Tambah Berahi Cara Semulajadi.
Perlu diakui bahawa ghairah seks baik buat isteri mahupun suami tidak akan sentiasa membara. Gejolak nafsu seks juga ada pasang surutnya. Ada ketikanya nafsu berahi yang meninggi akan turun merudum tanpa diketahui sebabnya.
Bagi anda yang menghadapi masalah tersebut, apa kata cuba dahulu dengan cara semula jadi seperti berikut :
Percaya Diri
Tidaka
ada yang dapat menurunkan hasrat seksual seseorang selain rasa rendah
diri. Oleh itu cubalah dapatkan semula keyakinan diri.
Ginko Biloba
Herba
yang memiliki khasiat penyembuhan ini dikatakan dapat memperbaiki
aliran darah ke otak dan organ seks. Ginko biloba juga diyakini
memiliki kesan meningkatkan hasrat, kesenangan seksual dan orgasma.
Yohimbine telah lama digunakan di Afrika sebagai ubat perangsang nafsu berahi dan sering disebut viagra semula jadi.
Urutan
Teknik urutan dapat dilakukan untuk meningkatkan rangsangan seksual terutama
jika anda sering stres, rungsing atau marah. Sediakan bilik dengan
suasana yang romantik, muzik yang lembut dan mulakan mengurut pasangan.
Setelah siap mintalah pasangan mengurut anda pula.
Makan dengan betul
Jika
tubuh lemah akibat kesihatan yang buruk, tidak mustahil hubungan
seksual juga akan terkena tempiasnya. Makanlah lima hingga sembilan
jenis buah-buahan dan sayuran sehari untuk menjaga kesihatan.
Kurangi berat badan
Memiliki
berat badan berlebihan mampu mempengaruhi kualiti kehidupan initm.
Obesiti menimbulkan penyakit pembuluh darah yang mengurangi aliran
darah ke organ genital. Akibatnya ereksi sukar terjadi.
Senaman
Senaman
teratur membantu meningkatkan aliran darah ke organ seksual. Ia juga
membuatkan anda merasa lebih yakin pada diri sendiri.
Berhenti merokok
Jika anda memang seorang perokok, fikirkanlah akan kemungkinan anda menghadapi masalah seks. Memang telah lama dikenal pasti bahawa rokok memiliki pengaruh yang buruk terhadap aliran darah ke organ seksual.
No comments:
Post a Comment