Friday 10 August 2012

WIRA YANG TAK DIDENDANG!!!!

                                
Engku Khatib Imam Perang: Peranannya dalam Penyebaran Islamdi Ulu Tembeling.


( Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff ,Fairuzah Hj Basri)
1. Pengenalan
 Penelitian terhadap makam, khususnya batu nisan memang selalu digunakan oleh ahli-ahlisejarah untuk menentukan pentarikhan dan penyebaran Islam di sesuatu kawasan. 

Bentuk nisan, misalnya batu Aceh boleh menjadi indikator bahawa makam itu wujud sekitar abadke 15 hingga 18 masihi iaitu zaman kegemilangan kerajaan Aceh di Sumatera yang manasalah satu eksportnya ialah batu nisan yang mempunyai bentuk dan ukiran yang unik (Othman Mohd Yatim, 1988). Batu nisan-batu nisan juga dijadikan pembuktian olehsarjana-sarjana lain dalam menentukan tarikh dan juga asal usul kedatangan Islam kesesuatu tempat kerana batu nisan untuk tokoh-tokoh penting seperti ulama atau pendakwahakan mempunyai diskripsi termasuklah tarikh-tarikh penting terutama tahun kematiantokoh berkenaanSalah satu struktur atau artifak yang paling penting yang boleh memberi inferensi penting tentang kedatangan dan penyebaran Islam di pedalaman Pahang ialah sebuahmakam yang berusia melebihi 100 tahun di Kampung Bantal, Ulu Tembeling. Makam inimasih berkeadaan baik, walaupun temboknya telah menggalami hakisan dan mendapan.Makam ini dikenali sebagai makam Engku Khatib. Walaupun beberapa kubur lama bolehditemui di sepanjang Sungai Termbeling, seperti di Kampung Kuala Sat, Kampung KualaKeniam dan Kampung Sepia, namun kubur-kubur lama ini tidak dapat memberi maklumatlanjut kerana batu nisannya adalah dari jenis batu sungai dan tidak mempunyai apa-apainskripsi. Namun kubur-kubur lama yang dijangkakan berusia melebihi 100 tahun masihmenjadi petunjuk akan kewujudan komuniti Islam yang telah lama bertapak di sepanjangsungai Pahang termasuk cawanganya seperti Sungai Tembeling ini.  Kubur lama yang mempunyai kaitan 
dengan tokoh-tokoh Islam di daerah ini termasuklah EngkuWan Ahmad bin Engku Wan Endut.Beberapa tinggalan atau artifak yang ditemui menerusi kajian ini ialah kitab-kitabagama yang sesetengahnya berusia menghampiri 100 tahun yang disimpan oleh penduduk di Kampung Bantal. Kitab-kitab bercetak termasuk sebuah manuskrip yang tidak bercetak menunjukkan telah ada tradisi keilmuan tradisional di daerah pedalaman ini sejak puluhantahun dahulu.
2. Makam Engku Khatib
Makam Engku Khatib yang terdapat di Kampung Bantal iaitu di koordinat N 04º 30.069’,E102º 08.634” di satu kawasan perkuburan yang dikenali sebagai kubur Bukit Hangus.Kawasan ini terletak lebih kurang satu kilometer daripada tebing Sungai Tembeling iaitusalah satu cawangan Sungai Pahang. Kawasan ini dipilih sebagai tapak perkuburan keranakedudukannya yang agak tinggi dan berbukit, oleh itu ia bebas daripada ancaman banjir.
2.1 Struktur Binaan Makam
Binaan makam ini terdiri daripada tembok setebal 30 cm yang dibuat daripada batu sungaidan simen. Mengikut cerita penduduk tempatan, terdapat tembok yang tinggi iaitu melebihi paras dada melindungi makam ini dan tinggi tembok ini pada tahun 1950-an adalahmelebihi 1 m.
Rajah 1.2: Lakaran batu nisan Engku Khatib bin Tun Abdullah.
2.2 Inkripsi Batu Nisan Engku Khatib

Inskripsi batu nisan Engku Khatib hanya mengandungi maklumat mengenai nama dantarikh meninggal selain daripada kalimah Allah serta Muhammad. Selain daripada itu tiadakalimat lain seperti ucapan doa kesejahteraan mayat atau lainnya seperti yang terdapat padasesetengah batu nisan yang ditemui di Alam Melayu. Nama yang terukir pada batu nisanmenggunakan tulisan Jawi khat nasakh; satu jenis khat yang luas penggunaanya di rantau Alam Melayu.

