Saturday, 2 February 2013

WANITA BERMULUT HALILINTAR!!!!

Pencaci Isteri PM Terima Publisiti Murahan

(dari blog middlevoices)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Blog Papa Gomo, kelmarin telah mengeluarkan entry berkenaan pemilik blog Amenoworld yang sering dikaitkan dengan penulisan yang kritikal, liar dan hyperbola. 

Penulisan Amenoworld yang kasar dan tidak beretika bukan sahaja memburukkan imej dirinya sebagai wanita, tetapi yang lebih buruk menjelaskan bahawa betapa hilangnya akhlak dirinya sebagai seorang wanita islam.

Middle Voices terpanggil, untuk bersama Gomo menambahkan lagi populariti Amenoworld yang murah dan dikenali sebagai si perempuan penyebar fitnah tegar terhadap Datin Paduka Sri Rosmah Mansor, yang juga isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Gomo, Amenoworld yang dikenalinya sejak 2009 melalui laman sesawang sosial Facebook, bukanlah seorang wanita yang disangka-sangkakan, kerana perwatakannya sahaja sudah menjelikkan berikutan sikapnya yang cukup gemar mengutuk, mencaci dan mengfitnah Rosmah Mansor.

Sebelum itu, menurut blog Papa Gomo, nama sebenar penulis Amenoworld ialah Siti Norashikin (seperti di dalam gambar).

Sumber: Papa Gomo

Prologue: Middle Voices berharap agar Ashikin berubah dan menghentikan sumpah seranah serta makiannya terhadap isteri Perdana Menteri. 

Sesungguhnya, setiap penulisannya hanyalah merupakan suatu gosip berbentuk menjatuhkan reputasi seseorang dan mendabik dada seolah dirinya sangat sempurna.

Perihal seperti ini harus dilihat mahasiswa sebagai suatu yang tidak sesuai dan tidak sihat dalam arena penyebaran maklumat melalui media baru seperti blog, facebook dan twitter.

Oleh itu, Middle Voices berharap agar semua rakan siswa menilai dengan bijak dan waras, apakah penulisan  berbentuk makian, fitnah dan kejian terhadap isteri kepada seorang pemimpin negara boleh diterima sebagai seorang mahasiswa?

Anda, sebagai siswa ada jawapannya. Walaupun Middle Voices percaya bahawa selepas ini Ameno mungkin berubah dengan menukar fokus makian kepada tiga cabang utama, iaitu Rosmah, Gomo dan Middle Voices sendiri.

#Amenoworld sebagai seorang wanita seharusnya menyokong wanita yang lain, bukan menghina dan mengkeji. Apakah ini pembawakan seorang wanita islam? Tidak.

No comments: