Kerana Gambar Anak, Peminat Harap
Erra & Bekas Suami Bersama Semula.
Kisah perceraian bekas Ratu Cantik Malaysia,
Erra Fazira mendapat perhatian umum dari
segenap lapisan masyarakat. Maklum sajalah,
Erra merupakan nama besar dalam industri
hiburan tanah air.
Terkini, bekas suaminya, Engku Emran
telah memuatnaik foto anak mereka, Engku
Aleesya bersama Erra ketika mereka
menunaikan Umrah satu ketika dulu.
Foto tersebut telah mendapat pelbagai respon
dari peminat yang menginginkan pasangan itu
kembali bersama demi anak mereka.
Status foto tersebut yang menggelar Erra
sebagai syurga kepada anak mereka
betul-betul menyentuh hati peminat
hingga ada yang meminta mereka rujuk
semula.
Selain itu, ada juga peminat yang meminta
mereka menunaikan umrah bersama-sama
sekali lagi dan berdoa di Jabbal Rahmah
untuk menyatukan mereka kembali.
Makin comel, Engku Aleesya mewarisi
kecantikan ibunya
Apa-apa pun, jika apa yang didoakan peminat
ini menjadi kenyataan, kami pasti Engku Aleesya
lah yang paling gembira kerana tidak perlu lagi
tinggal berasingan bersama ibu bapa tercinta.
Untuk pengetahuan anda, Erra dan Engku
Emran disahkan bercerai beberapa minggu
lalu dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Shah Alam.
Sementara itu, hak penjagaan anak mereka
diberikan kepada Engku Emran dan Erra diberikan
hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan
hari perayaan-ohbulan.