Wednesday, 28 August 2013

P WAYTA MOORTHY,LU BOLEH BLAH!!!!


kj

“Saranan Waytha tidak masuk akal,baik tinggalkan kerajaan!!!”

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi menteri ketiga yang mendesak supaya Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  P Wayta Moorthy untuk meletak jawatan.


Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Waytha harus menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat dan tidak berkelakuan seperti pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) selepas menyertai kerajaan.
Katanya, sekiranya wujud pertikaian maka Waytha perlu membincangkannya secara hikmah bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Jika Waytha masih berkeras adalah baik beliau meninggalkan kerajaan kerana tidak wajar mempertikai tindakan polis untuk membasmi jenayah,” katanya semasa sidang media hari ini.
Khairy berkata, jemaah menteri mempunyai perkara yang disepakati maka perkara yang ingin dibangkitkan kepada umum harus berdasarkan kepada saluran sedia ada.
Sementara itu, Datuk Seri Ali Rustam yang baru dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) turut senada dengan Khairy menggesa Waytha untuk meninggalkan kerajaan.
Beliau berkata,KDN dan polis berusaha sebaik mungkin bagi menangani kes jenayah negara yang semakin berleluasa maka usaha pihak berkenaan wajar dipuji.
“Saranan Waytha yang mahu penjenayah melepaskan tembakan terlebih dahulu adalah sangat tidak masuk akal. Bagaimana polis hendak memberkas penjenayah sekiranya polis ditembak terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Ahad bersetuju dengan cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Waytha meletak jawatan.
“Saya setuju dengan Datuk Zahid  101 peratus, kita anggota Kabinet bertanggungjawab bersama, tiada mana-mana pihak letakkan kepentingan politik melebihi pertimbangan politik kolektif.
“Bersandarkan kepada emosi dalam melaksanakan sesuatu keadaan tidak melambangkan situasi dan emosi tidak menunjukkan kepimpinan yang waras,” kata Hishammuddin. – MI

P/S.- ANJING KALAU DAH BIASA MAKAN TAHI,TAK DAPAT MAKAN TAHI DAPAT CIUM TAHI PUN JADILAH!!!

1 comment:

hamidah yusof said...

Ada 3 perkara yg d lihat d sini :-

1) Kaduk dah naik junjung!
2) Agknya lah klu 5 penjenayah yg mati d tembak tu Melayu, apakah sama nadanya???
3) Ramai mana menteri yg bersuara tentang isu ini, wahimah ngo2 skali pon, mana pergi suara najib???? Persoalan yg perlu d ambil kira....
Bagai mncurah air d daun keladi.........