Thursday, 16 August 2012

cut nyak dhien




  


 Saya ingin mengetengahkan seorang tokoh pahlawan atau pejuang wanita yang bernama Cut Nyak Dhien. Nah..pelik kan nama ini. Buat pertama kali saya mendengar nama ini saya juga tercengang dan tertanya-tanya bangsa apakah yang mempunyai nama sebegini.

 Saya mula-mula membaca mengenai beliau dalam sebuah buku semasa mencari maklumat mengenai sejarah Kerajaan Aceh Darussalam. Kerana rasa ingin tahu yang tinggi pada masa tersebut, saya lantas mencari nama tersebut dalam portal perpustakaan untuk mendapatkan buku-buku berkenaan tokoh tersebut. Alhamdulillah saya bertemu beberapa buku dalam bahasa Indonesia yang menceritakan tentang kisah hidup dan perjuangan wanita pahlawan ini.


Cut Nyak Dhien sebenarnya adalah salah seorang daripada pejuang yang mengadakan gerakan pembebasan Acheh dari kuasa kolonial Belanda. 

Cut Nyak Dhien dilahirkan dari keluarga bangsawan yang taat beragama di Aceh Besar, wilayah VI Mukim pada tahun 1848. Ayahnya bernama Teuku Nanta Setia, seorang uleebalang VI Mukim, yang juga merupakan keturunan Machmoed Sati, perantau dari Sumatera Barat. 

Machmoed Sati mungkin datang ke Aceh pada abad ke 18 ketika kesultanan Aceh diperintah oleh Sultan Jamalul Badrul Munir. Oleh sebab itu, Ayah dari Cut Nyak Dhien merupakan keturunan Minangkabau. 

Ibu Cut Nyak Dhien adalah putri uleebalang Lampagar. Pada masa kecilnya, Cut Nyak Dhien adalah anak yang cantik. beliau memperolehi pendidikan dalam  bidang agama dan rumah tangga. Banyak lelaki yang suka pada Cut Nyak Dhien dan berusaha melamarnya. 

Pada usia 12 tahun, beliau sudah dinikahkan oleh orangtuanya pada tahun 1862 dengan Teuku Cek Ibrahim Lamnga, putra dari uleebalang Lamnga XIII. Mereka memiliki seorang anak laki-laki sahaja.



Pada 26 Marc 1873, Belanda menyatakan perang kepada Aceh, dan mula melepaskan tembakan meriam ke daratan Aceh dari kapal perang Citadel van Antwerpen. Perang Aceh pun meletus. 

Perang pertama (1873-1874), Aceh yang dipimpin oleh Panglima Polim dan Sultan Machmud Syah bertempur melawan Belanda yang dipimpin Johan Harmen Rudolf Köhler. Saat itu, Belanda mengirim 3.198 prajurit.

 Lalu, pada 8 April 1873, Belanda mendarat di Pantai Ceureumen di bawah pimpinan Köhler, dan terus menguasai Masjid Raya Baiturrahman dan membakarnya. Cut Nyak Dhien yang melihat hal ini berteriak:



Lihatlah wahai orang-orang Aceh!! Tempat ibadat kita dirosak!! Mereka telah mencorengkan nama Allah! Sampai bila kita begini? Sampai bila kita akan menjadi budak Belanda?


Kesultanan Aceh dapat menang perang pertama. Ibrahim Lamnga yang bertarung di garis depan kembali dengan sorak kemenangan, sementara Köhler tewas tertembak pada April 1873 berdekatan sebuah pokok dekat bekas Masjid Baitulrahman yang terbakar. 

 J.B. van Heutsz sedang memerhatikan pasukannya dalam penyerangan Aceh. Pada tahun 1874-1880, di bawah pimpinan Jenderal Jan van Swieten, daerah VI Mukim dapat diduduki Belanda pada tahun 1873,  Istana Sultan jatuh pada tahun 1874.

 Cut Nyak Dhien dan bayinya akhirnya melarikan diri bersama para wanita dan rombongan lainnya pada 24 Disember 1875. Suaminya selanjutnya bertempur untuk merebut kembali daerah VI Mukim.

Ketika Ibrahim Lamnga bertempur di Gle Tarum, beliau telah tewas pada 29 Jun 1878. Hal ini membuat Cut Nyak Dhien sangat marah dan bersumpah akan menghancurkan Belanda.



Teuku Umar,  yang juga tokoh pejuang Aceh, melamar Cut Nyak Dhien. Pada awalnya Cut Nyak Dhien menolak. Namun, sebab Teuku Umar membenarkannya untuk ikut bertempur dalam medan perang, Cut Nyak Dien akhirnya menerimanya dan menikah lagi dengan Teuku Umar pada tahun 1880. Hal ini membuatkan meningkatnya moral semangat perjuangan Aceh melawan Kaphe Ulanda (Belanda). Cut Nyak Dhien dan Teuku Umar kemudiannya  memiliki anak yang diberi nama Cut Gambang.


  
Foto Teuku Umar

Perang dilanjutkan secara gerila dan diishtiharkan perang fi'sabilillah. Sekitar tahun 1875, Teuku Umar melakukan gerakan dengan mendekati Belanda dan hubungannya dengan orang Belanda semakin kuat. 

Pada 30 September 1893, Teuku Umar dan pasukannya yang berjumlah 250 orang pergi ke Kutaraja dan "menyerahkan diri" kepada Belanda. 

Belanda sangat gembira kerana musuh yang berbahaya mahu membantu mereka, sehingga mereka memberikan Teuku Umar gelaran Teuku Umar Johan Pahlawan dan menjadikannya komandan unit pasukan Belanda dengan kekuasaan penuh.

 Teuku Umar merahsiakan rancangan sulitnya untuk menipu Belanda, meskipun beliau dituduh sebagai penghianat oleh orang Aceh. Bahkan, Cut Nyak Meutia datang menemui Cut Nyak Dhien dan memakinya.



 Cut Nyak Dien berusaha menasihati suaminya itu untuk kembali melawan Belanda. Namun, Teuku Umar masih terus berhubungan dengan Belanda. Umar lalu mencuba untuk mempelajari taktik Belanda, sementara perlahan-lahan mengganti sebanyak mungkin orang Belanda di unit yang dia kuasai. 

Ketika jumlah orang Aceh dalam pasukan tersebut cukup, Teuku Umar melakukan rencana palsu pada orang Belanda dan mengatakan bahawa beliau ingin menyerang base utama pejuang Aceh. 

Namun dengan mudah Belanda tertipu dengan helah ini dan Teuku Umar dan Cut Nyak Dhien lari dengan semua pasukan dan perlengkapan berat, senjata, dan amunisi Belanda. Pengkhianatan ini disebut Het verraad van Teukoe Oemar (pengkhianatan Teuku Umar).



Teuku Umar yang mengkhianat menyebabkan Belanda marah dan melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap Cut Nyak Dhien dan Teuku Umar. Namun, gerilawan Aceh kini dilengkapi perlengkapan senjata dari Belanda.

 Mereka mula menyerang Belanda sementara Jend. Van Swieten diganti. Penggantinya, Jend. Jakobus Ludovicius Hubertus Pel, dengan mudah terbunuh dan pasukan Belanda berada dalam kekacauan. Belanda lalu mencabut gelaran Teuku Umar dan membakar rumahnya, dan juga mengejar dimana sahaja dia berada.


  
Dien dan Umar terus mengganggu Belanda, lalu menyerang Banda Aceh (Kutaraja) dan Meulaboh (bekas base Teuku Umar), sehingga Belanda secara berterusan terpaksa mengganti jeneral yang bertugas.

 Unit "Maréchaussée" kemudian dikirim ke Aceh. Mereka dianggap kejam dan sangat sukar dikalahkan oleh orang Aceh. Selain itu, kebanyakan pasukan "De Marsose" merupakan orang cina-Ambon yang menghancurkan semua yang ada di depan mereka

Akibat daripada hal ini, pasukan Belanda berasa kasihan kepada orang Aceh dan Van der Heyden membubarkan unit "De Marsose" yang kejam itu atas desakan beberapa negara besar dunia seperti Amerika dan Britain

Peristiwa ini juga menyebabkan keberjayaan jeneral selanjutnya kerana ramai rakyat Aceh yang tidak berperang secara gerila dan melakukan jihad kehilangan nyawa mereka di tangan Maréchaussée, dan ketakutan masih tetap ada pada penduduk Aceh.



Jendral Joannes Benedictus van Heutsz  telah memanfaatkan ketakutan ini dan mula mengupah orang Aceh untuk mengintip pasukan pemberontak sebagai informan sehingga Belanda mengetahui rancangan Teuku Umar untuk menyerang Meulaboh pada 11 Februari 1899. 

Akhirnya, Teuku Umar gugur tertembak peluru emas. Ketika Cut Gambang, anak Cut Nyak Dhien, menangis sebab kematian ayahnya, dia ditampar oleh ibunya lalu memeluknya dan berkata:


Sebagai perempuan Aceh, kita tidak boleh menumpahkan air mata pada orang yang sudah syahid.


Dalam perjuangannya, Cut Nyak Dhien dibantu oleh para uleebalang (hulubalang), datuk-datuk, serta penyair-penyair yang senantiasa membakar semangat juang masyarakat Aceh.

