Monday, 10 November 2014
HEBAT SANGAT KE AWANG SELAMAT NI??? BERHENTI-HENTILAH JADI MACAI JADIAN!!!
Penulis Rencana dalam Utusan hari ini dilihat agak emosional apabila mengulas mengenai sesi sidang media yang diadakan bersama YAB Menteri Besar Pahang baru - baru ini berhubung isu kebanjiran pendatang asing khususnya dikalangan warga Bangla di Cameron Highland.
Si Penulis rencana tu dilihat tidak berapa wajar kerana ianya tidak merujuk kepada isu utama yang dibangkitkan oleh MB Pahang sewaktu sidang media tersebut diadakan.
Kenapa pihak Utusan memilih tajuk 'Cameron Highland Di Tawan' bagi ruang muka hadapan? Itu persoalan pokoknya.
Tajuk itu hanya dilihat sebagai satu tindakan 'Sensational Stunt' oleh pihak Utusan untuk melariskan jualan dan seterusnya cubaan untuk memburukkan imej pentadbiran MB Pahang.
IRONIKnya, Si Penulis kata MB Pahang tidak boleh menerima teguran. Habis, yang penulis terasa tu kenapa? Bukan ke itu membuktikan yang dia jugak tak boleh terima teguran?
Tak boleh mereka yang mewakili Utusan tu terima kritikan dan teguran yang dibuat oleh MB Pahang mengenai Euphemisme iaitu melembutkan bahasa dalam penulisan?
MB Pahang jelas menyatakan bahawa dia mengalu - alukan pendedahan sedemikian agar pihak Kerajaan Negeri dapat melaksanakan penambah-baikkan dimasa akan datang.
Yang herannya, kenapa isu mengenai emosi MB Pahang itu yang menjadi fokus utama Si Penulis sedangkan persoalan pokok mengenai kehadiran pendatang warga asing tu diabaikan begitu sahaja?
Hakikatnya, persoalan yang dibangkitkan oleh Utusan mengenai pendatang asing itu sudah pun dijelas dan dijawab oleh MB Pahang. Mungkin jawapan itu membuatkan mereka hilang punca.
Apakah hak mereka untuk mempersoalkan peribadi MB Pahang dan membuat dakwaan kononnya MB beremosional sewaktu mengendalikan sidang media?
Soal pokoknya dalam sidang media tersebut adalah mengenai kehadiran pendatang warga asing. Bukannya mengenai respon yang diberikan oleh MB Pahang ketika sidang media diadakan.
Dan persoalan yang paling utamanya, adakah Si Penulis rencana dalam Utusan tu turut hadir dalam sidang media bersama MB Pahang yang menjelaskan mengenai keadaan di Cameron Highland? Atau, dia hanya sekadar dengar "Hear Say" dari stringer dia je?
Jika dia tak turut serta, maka apa hak dia untuk buat dakwaan mengatakan yang MB Pahang beremosional sewaktu mengedalikan sidang media tersebut? Kalau setakat duduk atas kerusi empuk dipejabat dan buat rencana berdasarkan kepada 'Hear Say', baik tak payah!!! Jangan cemarkan etika kewartawanan semata - mata nak kejar hasil jualan!!!-semuthitam
KD:
KAMI RAKYAT PAHANG KENAL BETUL HATI BUDI LONG NAN NI!
ETIKA KEWARTAWANAN TELAH DI CEMARI OLEH MACAI JADIAN!
BUAT SESUATU ANDAIAN TANPA MENGAMBIL
KIRA ASPEK YANG MEMENTINGKAN PENELITIAN YANG RAPI!
KALAU SETAKAT BERSANDARKAN "HEARSAY" AJE,MACAI-MACAI PR YANG BERMAHARAJALELA DALAM FACEBOOK PUN BOLEH JADI MACAM MACAI JADIAN INI!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment