MARINA MAHATHIR !!!
APA SUDAH JADI???
LIBRALISME SUDAH
MENDARAH DAGING???
Meloyakini,Malaysian Insider dan beberapa
lagi portal dan blog pembangkang terus
cuba menyemarakkan isu JAIS merampas
300 Injil berbahasa Melayu dan Iban dari
premis Bible Society of Malaysia (BSM)
Khamis lalu.
Beberapa artikel yang disiarkan di
dalam portal tersebut cuba menggambarkan
JAIS sebagai samseng kerana menendang
pintu menyerbu dan merampas kitab-kitab
Injil yang mengandungi nama ‘Allah’
bagi merujuk kepada Tuhan Kristian.
Apa yang portal pembangkang itu tidak
sebutkan ialah tindakan JAIS itu adalah
sejajar dengan Enakmen 1988 mengenai
Kawalan Penyebaran Agama (lain) kepada
Orang Islam di Selangor yang melarang
bukan Islam menggunakan 35 perkataan,
Arab dan ungkapan dalam agama merekatermasuk‘Allah,‘Nabi’,‘Injil’dan
'InsyaAllah’.
Sehingga kini,enakmen ini tidak
pernah dimansuhkan sekali gus
menjadikan tindakan JAIS sebagai
sah.
Pihak Kristian bagaimanapun,memberikan
alasan bahawa penyebaran Injil Berbahasa
Melayu dengan menggunakan kalimah
Allah’ sebagai merujuk kepada Tuhan Kristian
itu adalah bertepatan dengan 10 persetujuan
yang dicapai di dalam perbincangan pada
April 2011.
Perbincangan yang melibatkan pihak
Kristian dengan beberapa Menteri di
peringkat pusat,Datuk Seri Idris Jala
serta Peguam Negara itu,telah memutus
kan bahawa setiap penerbitan Kristian
berbahasa Melayu perlu meletakkan tanda
salib dan nota bertulis‘penerbitan Kristian’
di luarnya.
Jika ini benar,maka perbincangan itu
wajar dipersoalkan kerana tidak turut
melibatkan pihak yang mewakili Islam.
Walhal,isu di sini ialah mengenai penggunaan
hak sejagat Umat Islam yang ingin dituntut
oleh Kristian,maka logiknya,badan-badan
yang mewakili Islam perlu menjadi pihak
utama untuk diajak berbincang.
Adalah pelik sekali apabila badan-badan
Islam tidak dirujuk mahupun dijemput
langsung dalam perbincangan itu.
Nampaknya,yang menjadi ‘mangsa buli’
di sini ialah Islam,bukannya Kristian.
Pihak Islam telah diketepikan dalam
perbincangan tersebut dan hak Umat
Islam ke atas kalimah Allah telah
dirampas secara biadab dan tanpa
sebab atau alasan yang konkrit.
Apa yang berlaku menunjukkan seolah-
olah pihak Kristian telah dengan sengaja
mencari gaduh dan menunjuk samseng
terhadap umat Islam di Malaysia.
Apabila JAIS bertindak berdasarkan
undang-undang,pihak Kristian menuduh
JAIS sebagai samseng dan kononnya
membuli mereka pula.
Soalnya,siapa yang buli siapa ???
Rakyat Malaysia rata-ratanya cukup
matang dan tidak mudah melatah
dengan isu yang mampu mencetus
ketegangan.
Penganut Kristian di kalangan rakyat biasa
juga tidak pernah‘teruja’ dengan isu kalimah
Allah di dalam kitab Injil berbahasa Melayu
kerana mereka lebih selesa dengan Injil
berbahasa Inggeris.
Penganut Kristian di kalangan Iban pula
terlalu kecil dan tidak signifikan langsung
untuk dibangkitkan sebagai isu di
Semenanjung.
Kaum Iban tertumpu di Sarawak di
manakegunaan kalimah Allah dalam
aktiviti keagamaan Kristian tidak
disekat oleh kerajaan.
Oleh itu,kita lihat sebarang usaha
untuk menjadikan pengharaman Injil
berbahasa Iban dengan kalimah Allah
di Semenanjung sebagai isu besar
adalah sebenarnya berniat jahat.
Apatah lagi dengan hakikat bahawa
kaum Iban yang beragama Kristian juga
ramai yang lebih selesa dengan Injil
berbahasa Inggeris.
Jelas,satu-satunya pihak yang
sengaja membesarkan isu kalimah
Allah dan ingin terus mencabar
undang-undang serta agama Islam
adalah pembangkang melalui media
mereka.
Selain pembangkang,pihak yang turut
teruja memburukkan imej JAIS dan Islam
ialah NGO yang membawa perjuangan
liberal iaitu kebebasan tanpa had serta
kesamarataan dalam beragama.
Pihak ini langsung tidak mengiktiraf
Islam sebagai agama rasmi negara,
sekali gus menidakkan undang-undang
dan perlembagaan.
Sejak akhir-akhir ini,kedua-dua
pihak iaitu pembangkang dan NGO
liberal ini dilihat mencuba sedaya
upaya untuk mencetuskan ketegangan
antara Islam-Kristian melalui
berbagai cara.
Modus Operandi mereka ialah
menggerakkan laman-laman sosial
peribadi untuk memperlekeh dan
menghina Islam bagi mengundang
tindak- balas.
Apabila pihak berkuasa mengambil
tindakan,mereka akan menuduh
kerajaan Islam sebagai zalim dan
berat sebelah.
Seterusnya,mereka memburukkan
kerajaan dan undang-undang
negara di peringkat antarabangsa dengan tujuan memberi tekanan
agar undang-undang berlandaskan
Islam dilonggarkan.
Kononnya ia adalah bagi memastikan
hak asasi setiap golongan di Malaysia
terjamin dan tiada lagi diskriminasi.
Bagaimanapun,pihak ini mengambil
pendirian untuk bersifat berat sebelah
dalam isu Islam Kristian sedangkan jelas
bahawa pihak Kristian telah melanggar
undang- undang.
seolah-olahnya pihak Kristian langsung
tidak berbuat salah, dan yang salah itu
hanyalah Islam dan Islam semata-mata.
Justeru,saya ingin bertanya kepada
wakil NGO liberal iaitu Marina Mahathir
yang begitu lantang membela Kristian
dan menghentam JAIS dalam isu ini,
apakah benar beliau memperjuangkan
hak asasi manusia atau sebenarnya
berjuang menentang Islam ???
Isu kalimah Allah bermula tanpa alasan
yang jelas. Selama ini rakyat Malaysia
tenang dan aman mengamalkan kepercayaan
masing-masing atas dasar saling menghormati.
Tiada siapa yang mencabar sesiapa
atau dengan sengaja menimbulkan
ketegangan dengan‘mencuit’ agama lain.
Rakyat yang rasional tertanya-tanya, sudah
sekian lama menyebut ‘GOD’ kenapa perlu
ditukar kepada ‘Allah’ ???
Mungkin Marina boleh membantu pihak
Kristian menjawab soalan yang menyemakkan
kepala kita ni.Di samping itu,Marina juga
mungkin boleh menjawab kenapa Marina
tidak pernah mengherdik anak Cina DAP
yang menghina nama Allah SWT dan
Rasulullah di laman- laman sosial .
Marina tidak pernah mempersoalkan
kenapa setelah mereka menghina Allah SWT,
pihak yang sama bermati-matian pula
ingin menggunakan kalimah Allah bagi
merujuk kepada Tuhan mereka ???
Sebenarnya,banyak lagi persoalan di kepala
saya yang sehingga kini pihak Kristian dan
Marina (NGO liberal) masih tidak
dapat menjawab.saya ingin sangat
memahami kenapa Marina begitu berat ???
Kenapa Kristian suka mencari gaduh ???
Dan apakah Marina juga sudah terkena
sindrom gila glamour atau MEMANG GILA
ATAU SUDAH MURTAD ???
badutrakyat.
2 comments:
Dalam al Quran Allah ada berfirman , Dan bahawa Dia telah menyempurnakan agama manusia dan agama disisi Allah adalah Islam. Allah juga berfirman bahawa dia tidak beranak atau diberanakkan. Dan juga Dia tiada pendua atau pentiga.Makanya adalah syirik untuk menyamakan Jesus Christ itu Allah atau anak Allah.
Ramai yg ngaku Islam, tak tahu, tak baca, dah tak ingat, dah lupa atau saja buat buat tak tahu,
"Dan tidaklah sekali kali akan redha kpd kamu org org Yahudi dan tidak juga Nasara hinggalah kamu ikuti agama / jalan hidup mrk. Katakanlah ; Sesungguhnya Petunjuk Allah (swt) itulah petunjuk (yg benar). Dan sekiranya kamu ikuti hawa nafsu mrk setelah dtg kpd kamu ilmu (petunjuk Allah swt / Al Quran) mk tiadalah bg kamu dr Allah (swt) pelindung dan tidak pula penolong." 2:120.
Post a Comment