Wednesday 12 November 2014

Apakah Hubungan Antara Kebangkitan Akhir Zaman,Al-Mahdi Dan Bangsa Melayu Nusantara Dari Timur ???-Part 2.


Sambungan.....

Siapakah Keturah???



sekadar hiasan


Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. . 
Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah 
merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin 
dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa. 

Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan 
berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan 
ALLAH 6 orang anak.
Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, 
Medan, Midian, Ishbak dan Shuah
Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas 
kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari 
perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah 
iaitu Mala/Mon) , dan sementara Yur pula 
diambil dari nama tempat asal-usul Nabi 
Ibrahim a.s. , iaitu berhampiran dengan kota 
Babylon.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang 
ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, 
Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat 
ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan 
purba yang diadaptasi dari tulisan Yahudi tua. 
Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. 
Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang 
hampir serupa.
Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama 
Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.. Jawi 
sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepada Nabi 
Yaakob a.s. . Levi merupakan ketua Ulama dan 
ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di 
kalangan Bani Israel.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau 
melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah 
daripada bangsa Mala/Mon . 

Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti 
Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah 
diambil dari bahasa Mala/Mon. 

Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, 
Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya 
adalah merupakan bangsa asal Mala/Mon. 

DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a .Jika kita 
lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua 
mereka mempunyai persamaan. 

Tetapi kenapa Melayu Kedah lebih bijak dan 
segak, ini adalah kerana mereka daripada 
keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. 

Begitu juga Melayu Selangor dan Mahmeri. 
Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang 
serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih 
bijak dan segak daripada Mahmeri. 

Punca perbezaan adalah daripada genetik 
Nabi Ibrahim a.s. .Namun Mala/Mon bukanlah 
bangsa asal. 

Mala/Mon adalah daripada bangsa Scythia. Scythia

 merupakan bangsa asas kepada semua puak 
Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, Lembah 
Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, 
Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan 
Amerika Latin.Scythia merupakan sebuah bangsa 
nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia 
Tengah berhampiran dengan Laut Hitam.
Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah 
dirumus oleh seorang Arkeologist Eropah di 
sekitar tahun 1830an lagi (lama tu). 

Maka , ada kemungkinan Scythia merupakan 
bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana 
Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak , 
atau bermaksud 22 bangsa asas (kalau tak silap 
saya). 

Jadi Nabi Adam a.s. telah ajarkan 22 jenis 
bahasa kepada kesemua 44 orang anak beliau, 
berdasarkan kepada jenis bangsa tersebut.

Jadi , apa yang saya hendak tegaskan disini 
ialah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad 
s.a.w. berkenaan Bani Ishak yang menjadi 
tentera Imam Mahdi adalah merupakan anak-
anak Keturah (orang Islam Asia Tenggara), 
dan juga Bani Israel yang beragama Islam 
(mungkin keturunan Nabi Yusuf a.s. iaitu 
dari Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu).
Jika kita lihat hadis Nabi s.a.w., maka kita akan 
dapati cerita akhir zaman hanya berkisar di 
kalangan keturunan Nabi Ibrahim a.s. . 

Persoalan sekarang adalah kenapa ALLAH 
melantik tentera Imam Mahdi di kalangan 
Bani Ishak???

Ini adalah kerana sewaktu dunia akhir zaman, 
keturunan Nabi Ibrahim a.s. di pandang hina 
malah disamakan dengan Iblis laknatullah 
alaihi , terutama sekali di sebelah Bani Israel. 

Contohnya adalah Dajjal laknatullah alaihi, 
Yahudi jahat, Freemason, Illuminati, dan 
sebagainya. Ini semua telah memburukkan 
nama baik Nabi Ibrahim a.s. .
Namun begitu di dalam al-Quran , ada 
terpampang tentang doa khusus Nabi 
Ibrahim a.s. untuk keturunannya , iaitu 
baginda meminta ALLAH menjadikan 
keturunan Nabi Ibrahim a.s. sebagai golongan 
yang mendirikan sembahyang , terus-menerus 
sehingga Hari Kiamat. 

Jadi kemunculan tentera Imam Mahdi adalah 
untuk memadamkan salah faham tentang 
keturunan Nabi Ibrahim a.s., yakni di kalangan 
Bani Israel. 

Mungkin ALLAH ingin menunjukkan kepada 
hambaNYA bahawa ada keturunan Bani Ishak 
(termasuk Bani Israel) yang terus-menerus 
mendapat hidayat daripada ALLAH SWT.
Sesetengah ulama ada mengatakan terdapat 
lebih 60 buah kubur Sahabat Nabi s.a.w. yang 
tertanam di kawasan Malaysia-Indonesia. 

Maksudnya kita masih belum putus daripada 
hidayat ALLAH sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. 
lagi. Begitu juga Pakistan dan Afghanistan masih 
belum putus daripada hidayat ALLAH sejak 
zaman Bani Israel lagi. Mereka juga menganut 
agama Islam sejak zaman awal Islam lagi.

Untuk menguatkan lagi hubungan antara Bani 
Ishak dengan anak-anak Keturah , cuba baca 
kitab Yahudi tua ini :
Genesis 25:1-9
“Then again Abraham took a wife, and her name 
was Keturah. And she bare him Zimran, and 
Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, 
and Shuah. And Jokshan begat Sheba, and Dedan. 

And the sons of Dedan were Asshurim, and 
Letushim, and Leummim. And the sons of 
Midian; Ephah, and Epher, and Hanoch, and 
Abidah, and Eldaah. 

All these were the children of Keturah. And 
Abraham gave all that he had unto Isaac. But unto 
the sons of the concubines, which Abraham had, 
Abraham gave gifts, and sent them away from 
Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto 
the east country. And these are the days of the 
years of Abraham’s life which he lived, an hundred 
threescore and fifteen years. 

Then Abraham gave up the ghost, and died in a 
good old age, an old man, and full of years; and 
was gathered to his people. And his sons Isaac 
and Ishmael buried him in the cave of Machpelah”
Sebelum wafat, Nabi Ibrahim a.s. telah memberi 
semua anak-anak beliau melalui perkongsian 
hidup bersama Keturah kepada Nabi Ishak a.s. . 

Ini membuktikan bahawa yang dikatakan oleh 
Nabi Muhammad s.a.w. bahawa tentera Imam 
Mahdi adalah dikalangan Bani Ishak adalah 
umat Islam di kalangan Bani Israel dan anak-
anak Keturah Yakni Afghanistan, Pakistan, 
Melayu dan Nusantara.
Pasal nasab Rasulullah s.a.w., kebanyakan 
nasab keturunan Nabi Muhamad s.a.w. adalah 
daripada Ali Zainal Abidin , iaitu anak kepada 
Saidina Hussein r.a. . 

Keturunan Ali Zainal Abidin merupakan yang 
ramai sekali di nusantara. Ini termasuk Raja 
Aceh, Sultan Pahang, Raja Lama Terengganu, 
Raja Lama Johor, Wali Songo, Sultan Banten, 
Sultan Cirebon, Sayyid dari Hadramaut, Sharif 
dari Hadramaut, Sheikh, Syed, Raden, Habib, 
Wan (Pahang), Wan (Terengganu), Megat, Meor, 
Tengku (Johor), Tengku (Pahang), Tengku 
(Terengganu), dan seumpamanya. 

Walaupun mereka juga keturunan pendakwah., 
namun ini semua bukan keturunan yang 
dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. yang 
bakal menjadi Imam Mahdi.
Yang bakal menjadi Imam Mahdi mestilah 
daripada keturunan Saidina Hasan r.a. . 
Setelah saya meneliti, maka keturunan Saidina 
Hasan r.a. adalah daripada Ali Nurul Alam, 
iaitu bangsawan Majapahit yang mentadbir 
Kelantan Lama. 

Keturunan tersebut adalah terdiri daripada 
Wan (kedua-dua Wan di Kelantan dan Wan 
di Acheh), Nik, Long dan Pangeran (Brunei). 
Inilah keturunan pendakwah yang ada 
kemungkinan merupakan gene yang dipunyai 
oleh Imam Mahdi.
Satu perkara yang perlu diingat, Imam Mahdi 
tidak pernah mengaku bahawa beliau adalah 
bakal Imam Mahdi. 

Hanya Umat Islam yang akan mencari beliau. 
Mengenai Pemuda Bani Tamim pula, mana-
mana Jemaah Islam yang berkiblatkan kepada 
keluarga Saidina Abu Bakar r.a. ketika waktu 
ini, pemimpin mereka sebenarnya adalah 
Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan oleh 
Nabi s.a.w.. 

Tanda-tanda Pemuda ini ialah, sekiranya 
beliau hendak buat satu perhimpunan, maka 
jumlah Umat Islam yang hadir akan mencecah 
jutaan orang dari seluruh pelusuk dunia. 

Ini termasuk dari negara-negara yang tidak 
popular seperti Nicaragua, Botswana, dan 
seumpamanya. Saya kira , saya tidak perlu 
hurai secara detail tentang perkara ini. 
Anda semua boleh periksa di masjid masing
-masing.
Saya ingin huraikan sedikit kenapa saya kata 
Imam Mahdi mungkin orang di sebelah sini.
Pertamanya , mengikut tertib ALLAH, sekiranya 
orang yang mulia hendak dibangkitkan, maka 
keturunannya mestilah di kalangan pendakwah. 

