Saturday, 11 August 2012

PENGKHIANATAN TERHADAP KERAJAAN MELAKA BAKAL BERULANG KEPADA KERAJAAN BN!!!!


Kejatuhan Empayar Melaka. Pengajaran dan yang Tersirat.


Oleh Anak Waris
ancient picture melaka port
Gambar hiasan - Pelabuhan Melaka Dahulu.

Melaka sebelum ditawan Portugis atau Peringgi ialah sebuah pusat perdagangan yang maju di Asia Tenggara. Semua masyarakat Melayu bangga dengan Melaka kerana pernah unggul dan mencapai kemuncaknya sebelum ditawan Feringgi atau Portugis. Kehebatan Hang Tuah dan Tun Perak, pencetus wawasan empayar Melaka, memeriahkan lagi sejarah kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.

Sejarah Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara atau Sang Nila Utama dari Temasek (Singapura) untuk mencari penempatan baru. Melaka dinamakan sempena pokok Melaka yang diguna Parameswara untuk berteduh. Kerajaan Melayu Melaka akhirnya berjaya dibentuk oleh Parameswara, kesenimbungan dari kerajaan Melayu di Singapura.

Kota Melaka berjaya menarik pedagang luar datang berniaga termasuk utusan Maharaja China pada tahun 1405. Melaka berjaya berkembang sebagai pusat perdagangan sehingga Maharaja Cina mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah dan negeri Melaka sebuah kerajaan yang sah. Parameswara atau nama Islamnya Raja Iskandar Shah akhirnya berjaya menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang maju dan mempunyai hubungan luar dengan Cina.

Ringkasan pemerintahan raja-raja Melaka.

1400 – 1414: Raja Iskandar Shah (nama Islam Parameswara)
1414 – 1424: Raja Megat Iskandar Shah
1424 – 1444: Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445: Sultan Ibrahim/Sultan Abu Sayid – dibunuh oleh pembesar Melaka akibat rasa tidak puas hati dengan pemerintahannya.
1445 – 1459: Raja Kassim/Sultan Muzaffar Shah. Melaka pernah diserang sebanyak 2 kali oleh Siam. Dipatahkan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah.
1459 – 1477: Sultan Mansur Shah – zaman kemuncak Melaka. Kegemilangan Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.
1477 – 1488: Sultan Alauddin Ri’ayat Shah
1488-1511: Sultan Mahmud Shah
tun perak
Melaka mencapai zaman kemuncak kuasa ketika di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dan empayar Melaka meliputi Semenanjung Melayu, Singapura dan Sumatera. Tun Perak sebagai bendahara pada ketika itu menjadi tulang belakang dan pencetus wawasan empayar Melaka.

Kejatuhan Melaka bermula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Beliau naik takhta setelah ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia muda. Ketika itu Hang Tuah dan Tun Perak sudah tua. Ditambah lagi dengan sikap Sultan Mahmud Shah yang tidak elok, sedikit sebanyak menyumbang kemerosotan pemerintahan Melaka ketika itu. Kedatangan Portugis ke Melaka pada pada tahun 1509 tidak disenangi banyak pihak termasuk pedagang-pedagang Arab dan India Muslim. Ini ditambah lagi dengan sikap buruk orang-orang Portugis yang suka membuat kacau.

Menurut sumber Sejarah Malaysia, kedatangan Portugis awalnya dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab mendesak sultan dan bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru itu, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Feringgi atau Portugis dan menyerang angkatan laut mereka.

Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan kepada mereka. Setelah mendapati rancangan asal telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata ketika sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka.

Pada tahun 1511, satu armada Portugis kembali dan menyerang Melaka setelah beberapa siri rundingan awal gagal. Asal sebab Portugis menyerang Melaka kerana penawanan orang-orang Portugis dan kepentingan Melaka kepada mereka setelah Goa, India. Serangan pertama Portugis gagal, tetapi berjaya menawan Melaka pada serangan ke-2. 

Sultan Mahmud Shah telah lari ke Pahang dan kemudiannya menetap di Pagoh.
Bagaimana Melaka yang begitu kuat telah kalah dengan mudah selepas serangan kedua Portugis? Mengikut sejarah peperangan seperti U.S.yang menawan Iraq, strategi peperangan yang baik tidak akan berjaya dengan mudah jika tidak dibantu dari dalam. Dalam hal ini, tentunya Melaka mempunyai pengkhianat/pembelot yang berpaling tadah.

Penulis yakin bahawa ada fakta sejarah yang telah disorokkan. Ada pihak yang tidak mahu masyarakat Melayu Islam tahu sejarah sebenar. Bangsa Melayu sememangnya lebih hebat dari bangsa Feringgi dari segi peralatan perang dan meriam. Mana mungkin Melaka yang pernah digelar ‘Venice of East’ ditawan dengan mudah?

Ingat lagi Melaka pernah diserang oleh angkatan laut dan darat Siam ketika Sultan Muzafar Shah memerintah? Dengan kekuatan armada laut dan darat Melaka, dipimpin oleh Tun Perak, Tun Hamzah (Tok Bongkok) dan Hang Tuah, mereka berjaya menggagalkan serangan Siam. Begitu hebatnya armada laut kita sehingga tidak dapat berfungsi menghidu kehadiran Portugis malah menhalang serangan kapal Portugis. Mana menghilangnya armada laut Melaka ketika Melaka diserang? Ada pendapat mengatakan mereka berpaling tadah dan bersama-sama menyerang Melaka.

Kesian Melaka, kesian Raja Mahmud Shah dan memang patut beliau mendapat balasan demikian.. Penulis tidak berkata demikian! Apapun semuanya telah berlaku dan pengajaran yang pahit terpaksa kita telan melihat empayar Melaka jatuh dalam sekelip mata. Bayangkan kesannya setelah habis perang. Harta benda dirampas, rakyat menderita dan dibunuh, perempuan/gadis Melaka dijadikan korban perang dan banyak lagi kesan yang boleh kita fikirkan apabila perang berlaku dan berakhir..
terakol
Terakol
Mengikut sejarah ‘rasmi’, empayar Melaka mudah tewas kerana Portugis/Barat lebih hebat. Takkan hendak berlawan hanya bekal keris dan lembing? Melayu tiada baju besi, tiada meriam atau senjata api.. Itu kata masyarakat Melayu kita sendiri yang buta sejarah dan meperlekehkan bangsa sendiri.. Kaji dahulu sebelum ketawa!
atchewarriorsmj9
Melayu ketika itu sudah pandai membuat baju besi.. Melayu juga hebat dengan peralatan perang.. dengan perisai baju besi, pemuras, terakol, istinggar dan meriam (Lela Rentaka).
pemuras
Contoh pemuras. Sumber: wikipedia
Tidak masuk akal jikalau Melaka sebuah pelabuhan perdagangan serata dunia sebelah Asia tidak terdedah kepada teknologi terkini. Kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan Melayu nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol.
muziumperakmeriamlelachyu1
Meriam Lela
Catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan Melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan Melayu lain di Asia Tenggara.
meriam
Portugis sebenarnya dibantu oleh kerajaan-kerajaan kecil dari Siam, Jawa dan Sumatera yang tidak berpuas hati dengan Melaka dari dahulu lagi. Ditambah dengan askar upahan dari Goa, Siam dan Jawa serta bantuan pembelot dari dalam iaitu pedagang Jawa dan Cina, menambah kejayaan Portugis menawan Melaka. Siapa tidak kenal dengan pembelot Melaka, saudagar Jawa yang bernama Utimutiraja. 

Disebabkan rasa tidak puas hati dan inginkan emas dalam istana, dia mengarahkan hamba-hambanya yang seramai 5000 orang memihak kepada Portugis. Pendapat mengatakan Utimutiraja akhirnya dibunuh oleh Portugis kerana bimbang beliau akan belot kali ke-2.

Sultan Mahmud Shah juga tidak mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak dipunyainya.. Tun Fatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui sultan, telah berkahwin dengan Tun Ali. Akibat rasa cemburu dan tidak senang hati dengan tindakan Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan Tun Fatimah terlebih dahulu kepadanya, Sultan telah murka. Terlebih dahulu Datuk Mandeliar dan Si Kitol telah menghasut Sultan Mahmud Shah – masuk jarum.. Alahai sultan, mudahnya terpengaruh!!

Mengikut penulisan Kassim Ahmad tentang sejarah Melaka dalam buku ” Kekerasan Dalam Sejarah”, hampir semua sultan Melaka mempunyai isteri dalam kalangan anak perempuan bendahara, termasuklah Sultan Iskandar, Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah. Atas sebab inilah, perbuatan Bendahara Tun Mutahir telah berlawanan dengan amalan kebiasaan yang mana beliau seharusnya memaklumkan/mempersembahkan anak perempuannya, Tun Fatimah kepada Sultan Melaka terlebih dahulu.

Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan. Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah (masih kecil).

Akibat dari perbalahan dalaman ini menyebabkan sebahagian pedagang-pedagang tidak puas hati dan marah. Keadaan Melaka bertambah kacau apabila Portugis datang buat kali ke-2 dan melancarkan perang ke atas Melaka. Kekalahan Melaka ditangan Portugis banyak disebabkan oleh faktor dalaman.

Akibat perbuatan Sultan, fitnah dan rasa iri hati serta tamak menonjolkan watak pelaku seperti Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja sebagai pembelot.. Mereka inilah yang membantu Portugis masuk dari pintu belakang menyerang Melaka dan tidak dijangka oleh pengawal-pengawal kota Melaka. Ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam ada musuh dikalangan kita!

1. Sejarah Melaka – Sejarah Malaysia.
2. Wikipedia – Kesultanan Melaka
3. Penyelidikan ilmiah.

No comments: