Air Mani Boleh Dijadikan Penawar?
1. Penyakit Diabetes.
Kajian ini telah dipelopori oleh para penyelidik daripada Georgetown
University Medical Centre di Washington DC, Amerika Syarikat. Semasa di
ujikaji, teknologi ini ternyata berjaya dan diharap dapat digunakan
kepada manusia.
Seperti yang dikutip dari Healthday, Isnin (20/12/2010), penggunaan
sel penghasil sperma mempunyai banyak kelebihan berbanding penggunaan
sel pankreas. Sel penghasil sperma diambil daripada testis penderma itu
sendiri dan tidak akan ada risiko penolakkan sel seperti yang di alami
oleh penderma sel pankreas.
Selain menghasilkan hasil yang cukup memberangsangkan, terapi ini
juga menjadi sangat terkenal kerana mampu mengubah fungsi sel penderma
sperma menjadi insulin. Dalam hal ini, bukan sel penderma sperma sahaja
yang boleh digunakan dalam terapi malah cairan sperma itu sendiri juga
boleh digunakan.
2. Penyakit Kemurungan.
Terjawab pada tahun 2002 iaitu pada tahun yang sama ia diterbitkan di
dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. Kajian yang dilakukan oleh
para saintis di State University of New York telah mengungkap manfaat
sperma untuk mengubati penyakit kemurungan pada orang perempuan.
Manfaat ini diperolehi ketika perempuan yang mengalami kemurungan
melakukan hubungan seks dengan pasangannya tanpa menggunakan kondom dan
membiarkan ejakulasi terjadi di dalam vagina.
Secara tidak langsung,
lebihan sperma yang masih berada di dinding vagina akan diserap ke dalam
pembuluh darah yang berada di sekeliling vagina dan diyakini akan
memberi kesan yang menenangkan kepada wanita tersebut.
3. Masalah Jerawat.
Kegunaan lain sperma juga pernah digunakan untuk mengubati masalah
jerawat, meskipun secara klinikalnya belum ada kajian khusus yang
membuktikan keberkesanannya.
Namun secara teori, proses perubatan
tersebut dinilai sebagai cukup berkesan kerana sperma mengandungi
sejumlah khasiat yang bermanfaat untuk rawatan kulit.
Seperti yang dikutip dari Bestacnetreatmentstips.com, kandungan
khasiat di dalam sperma yang boleh melawan jerawat adalah Vitamin C. Hal
ini kerana ia merupakan bahan anti-oksidan yang boleh menyah-toksin
atau menyingkirkan bahan asing dan kotor yang ada di sekitar permukaan
kulit.
4. Masalah Kulit Berkedut.
Selain itu, dengan adanya kandungan anti-oksidan pada sperma juga
memberi jaminan bahawa sperma bebas daripada bahan yang boleh
menyebabkan kulit kusam dan cepat berkedut. Kandungan yang sama juga
boleh ditemui di dalam produk-produk anti penuaan seperti yang dijual di
pasaran.
No comments:
Post a Comment