Sekiranya kita lihat sekarang, keturunan 
Nabi s.a.w. yang ada di Tanah Arab bukanlah 
terdiri daripada keturunan pendakwah. 

Jadi kalau ALLAH hendak membangkitkan 
manusia mulia, ianya mestilah seorang daripada 
darah pendakwah. Jadi ahlul bait yang berada 
di luar Tanah Arab yang sepatutnya menjadi 
keutamaan di sisi ALLAH. (Namun ini hanyalah 
pandangan saya yg hina sahaja).
Kedua , mengikut hadis, pengikut Imam Mahdi 
adalah di kalangan Bani Ishak. Jadi terdapat dua 
golongan sahaja dalam kategori ini. 

Iaitu Bani Israel Muslim dan anak-anak Keturah. 
Setelah disiasat, hanya puak Nabi Yusuf a.s. 
sahaja yang dikatakan Bani Israel yang mendapat 
hidayat untuk menjadi Umat Islam. Mereka adalah 
Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu.
Ketiga, yang dikatakan sebagai anak-anak 
Keturah adalah orang-orang Nusantara iaitu, 
Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, 
Thailand, Brunei dan seumpamanya. 

Jadi maksudnya , Imam Mahdi mestilah 
menguasai bahasa Melayu, bahasa Urdu, 
bahasa Inggeris dan bahasa Arab. 

Saya kata bahasa Inggeris sebab ada dalam 

hadis mengatakan bahawa Imam Mahdi akan 
bersemuka dengan tentera Gentile (Romawi) 
sebelum Tentera Islam dan Tentera Nasrani 
berperang. Jadi Imam Mahdi mungkin fasih 
dalam 4 bahasa.
Saya hendak tambah sedikit, Imam Mahdi 
mungkin akan menjadi Khalifah Islam selama 
19 tahun (ada satu lagi riwayat mengatakan 
hanya 7 tahun). 

Namun selepas pemergian beliau, maka 
Khalifah Islam yang seterusnya bernama 
MEGAT. 

Di sini perlu kita ingat. Terdapat 2 jenis Megat 
dalam negara ini. Satu Megat daripada Tengku. 
Ini adalah keturunan Syed Zainal Abididn 
Tun Dagang, iaitu keturunan Nabi s.a.w. , 
iaitu daripada Saidina Hussein r.a. . 

Yang satu lagi Megat adalah daripada Bugis 
Makasar, iaitu keturunan daripada Yemen.
Jadi Khalifah Islam yang dimaksudkan oleh 
Nabi s.a.w. adalah Megat daripada Bugis Makasar, 
iaitu keturunan daripada pendakwah Yemen. 
Megat akan menggantikan Imam Mahdi sebagai 
Khalifah Islam (selepas kewafatan Imam Mahdi) 
dan akan memerintah selama 70 tahun. 

Kemudian , 30 tahun selepas kewafatan Megat, 
maka terdapat seorang lelaki perkasa yang 
berkulit hitam keturunan Afrika akan 
menghancurkan seluruh Kaabah. 

Ketika itu akan muncul binatang yang bernama 
Dabbatul-Ardh yang boleh berkata-kata seperti 
manusia, dan akan keluar daripada perut bumi. 

Ketika itu juga, ALLAH akan matikan ramai 
orang yang berilmu dan orang beriman. Quran 
juga akan hilang daripada suhufnya. Waktu itu, 
mereka yang ada kalimah Tauhid 
LAILAHAILLALLAH sahaja yang akan 
mendapat keampunan dan kasih ALLAH.
Kalau mengikut semua kitab-kitab agama (baik 
Islam mahu pun Yahudi) , Imam Mahdi sudah 
pun lahir. Beliau hanya menunggu masa sahaja 
perlantikan daripada ALLAH SWT . 

Kalau mengikut kitab Yahudi lama, Imam Mahdi 
mestilah muncul di sekitar 2009 sehingga 2012. 
Ini kerana negara Israel hanya dibenarkan oleh 
ALLAH SWT dalam lingkungan 40 tahun sahaja. 

Tahun 2008 adalah tahun yang ke 40 bagi negara 
Israel. Kalau mengikut kitab Islam pula, Nabi 
Muhammad s.a.w. bersabda , mafhum – akan 
terjadi 2 gerhana serentak pada 10 Ramadan 
(iaitu sebuah planet besar akan menutupi ruang 
antara bumi dengan matahari sehingga 
mengakibatkan kedua-dua bumi dan bulan 
tertutup daripada pancaran matahari) yang 
mana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini 
dan tidak akan berlaku lagi selepas ini.
Ketika itu di Masjid Nabawi di Madinah, akan 
muncul satu suara yang akan melantik Imam 
Mahdi sebagai Khalifah Islam. 
Jawapan bagi “Siapa gerangan yang akan 
menjadi Imam Mahdi”, sukar hendak saya 
jawab secara spesifik. 



Ini kerana saya belum berjumpa dengan individu 
tersebut.Namun secara amnya, namanya ialah 
sama ada Wan Muhammad bin Wan Abdullah 
atau Nik Muhammad bin Nik Abdullah atau 
Long Muhammad bin Long Abdullah atau pun 
Pangeran Muhammad bin Pangeran Abdullah. 

Beliau mestilah mempunyai pertalian dengan 
negeri Kelantan (namun tidak semestinya 
menetap di negeri Kelantan).
Beliau mestilah fasih dalam 4 bahasa , iaitu 
Arab, Melayu, Inggeris dan Urdu . Ini berpandu 
kepada hadis mengenai Bani Ishak yang 
disabdakan oleh Nabi s.a.w. sebagai tentera 
Imam Mahdi. Jadi ada kemungkinan beliau 
belajar Tahfiz dan Alim di Pakistan dan beliau 
merupakan orang Melayu.
Tentang bahasa Inggeris pula, saya ambil dari 
cerita tentang peperangan antara tentera Imam 
Mahdi dengan orang puteh, yang mana Imam 
Mahdi akan berdialog dengan tentera orang 
puteh. 

Jadi mungkin beliau pernah berada di luar 
negara seketika iaitu tempat di mana 
pertututurannya adalah bahasa Inggeris. . 

Beliau juga mestilah berpakaian seperti orang
-orang Pakistan utara, iaitu menyerupai pakaian 
Patan/Pashtun. Kegemaran beliau mestilah sama 
dengan puak Patan/Pashtun iaitu meminum teh 
pekat panas. 

Sifat beliau mestilah sama dengan sifat Saidina 
Ali r.a. . Iaitu pertama pantang melihat Agama 
Islam dihina, kedua suka berperang , ketiga 
pendiam (atau tidak fasih bertutur) dan 
keempat suka melayan tetamu. (Pandangan saya 
sahaja).

Kalau ramai orang-orang saleh pernah 
bermimpi Nabi s.a.w. , begitu juga dengan 
Imam Mahdi. Malah beliau lebih kerap bermimpi 
Nabi s.a.w. lebih daripada orang-orang saleh 
yang lain. 

Bukan itu sahaja, beliau juga mestilah pernah 
bermimpi Saidina Ali r.a. dan juga Fatimah r.a. . 

Fatimah r.a. seharusnya memanggilnya sebagai 
anak atau cucu. Manakala Saidina Ali r.a. pula 
harus mengajarkannya satu amalan khusus yang 
pernah Nabi s.a.w. ajarkan kepada Saidina 
Ali r.a. . Iaitu amalan yang menyebabkan Saidina 
Ali r.a. boleh mendengar bumi bercakap. 

Jadi Imam Mahdi mestilah seorang yang 
mampu mendengar percakapan bumi. 
Contohnya , sekiranya akan berlaku kejadian 
tsunami, Imam Mahdi sudah tentu dapat 
mengesannya terlebih dahulu sama seperti 
hidupan-hidupan di laut. 

Namun ALLAH sahaja Yang Lebih Mengetahui 
tentang siapa sebenarnya Imam Mahdi.


Saya hendak komen sedikit tentang salah faham 
Umat Islam mengenai asal-usul Imam Mahdi. 
Terdapat kecenderungan Umat Islam untuk 
mengaitkan Imam Mahdi dengan bangsa Arab. 

Walaupun Imam Mahdi berketurunan Nabi 
Muhammad s.a.w. , namun pada pendapat 
saya beliau bukannya berbangsa Arab. 

Sesetengah Ulama cepat untuk membuat 
conclusion mengenai bangsa Imam Mahdi. 
Ini kerana ramai Ulama terkeliru tentang 
tempat kelahiran Imam Mahdi di Madinah 
sebagai bangsa Arab. 

Walaupun Imam Mahdi lahir di Madinah , 
bukan bermakna beliau juga merupakan 
seorang berbangsa Arab. Paling hampir, 
hadis mensabdakan bahawa (mafhum) wajah 
Imam Mahdi seakan-akan wajah Arab dan 
badan Imam Mahdi seakan-akan badan Bani 
Israel. Imam Mahdi sepatutnya merupakan 
pengikut kepada keluarga Bani Tamim.

1 comment:

Anonymous said...

Surat khabar arab mengkhabarkan bahawa Negara Mumia bersedia menghantar 50ribu askar ke afrika utara untuk mengalahkan pasukan-pasukan yang salah satunya diketuai oleh pemuda yang nama sebenarnya sama dengan nama nabi, nama bapanya juga sama dengan nama bapa nabi, berikutan kekalahan tentera haftar. Pemuda tersebut dikatakan berasal dari selatan semenanjung hijaz & pernah berperang disyam.