Thursday 6 November 2014

PELIWAT MUSUH ALLAH!!! SOKONG PELIWAT JADILAH MUSUH ALLAH!!!



Tindakan Anwar Tidak Mahu Beri DNA Timbulkan Keraguan.







Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku Ketua Pendakwa Raya memberitahu pihak media di pintu Bilik Bicara 1, Mahkama
h Persekutuan Istana Kehakiman bahawa hampir 65 peratus hujah balas telah dikemukakan oleh pasukannya di penangguhan prosiding rayuan kes liwat Anwar.



Beliau juga berkata pasukannya akan membentangkan fakta-fakta hujah balas tentang perkara yang baru dibangkitkan oleh peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi esok.



Beberapa perkara mustahak yang telah disentuh adalah tentang tiga bukti yang diperolehi iaitu tuala “Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral yang dibawa sendiri.



Peguam bela pula memberikan hujah bahawa penahanan Anwar di lokap adalah semata-mata untuk mendapatkan DNA, bukan atas sebab siasatan.



Daripada ketiga-tiga item itu, DNA diperolehi dan disahkan milik lelaki “Y”.
Beliau menambah bahawa semua bahan bukti itu digunakan oleh Anwar di dalam lokap dan tiada orang lain yang menggunakannya.



Shafee menjelaskan mereka lakukan itu kerana Anwar tidak memberikan DNAnya ketika ditahan dan jika dia beri DNAnya, maka ujian makmal akan jadi lebih senang.
Oleh itu, DNA Anwar diperolehi hasil dari inisiatif sendiri kerana Anwar tidak mahu memberikan kerjasama.



DNA yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan juga sama dengan DNA milik lelaki “Y”.



Menjawab pertikaian pasukan peguambela bahawa DNA diambil dengan usaha memperdaya atau ada unsur “trick”, sudah ada keterangan bagi menolak dakwaan itu.



Pada tahun 2009, peguam Sulaiman Abdullah pernah menarik diri daripada mengendalikan kes liwat Anwar dan tempatnya telah diganti oleh Karpal Singh.
Pada 2012, Karpal Singh pun mengakui memang berlaku liwat “suka sama suka”. 



Adakah kerana itu menyebabkan beliau meninggal di dalam kemalangan jalan raya kerana beliau pun tahu bahawa Anwar melakukan liwat terhadap mangsa?


Tiada apa-apa pun yang mustahil bila ianya berkaitan dengan “survival” Anwar Ibrahim. Jika Anwar Ibrahim pun sanggup menghantar kuncu-kuncunya untuk melobi Australia berkaitan kes liwat II nya ini, apa yang tidak akan sanggup dilakukannya?



Bagi akulah, jika kita lihat ke negara Amerika pun, sebanyak 25 negeri di Amerika sudah mengumpulkan DNA jika pesalah ditangkap kerana melakukan jenayah serius seperti jenayah berat dan jenayah seksual sewaktu tempoh penahanan oleh pihak polis.



Mungkin Malaysia pun patut mengimplementasikan perkara yang sama bagi memudahkan untuk mengesan penjenayah jika DNA mereka sudah disimpan di dalam pangkalan data polis.



Akhir sekali, perlu diingatkan walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari kes liwat pertamanya ianya kerana masalah teknikal bukan kerana liwat tidak berlaku, ini kata hakim :



“To summarize our judgement event the reading appeal record we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometimes discourt as cause…..”



Di sini bermaksud, Hakim Datuk Hamid sendiri kata, beliau mempercayai bahawa memang appellants dalam kes ini iaitu Datuk Seri Anwar, memang terlibat dalam kegiatan homoseksual dan beliau percaya insiden itu telah berlaku di Tivoli Villa.



Mahkamah tidak boleh nak memutuskan telah berlaku itu hanya sebab teknikal. Sebab tarikh tak ingat, tak ada rekod dan sebagainya. Jadi, mahkamah menerima rayuan Anwar itu semata-mata sebab teknikal.

1 comment:

awang cadoi said...

Pefitnah liwat hukumnya apa.kaya raya la woiii duit masuk banyak.lepas ni masuk paper kutukan dewata kena liwat la pulak nak duit banyak demi sesuap nasi..