 Ribuan tentera Belanda tewas dan jutaan wang dihabiskan demi mengejar Cut Nyak Dhien. Tokoh tokoh yang membantu perjuangan Cut Nyak Dhien diantaranya adalah Teuku Ali Baet menantunya yang memberikan wang dan senjata kepada pasukan

Ada pula Teuku Raja Nanta, adik Cut Nyak Dhien yang sempat berpisah dari rombongan kerana dikejar Belanda, dan akhirnya syahid di pedalaman Meulaboh.

 Pada saat itu pula terjadi pertempuran oleh Sultan Muhamammad Daud Syah dan Panglima Polim yang berjuang di daerah Pidie. Dalam perjuangan gerilanya, pendukung setia Cut Nyak Dhien selalu menjaga siang malam dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menghindari operasi yang dilakukan Belanda yang tidak lain tidak bukan adalah hasil dari laporan para pengkhianat yang memberitahu dimana posisi pasukan Cut Nyak Dhien.
  



Cut Nyak Dien kemudian memimpin perjuangan melawan Belanda di daerah pedalaman Meulaboh bersama pasukan kecilnya dan cuba melupakan suaminya. 

Pasukan ini terus bertempur sampai kehancurannya pada tahun 1901 disebabkan tentera Belanda sudah mula biasa berperang di daerah pedalaman Aceh. Selain itu, Cut Nyak Dien sudah semakin tua dan uzur.

 Matanya sudah mulai rabun, dan dia terkena penyakit lumpuh dan juga jumlah pasukannya terus berkurang, ini ditambah dengan sulitnya memperolehi makanan. Hal ini membuat para pasukan-pasukannya kasihan melihat keadaan pemimpin mereka itu.


 Tidak lama kemudian anak buah Cut Nyak Dhien yang bernama Pang Laot melaporkan lokasi markasnya kepada Belanda.Ini kerana Pang Laot merasa siksa melihat keadaan pemimpin yang dikasihinya itu.

 Dia mendapat persetujuan Belanda agar Belanda melayani Cut Nyak Dhien dengan sebaiknya dan merawatnya. Akibatnya, Belanda menyerang markas Cut Nyak Dien di Beutong Le Sageu. Mereka terkejut dan bertempur mati-matian. 

 Dalam keadaan kelam kabut itu Cut Nyak Dhien masih mahu melawan, beliau mencabut Rencongnya dan menghayunkannya ke kiri dan kanan bagi menghalang askar Belanda mendekatinya. 

Cut Nyak Dhien ditangkap dan dibawa ke Banda Aceh. Beliau kemudian dipindah ke Sumedang. Cut Gambang berhasil melarikan diri ke hutan dan meneruskan perlawanan yang sudah dilakukan oleh ayah dan ibunya. Tjoet Nyak Dhien meninggal pada tanggal 6 November 1908 dan dimakamkan di Gunung Puyuh, Sumedang.


  
Cut Nak Dhien, duduk dua dari kiri. Gambar ini diambil di markas tentera Belanda setelah Cut Nyak Dhien berjaya ditangkap. Jelas kelihatan dalam gambar ini perempuan tua itu sedang meratap menangis akan nasibnya yang tertangkap kafir penjajah.

Semasa beliau berada di Sumedang tidak ada sesiapa yang tahu siapa sebenarnya wanita ini. Hal ini kerana pihak Belanda mahu merahsiakan identiti sebenar beliau. Namun salah seorang daripada tahanan lain yang merupakan seorang Ulama yang turut dibuang di Sumedang menyedari kehebatan wanita ini dan keilmuan beliau dalam bidang agama Islam.

 Sejak dari hari itu ramai penduduk dating belajar Al Quran dengan beliau sehinggakan beliau digelar sebagai ibu perbu atau ibu Ratu kerana di Jawa jarang-jarang ada wanita yang tinggi Ilmu Keagamaannya berbanding Lelaki. 

Setelah kewafatan beliau hanya pada tahun 1959 barulah penduduk setempat tahu bahawa orang yang disebut sebagai ibu perbu selama ini adalah seorang tokoh pahlawan wanita besar dari Tanah Aceh.
  



Dapat saya simpulkan di sini bahawa kehebatan wanita Melayu sejak turun-temurun tidak dapat disangkal lagi. Berbanding dengan dunia luar. Kehebatan wanita-wanita Melayu jarang diketengahkan walaupun Daerah Nusantara ini banyak menghasilkan golongan wanita yang berwatak pemimpin dan pejuang. Di harapkan dengan paparan ini para pemudi di negara kita dan nusantara amnya supaya dapat mencontohi mereka dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta maruah mereka.

 Sudah tiba masanya para bohsia dan penkid kita meneliti dan mendalami sejarah bangsa supaya mereka tahu bahawa budaya nenek moyang mereka lebih membanggakan daripada budaya barat yang mereka idolakan pada masa kini. 

Akhir kata kepada para wanita sekalian jagalah maruah keluarga dan maruah diri anda. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa globalisasi barat yang tidak mengenal tatasusila dan batasan agama.

No comments: