Wednesday, 1 August 2012

Nora Danish Rohingya????

Nora Danish ada pertalian darah Rohingya dari Myanmar juga kah???

Sebelum ini Nora Danish ada mewar-warkan beliau akan pulang ke Myanmar pada Syawal nanti bagi marayakan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Akibatnya, sahabat aku, MPP Online cuba menempah tiket online bagi mengikuti Nora Danish ke sana..hahahaha!

Tiba-tiba, sewaktu Majlis Berbuka Puasa Bersama Media sempena pelancaran Novel Mencari Cinta di Flora Kafe, Ampwalk semalam, Nora menyatakan bahawa rancangan untuk beliau pulang ke Myanmar terpaksa dibatalkan dek kerana krisis kemanusiaan yang sedang melanda negara tersebut.

"Biasanya raya merupakan masa di mana Nora dan ahli keluarga lain dapat bersama berkumpul. Kami lazimnya akan bercuti bersama-sama atau pulang ke Myanmar, melawat saudara ibu Nora di sana. Pada awalnya, memang Nora dan keluarga nak pulang ke Myanmar Syawal nanti tapi disebabkan krisis yang sedang berlaku sekarang di sana, hanya ibu yang akan balik ".

Bercerita mengenai kampung halamannya di Myanmar, Nora memberitahu beliau pertama kali bertemu moyang dan neneknya hanya ketika beliau berada di tingkatan tiga. Kampungnya yang terletak di Yangoon dan Tatkon menjadi satu kenangan yang dirindui Nora.

"Raya sangat bermakna bagi Nora, emak dan adik-beradik yang lain. Ayah Nora dah lama meninggal dunia dan adik beradik Nora pula semuanya perempuan. Jadi Nora ambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga bila sahaja lebaran tiba. Kami akan ziarah rumah saudara dan kawan-kawan, " jelas pelakon Tentang Dhia ini.

Petikan dari Gua.com.my

p/s : Hish...jangan balik lagi Nora..kang dia hantar balik ke Malaysia, sekerat-sekerat pula...habih la tubuh mu yang putih gebu itu jadi mangsa, beraya aja lah di Malaysia ini, aman tenteram...pembangkang aja yang buat-buat kecoh!

No comments: