu.




Kota Pompeii terkenal sebagai bandar elit Roman yang terletak di pinggir laut. Kota ini dilengkapi kemudahan moden pada seperti penyaliran air kepada 25 air pancut di sekitar kota, amphitheater, sekurang-kurangnya 4 tempat mandi awam, ladang-ladang persendirian dan pelbagai jenis perniagaan bagi memenuhi kehendak golongan kaya ketika itu.

Walaupun begitu, kemewahan dan kekayaan kota indah ini ditenggelami abu, batuan dan larva yang membeku hanya dlm masa beberapa jam sahaja.






Masyarakat Pompeii menyembah dewa Phalik. Pompeii menjadi penempatan kepada seramai 20,000 orang. Peristiwa ini berlaku pada saat kota ini dilanda kemuncak kemewahan yang melimpah. Mereka yang sudah terbiasa dengan gegaran daripada gempa bumi dan letusan kecil sebelum ini. 


Malah, pada tahun 62 AD, gempa bumi telah mengakibatkan kota itu menyembah bumi, namun mereka membangunkannya semula Pompeii selepas itu. Kebiasaan itu dan menyebabkan mereka menyangkakan hari tersebut seperti hari-hari sebelumnya, dan langsung tidak melarikan diri pada awal kejadian letusan tersebut.


Kelihatan Seorang ibu yang cuba melindungi bayinya dalam kandungan daripada abu dan batuan letusan gunung berapi



Secara ironiknya, letusan itu berlaku selepas pesta meraikan tuhan api, Vulcanalia. Saintis percaya penyebab utama kematian penduduk di situ ialah kerana haba/wap panas yang mencapai hingga 250oC (sekitar 10 batu radius daripada gunung berapi Vesuvius) dan juga sesak nafas akibat abu gunung berapi. Keadaan terburuk dicatatkan apabila mangsa tertimbus di bawah 12 lapisan tanah, sehingga kedalaman 82 kaki secara total, yang berlaku sekurang-kurangnya dalam masa 6 jam

No comments: