Saturday, 18 January 2014

Kitab Injil Sebenar – Berusia 1500 Tahun Ditemui!!!



Kitab Injil sebenar berusia 1500 tahun di temui? Tidak pasti adakah ianya kitab Injil sebenar yang di dakwa berusia 1500 tahun ditemui di Turki pada tahun 2012.
Kitab Injil yang di temui ini di dakwa mencatat kedatangan Nabi Muhammad SAW.


Kitab Injil Berusia 1500 Ditemui


Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Pihak kami tidak mahu menokok tambah tetang isu agama namun hanya menyiarkan Berita terkini penemuan kitab injil berusia 1500 tahun di temui.

4 comments:

neighneet said...

look at this web-site this article More Bonuses dolabuy.ru Recommended Reading click to find out more

thatey said...

like this Louis Vuitton Dolabuy discover this replica louis vuitton Continue Reading Gucci Dolabuy

Anonymous said...

n0n08q9s22 j0o07i6c30 q9y79h9r52 w7o79v5o20 f2c33f6e42 h8z40h8x66

theysee said...

i9e28g0e59 r8l85b5k29 t5y35i8k57 r4d97v8a63 d7a92g1l80 n8m51b4a80