Saturday 8 November 2014

APABILA SETAN MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN IBLIS!!!


Khalid Samad pertahan SIS?






BANTAH FATWA SELANGOR : PAS SELANGOR TEGUR KHALID, 

MUJAHID, HANIPA.

ISKANDAR ABDUL SAMAD / EXCO SELANGOR

Tiga ahli parlimen Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang membantah fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan fahaman liberalisme dan pluralisme semakin tersudut apabila PAS Selangor hari ini menyifatkan bantahan tersebut bukan pendirian PAS Selangor, tindakan tidak wajar dan tindakan persendirian ahli-ahli parlimen terbabit.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa tindakan beberapa orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralism, adalah bukan pendirian PAS Selangor,” ujar Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A. Samad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Harakahdaily.net hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu bagi menafikan laporan media bahawa salah seorang daripada yang membuat bantahan tersebut ialah pemimpin PAS Selangor.

Fatwa yang diwartakan di Selangor pada 24 Julai 2014 itu menyatakan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama, adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan memetik NGO Sisters in Islam (SIS) sebagai contoh.

Pada Selasa 4 Nov. 2014, ahli parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ahli parlimen Sepang, Hanipa Maidan mengemukakan bantahan mereka ke atas fatwa tersebut dalam satu sidang media bersama di lobi Parlimen.

Iskandar turut menyifatkan bantahan tiga ahli parlimen PAS itu tidak wajar kerana ia akan membuka ruang kepada pihak-pihak lain untuk membantah fatwa-fatwa yang dikeluarkan, seterusnya mengakibatkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

“Kami juga melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar,” ujarnya yang juga Exco Kerajaan Selangor.

Ketiga-tiga ahli parlimen PAS itu juga ditegur kerana membuat tindakan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu dengan PAS Selangor sedangkan ruang perbincangan sentiasa terbuka.

“Tindakan ahli-ahli parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu,” tambah Iskandar sambil mengingatkan bahawa mereka dipilih sebagai ahli parlimen di atas tiket parti, bukannya individu yang menuntut mereka tidak melakukan tindakan sendiri-EDITORIAL


P/S: Khalid Samad yang bertindak seolah-olah jurucakap SIS berkata, ‘childrens of god’ tidak boleh ditafsirkan secara terus sehingga membawa erti ‘anak-anak tuhan’ kerana dakwa Khalid, apa yang dimaksudkan oleh Sis ialah semua manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang wajib patuh kepada pencipta-Nya.



NAMPAK SANGAT KHALID MASIH NAK BERBELIT-BELIT LAGI. 


KENAPA SIS TAK TERUS CAKAP "HAMBA ALLAH" ATAU"MAKHLUK ALLAH? 


BUKANKAH ITU SENGAJA NAK MENGUNDANG KONTROVERSI???


APA NIAT SEBENAR SIS MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT?


APA NIAT KHALID DAN 2 JAHANAM TERSEBUT???


SIS PERLULAH MENGGUGURKAN PERKATAAN ISLAM DARI PERTUBUHAN TERSEBUT SEBAB MEREKA LANGSUNG TAK LAYAK MENGGUNAKANNYA!!!


LEPAS TU KELUARKAN LAH APA SAJA KENYATAAN YANG MEREKA SUKA ASALKAN TAK MEMBABITKAN ISLAM!!!

3 comments:

Anonymous said...

Kita minta sangat2 3 calon raja lawak tu keluar dari PAS join PKR atau DAP lagi baik.

Anonymous said...

Padan muka orang shah alam dulu pangkah khalid gereja. Zul nordin yg mempertahankan kalimah Allah ditolak ketepi. Hahahahaha......padan muka dapat pemimpin takde iman....sama macam juburi.

Tak berkat bandar shah alam....

Anonymous said...

sama gak dengan parti pas. perkataan islam seharusnya tidak payah digunakan kerana ianya membabitkan imej islam itu sendiri.