Saturday 25 August 2012

HIPOKRIT MAKSIMA!!!!!!

Hudud, Apakah Persiapan Yang Telah Pas Lakukan ?

 Ustaz Zainal Abidin wakil Minda Pondok Kelantan yang mempertikaikan keikhlasan Pas dalam isu Hudud. Beliau mempersoalkan apakah persiapan yang telah Pas Kelantan lakukan selepas 22 tahun bercakap tentang Hudud. Langsung tidak ada !.

 
Kita lawan Pas atas dasar Islam, bukan atas dasar Umno. Kita mempergunakan Umno bukan Umno guna kita. Kalau Umno yang guna kita, logiklah kalau kita minta bayaran TAPI kita tidak pernah minta bayaran.

Kita tidak ada perjanjian. Kita bersama Umno atas kesedaran orang Melayu, agama Islam dan Negara. Berbeza dengan Pas yang boleh bersekongkol dengan orang2 seperti Ambiga dan Anwar yang memperjuangkan Kebebasan Mutlak seperti LGBT dan pelbagai lagi perkara yang bercanggah dengan Islam.

Pas mempergunakan agama untuk kepentingan politik. Pas menipu rakyat. Sebab itu setiap kali pilihanraya Pas akan mendendangkan lagu Hudud.

Jika Pas benar mahu laksanakan Hudud, apakah PERSIAPAN yang telah Pas buat selain dari bercakap terus ? Persiapan seperti Mahkamah, Hospital, Hakim, Pendakwa dan Peguam Syarie dan Polis Hudud ....
kena ada rotan dan pedang ... juga orang yang terlatih untuk melaksanakan hukuman .... apakah Pas sudah membuat segala persiapannya ?

Bila dah cukup semua itu, baru kita lihat keadaan rakyat pula.. bagaimana taraf kemiskinan, pengangguran .... semua itu perlu diatasi terlebih dahulu. Buka kilang2 dan sediakan pekerjaan kepada rakyat Kelantan... bila rakyat dah senang barulah boleh diwartakan Hudud.

Apa yang Pas tahu cuma bercakap saja .... dari pagi sampai petang, bercakap saja tentang Hudud. Persiapan takde langsung. Sebab itu Pas Penipu ( Pelawok ).

Dulu Pas keluarkan fatwa Umno kafir kerana bekerjasama dengan Mca ... tapi sekarang Pas bersama Dap pula. Jadi apa hukumnya ?

Jika Pas bersama Dap maka kita ( Minda Pondok ) bersama Umno !
dari blogdinturtle

Baca kenyataan pemimpin PAS.

 



Terbaru Nik Aziz memberi komen tentang kemelut Hudud ekoran kenyataan2 Karpal yang jelas tidak mesra Islam.

"Saya diminta respons tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini.

“Dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respons daripada pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai," kata beliau dalam satu entri ringkas menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, "saya ingin membaca respons pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud." SINAR.

 Sinar. Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata -

“(Dr Mahathir) dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Kita tidak perlu sertai Umno jika hendak laksanakan hudud sedangkan Umno sendiri pun tolak hudud,”


ITULAH SIKAP BERBELIT-BELIT SI LIDAH BERCABANG.KAFIR HARBI YANG MEMBELASAH HUDUD TAK KIRALAH DAP ATAU MCA TAK DIMARAHI OLEH PAS,MANAKALA DR MAHATHIR YANG DAH PUSING MATAHARI MENYOKONG HUDUD YANG LENGKAP DAN SEMPURNA  DITOHMAH PULAK.

JADI JELASLAH PAS HANYA MEMPERGUNAKAN HUDUD SEBAGAI SENJATA PILIHAN RAYA SEPERTI  PRU YANG SUDAH-SUDAH.

SEDANGKAN DRAF HUDUD YANG SEMPURNA DAN LENGKAP TAK MAMPU DISEDIAKAN DAN TAK PERNAH BERANI PUN BENTANG KAT PARLIMEN.

YANG DIA ORANG TAHU HANYA MENYALAHKAN UMNO SAJE.DIA ORANG DAH TAHU KESAN YANG AKAN MENIMPA MEREKA JIKA DIBENTANGKAN DI PARLIMEN DAN SELEPAS ITU MEREKA TAK BOLEH LAGI MEMPERGUNAKAN HUDUD SEBAGAI SENJATA POLITIK MEREKA.

UMNO TIDAK MENOLAK HUDUD,CUMA BELUM BERUPAYA UNTUK MELAKSANAKANNYA ATAS SEBAB BEBERAPA KEKANGAN YANG BELUM DAPAT DI SELESAIKAN.

PAS BERHENTILAH BERSIKAP HIPOKRIT.AROAITALLAZIYUKAZZIBUBIDDIIN!!!!!!!

No comments: