Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Azab Kubur Yang Mengerikan Kerana Bertatoo Salib Di Dada.
Seorang hamba Allah, Amin memandikan mayat seorang
polis Melayu. Dia terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk
salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut
dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Dia merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu lalu bergegas
ke pejabat agama berdekatan dan melaporkan kejadian yang dilihatnya
yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat
harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu
itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas
ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang
mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar
dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas
merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar
dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa
azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih
dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali
hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.
Pengajaran cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India
semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi
Allah ialah yang paling bertaqwa dan beriman. Justeru usah dibanggakan
dengan bangsa.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad
atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu
bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus
diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara
main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada
keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku
keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar.
Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang
dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang
kepada murtad juga.
Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan
amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment