Saturday, 15 November 2014

BANGSA MELAYU ASALNYA AGAMA APA???





Saya dapati ramai pengkaji sejarah Melayu 
meragui tentang agama yang dianuti oleh 
Melayu sebelum Islam adalah agama Nabi 
Ibrahim a.s. atau Agama Jawi. 

Sedangkan pengkaji sejarah kita hanya 

membuka buku-buku Inggeris yang menyeleweng 
dan buku-buku Cina yang tidak banyak faktanya. 

Pengkaji sejarah tidak pernah lihat fakta sejarah 

Melayu dari simpanan Arab, Parsi, Yahudi, 
Amerika Latin dan lain-lain.
Sebelum kewafatan Baginda Nabi s.a.w. ,Baginda 
pernah mengarahkan para Sahabat  untuk 
menghantar Jemaah Dakwah ke Samudera kerana  
di situ ada kawan-kawan Nabi s.a.w. 


Cuba fikir betul-betul (kalau pengkaji sejarah ada 

akal), di mana di dalam dunia ini yang ada perkataan 
Samudera selain yang digunapakai oleh orang-orang 
Melayu. Tentulah secara rasionalnya kita akan 
cakap Hadis ini merujuk kepada Jemaah 
Dakwah para Sahabat yang dihantar ke Alam 
Melayu. 
Kemudian saya nak tanya kepada pembaca 
budiman, apa yang dimaksudkan dengan 
Kawan-Kawan Ku yang dinyatakan dalam Hadis? 
Sekiranya orang Melayu menganut agama sesat, 
maka perkataan Kawan-Kawan Ku tidak akan 
disebut oleh seorang Kekasih ALLAH. Di dalam
Al-Quran ada menegaskan bahawa, Nabi 
Muhammad s.a.w. adalah sebaik-baik Umat 
Nabi Ibrahim a.s. (yakni sebelum diutus 
menjadi Rasul). 
Jadi maksudnya, orang melayu menganut 
agama Nabi Ibrahim a.s. . Ini dibuktikan 
dengan perkataan Masuk Jawi dalam kamus 
orang-orang Melayu . Perkataan Masuk Jawi 
dan Tulisan Jawi (bukan tulisan Arab) telah 
digunapakai oleh Orang-orang Melayu sejak
sebelum kedatangan Islam lagi.
Sekiranya Sahabat r.huma pernah sampai
ke sini , jadi mesti ada buktinya.
Apa buktinya ???
Ya !!! Memang ada bukti.
Bukti 1 – Ada Ulama mengatakan terdapat 
60 lebih kubur Sahabat di kawasan Malaysia
-Indonesia.
Bukti 2 – Kitab agama Islam di India menulis 
bahawa Malaysia telah di Islam kan oleh 
Sahabat r.a. , manakala Indonesia telah 
diIslamkan oleh Tabiin.
Bukti 3 – Kitab Kedah Tua mengatakan pada 
tahun 920 Masihi, terdapat jumlah Umat Islam 
yang sangat ramai di Kedah.
Bukti 4 – Arkaelogist Malaysia pernah terjumpa 
wang Zaman Rasulullah s.a.w. di Kuala Berang , 
Terengganu.
Bukti 5 – Kitab-kitab Kuning Lama orang-orang 
Melayu di tulis dalam bahasa purba. Sekiranya 
Islam tiba pada zaman Hang Tuah, maka 
bahasanya lebih moden lagi.
Mengikut ahli Sejarah, orang-orang Gujerat 
mengIslamkan Melayu. Jadi sepatutnya orang
-orang Melayu mestilah fasih berbahasa Gujerat 
sebab yang Islam kan Orang-orang Melayu 
adalah pendakwah dari Gujerat India. 

Maka buku agama dalam Bahasa Gujerat 

mestilah berleluasa di Alam Melayu. Dan 
Mazhab orang Melayu mestilah Mazhab 
Hanafi dan bukan Syafie. 

Saya nak tanya Ahli Sejarah Melayu – Kenapa 

Orang Melayu tidak boleh bertutur dalam 
Bahasa Gujerat?

Mana kitab-kitab Islam dari Gujerat? 


Kenapa Melayu begitu asing dengan Mazhab 

Hanafi. Ahli-ahli Kaji Sejarah Melayu begitu 
mudah diselewengkan dan diperbodoh-
bodohkan oleh orang-orang Inggeris. 

Ahli Kaji Sejarah Melayu tidak jauh bezanya 

dengan Jabatan-Jabatan Agama kita yang 
ditipu oleh Wahabi sesat. 

Begitu juga sesetengah Umat Islam begitu 

mudah ditipu oleh ajaran Syiah yang sesat 
dan menyeleweng. Kerajaan Iran bukanlah 
kerajaan Islam. Tetapi kerajaan Freemason. 

Ayatollah Ruhollah Khomeni adalah ahli 

neraka. Ini disepakati oleh semua Ulama 
muktabar masa kini dan Wali yang diiktiraf. 
Saya hairan bagaimana PAS begitu 
menyanjung tinggi Iran dan Ayatollah 
Khomeni. 

Bertaubatlah wahai Ustaz-ustaz PAS sekalian. 

Anda semua tertipu oleh Yahudi Illuminati 
dan Freemason.

5 comments:

Unknown said...

Islam nusantara datang dari Hadramaut, Yemen. Mereka bermazhab Shafie. Wali Songo kebanyakan berasal dari keturunan Imam Ahmad Muhajir dari Hadramaut. Sila refer wikipedia tentang keturunan Sunan2 Wali Songo. Tuan kan dapati mereka dari sana. Gujerat bermazhab Hanafi. Kita bermazhab Shafie.

Kutukandewata said...

ITU FAKTA YANG TEPAT TENTANG KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA!

Anonymous said...

Syiah kapir,
Wahabi sesat,
Liberal sesat,
Anti hadis kapir,
PAS ?

Kutukandewata said...

selagi kita berpegang kepada sunnah wal jamaah,selagi itulah kita masih selamat tanpa mengabaikan ibadat kita tak kira lah parti mana kita masuk!

Panjut said...

pengkaji sejarah sepatutnya mengkaji sendiri bukan cedok dari buku orang inggeris..

tak faham kenapa pengkaji usul org melayu suka sgt menyelitkan asl dari rumpun indonesia..

gah sgt kah kita jika dpt berhimpit2 dgn org indonesia..

dlu pun ada menteri suruh cakap dan tulis gaya indonesia..

nak tau juga kenapa banjaran himalaya, malaya, semenanjung tanah melayu, malay seolah2 ada makna yg tersirat yg patut dikaji..