Kaedah terkini montokkan tubuh, payudara!!!
KOTA BHARU: Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung
serta dagu runcing.
Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah
untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.
Wanita yang hanya mahu dikenali
sebagai Kak Mah,
50, menyediakan
beberapa pakej dengan paling
mahal RM400 untuk kecantikan
seluruh
tubuh, termasuk membuang
kolesterol dan paling murah
RM50 untuk kecantikan muka.
“Setiap manusia ada syaitan di badan
nya
dan kerana syaitan itulah pelbagai
keburukan berlaku kepadanya, seperti
kelihatan tidak cantik dan berdepan
pelbagai masalah".
“Justeru, kaedah rawatan yang saya
lakukan adalah membuang terlebih
dulu syaitan di dalam badan
dengan menghembuskan sebutan
Allah SWT, doa dan bacaan
tertentu kepada pelanggan.
No comments:
Post a Comment