Thursday 13 November 2014

Apakah hubungan antara kebangkitan akhir zaman,Al-Mahdi dan Bangsa Melayu Nusantara dari Timur ? Part 3.


Siapa Bani Tamim???


Bani Tamim merupakan keluarga yang terdiri 
daripada para wali dan Ulama tersohor di 
seluruh dunia, dan mempunyai salasilah 
daripada keturunan Saidina Abu Bakar r.a. . 

Mereka berpusat di sebelah Timur. Pengikut 
Bani Tamim terdiri daripada ramai Umat 
Islam dari serata dunia. Sekiranya mereka 
ingin membuat satu-satu perhimpunan, maka 
ramai Umat Islam dari serata dunia yang akan 
hadir, yang mana jumlahnya boleh mencecah 
jutaan orang. 

Bukan itu sahaja, Umat Islam dari negara-negara 
yang tidak popular seperti Guatemala dan Gabon 
juga akan hadir. 

Seperkara lagi, kalau berpandukan kepada cara 
penyampaian hadis, Bani Tamim mungkin 
mempunyai Khalifah yang telah meninggal 
dunia sebelum itu. 

Sebab itulah perlantikan Imam Mahdi oleh 
Bani Tamim di Mekah/Madinah disambut oleh 
ramai Umat Islam di serata dunia. 



Mustahil perlantikan Imam Mahdi disebarkan 
oleh kerajaan-kerajaan Islam yang ada sekarang. 
Kerana kerajaan Umat Islam sekarang berada 
dalam keadaan sangat lemah dan mempunyai 
pemimpin-pemimpin yang pelbagai. 


Jadi pada hemat saya, Bani Tamim mempunyai 
Khalifah Islam yang telah meninggal dunia 
sebelum kemunculan Imam Mahdi. 

Jadi persoalan sekarang, kenapa ada yang
mengandaikan bahawa Imam Mahdi merupakan 
orang Melayu???

Ketika perlantikan Imam Mahdi oleh seorang 
Pemuda Bani Tamim di hadapan Kaabah, 
kemudian melalui satu suara dalam Masjid 
Nabawi ; dalam waktu yang singkat sahaja 
pengikut-pengikut Pemuda Bani Tamim dari 
kalangan Bani Ishak (iaitu Bani Israel Islam 
dan anak-anak Keturah) terus menawarkan 
diri untuk bersama-sama Imam Mahdi untuk 
berperang Sabil. 



Sedangkan pengikut Pemuda Bani Tamim ini 
terdiri daripada seluruh Umat Islam di serata 
dunia. Jadi maksudnya, Imam Mahdi rapat 
dengan beberapa negara sahaja, seperti Pakistan, 
Afghanistan, Malaysia, Thailand, Singapura, 
Brunei dan Indonesia. 

Sebab itulah , kumanddie berani membuat 
hipotesis bahawa Imam Mahdi boleh bertutur 
dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Urdu 
dengan fasih (selain bahasa Arab).
Selain daripada itu, kalau berpandukan 
kepada hadis mengenai peperangan antara 
Umat Islam dengan Romawi, terdapat dialog 
antara Imam Mahdi dengan Jeneral Romawi. 

Maksudnya Imam Mahdi juga fasih berbahasa 
Inggeris. Seperkara lagi, saya ingin menegaskan, 
tentera Imam Mahdi bukan di kalangan orang-
orang Arab. 

Sekiranya Imam Mahdi adalah orang Arab, 
maka ramai daripada Umat Islam dari Tanah 
Arab akan bertempur di Palestin bersama Imam 
Mahdi. 

Jadi kalau melihat kepada senario semasa, 
jarang orang-orang Urdu datang ke Alam 
Melayu untuk belajar Agama Islam. 

Sedangkan ramai orang-orang Melayu yang 
pergi menuntut di Alam Urdu untuk mempelajari 
Agama Islam. 

Jadi maksudnya, Imam Mahdi mungkin merupa
kan orang Melayu yang pernah menuntut Tahfiz 
dan Alim di Pakistan. 

Beliau juga merupakan pengikut Bani Tamim. 
Dan Bani Tamim mestilah berpusat di sebelah 
Timur.Jadi kalau berpandukan kepada hadis 
bahawa, Pemuda Bani Tamim meminta kebaikan 
tetapi tidak diberikan. Kemudian mereka 
berusaha dan berjaya.
Kumanddie mengandaikan bahawa ini 
merupakan percubaan Pemuda Bani Tamim 
untuk memindahkan pusat Bani Tamim dari 
sebelah Timur ke Mekah atau Madinah. 

Bendera hitam yang diberikan oleh Pemuda 
Bani Tamim kepada Imam Mahdi merupakan 
peninggalan Rasulullah s.a.w. . 

Jadi ada kemungkinan , Pemuda Bani Tamim 
pernah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. 
dan Saidina Abu Bakar r.a. . Dan Pemuda Bani 
Tamim mungkin ada diberi penerangan tentang 
lokasi bendera hitam tersebut oleh 
Rasulullah s.a.w. .
Conclusion :Imam Mahdi merupakan orang 
Melayu. Namun Pemuda Bani Tamim bukan 
orang Melayu. Ini kerana tidak ada jumlah 
Umat Islam yang sangat ramai dari serata 
dunia yang datang ke Alam Melayu.
Dalil mengatakan bahawa Imam Mahdi 
merupakan keturunan dari Saidina Hassan r.a.
adalah dari kata-kata Saidina Ali r.a. . 

Sedangkan Saidina Ali r.a. adalah Sahabat yang 
sangat rapat dengan Nabi s.a.w. , dan sudah 
semestinya dalil ini adalah sah dan diambil 
daripada Nabi s.a.w. . 

Ini mengesahkan bahawa Imam Mahdi adalah 
daripada salasilah Saidina Hasan r.a. . Manakala 
pendapat daripada Syiah pula mengatakan Imam 
Mahdi merupakan keturunan dari Saidina 
Hussein r.a. adalah silap. Yang menghairankan 
pula ialah kebanyakan ustaz-ustaz mutaakhir 
lebih suka mempercayai dalil daripada syiah 
yang menyeleweng ini.

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

....


(( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Utk Terus BKUASA!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..

Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...

Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )

Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )

1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..

2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..

3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...


Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...

Tolong ye :-)


Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<


MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'

MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'

MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'




Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

Anonymous said...

KALAU NAK MASUKKAN UNSUR FITNAH BAIKLAH AWAK PERGI TEMPAT LAIN! ALLAH AKAN TUNJUKKAN KEBENARANNYA! TAK PAYAHLAH KITA PANDAI-PANDAI AMBIL KERJA DIA