Tulisan khat ini dikelilingi lingkaran bulat seperti pada gambar di bawah.Tulisan khat ini jelas dikenalpasti dan dibaca setelah dilakukakan pembersihan pada batunisan tersebut.Tarikh yang tercatat pada batu ini menggunakan bulan Islam(Rabiulawal),sementaradiikutidengan catatan tarikh yang menggunaan nombor Arab tetapi merujuk kepada tahun masihi.Penggunaan angka Arab untuk tahun masihi telah menjadi satu tradisi penulisan Melayuseperti yang dapat dilihat pada manuskrip berjudul Sejarah Tok Janggut 
.Angka yang jelas tercatat ialah 18 ? 5 (ditulis dalam angka Arab). Seandainyatarikh ini dimaksudkan dengan 1805 masihi (ditulis dalam angka Arab), ia tidak relevandengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupan tokoh dan juga peristiwa- peristiwa penting di Pahang. Angka di antara 8 dengan 5 berkemungkinan adalah 7dengan andaian tulisan telah mengalami hakisan semulajadi pada garis yang membentuk angka 7. Oleh itu, tarikh yang lebih sesuai pada batu nisan ini ialah 1875masihi.Selain dari tulisan khat, batu nisan ini juga mengandungi sedikit ragam hias ringkasyang bermotif bulan sabit dan bintang dalam kedudukan sejajar. Motif bulan sabit dan bintang ini seolah-olah menjadi kemuncak dan penutup kepada bulatan yang mengelilingikhat.Seni ragam hias dan bentuk batu nisan Engku Khatib yang lebih unik.

Foto 2: Inskripsi pada Makam Engku Khatib.Foto 1: Nisan Engku Khatib dengan inskripsinyaInskripsi pada batu nisan Engku Khatib bertulis seperti berikut:– 12____ Engku Khatib  12 Rabiulawal sanah 1875 Perang
 
2.3 Siapakah Engku Khatib?
 Nama sebenar beliau ialah Wan Endut bin Tun Abdullah. Tun Abdullah adalah anak kepada Tun Pedah Yusuf (Tun Da) bin Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid.Tun Pedah Yusuf (Tun Da) dilahirkan pada tahun 1718 dan memerintah antara tahun 1720-1802. Silsilah keturunan Tun Da berasal daripada Sultan Pahang, iaitu Tun Habib AbdMajid (mangkat, 1697) yang menjadi Bendahara Pahang dan memerintah bagi pihak kerajaan Johor (1688-1697) (Muzaffar, 2001).
 Menurut adat Melayu Melaka seorang sultan dibahasakan sebagai Tuanku danketurunannya menggunakan prediket Raja di pangkal nama dan dibahasakan sebagai Tengku sedangkan keluarga bendahara meletakkan prediket Tun di pangkal nama dan dibahasakan sebagai Engku yang ditakrifkan sebagai ‘darah separuh raja’ ( Suzana, 2001). 

Berdasarkan keterangan tersebut jelas bahawa Engku Khatib adalah berketurunan daripada susur galur bendahara Pahang. Engku Khatib dikenali sebagai al-Marhum Bukit Hangus,  sempena namatempatpemakaman 
beliau di situ. Bukit Hangus merupakan salah satu mukim dalam Kampung Bantal. 


Sebelum merdeka, Bukit Hangus merupakan penempatanyang penting kerana kawasan ini agak selamat daripada limpahan banjir sungai Pahang.Peranan Engku Khatib dan bapanya membantu Bendahara Wan Ahmad dalam peperangansaudara di Pahang sangat penting. 


Hubungan kekerabatan dengan keluarga Diraja Pahang membolehkan keturunan mereka menyandang jawatan Hulubalang Diraja atau PenghuluUlu Tembeling. Engku Khatib termasuk salah seorang penghulu Ulu Tembeling terawal.Jawatan ini kemudiannya disandang oleh anak beliau iaitu Engku Wan Ahmad Bin Wan Endut (m. 1934). 


Berdasarkan laporan etnografi yang dikumpulkan di Kampung Bantal, Engku Khatib dipercayai sebagai orang yang bertanggungjawab menyebarkan Islam danmenguatkuasakan peraturan-peraturan hidup berasaskan syariat Islam di Ulu Tembeling termasuklah Kampung Bantal ini


Tugas awal yang dilakukan oleh beliau ialahmembersihkan masyarakat daripada amalan pemujaan dan khurafat. Beliau juga dikatakanseorang yang tegas mengamalkan adab-adab Islam dalam keseluruhan tindakan dan pekerjaan.


 Kepada penduduk Kampung Bantal beliau dikenali sebagai seorang yang sangat warak sehingga diberi gelar “Berak berjampi, 
tidur berjampi”.
Jampi dalam konotasi masyarakat tradisional ialah sama dengan doa.Berdasarkan peristiwa-peristiwa dan kronologi masa tentang Engku Khatib ini,terdapat tokoh yang sama disebut dalam Hikayat Pahang .
Dalam Hikayat Pahang Engku Khatib bergelar “Imam Perang Encik Endut” 
atau “Panglima Kakap Cik Endut” atau 
“Panglima Raja”. 

Beliau juga disifatkan sebagai panglima yang sangat berani, berbudi bahasa dan sangat disayangi oleh raja sehingga diberi gelaran Imam Perang. 

Gelaran ini  diberi kepada Engku Khatib setelah Imam Perang Diraja, dipercayai bapa beliau meninggal dunia. Engku Khatib terlibat dengan peperangan saudara antara Tun Mutahir dengan TunAhmad. Semasa peperangan tersebut, beliau mengalami luka-luka dan terpaksa berundur. 

Beliau dikatakan turut terlibat dalam perang saudara peringkat kedua ketika Wan Ahmad mengalami kekalahan dan terpaksa berundur ke Terengganu. Mengenangkan jasa beliau yang membantu Tun Ahmad, maka beliau telah dilantik sebagai pemerintah UluTembeling.

 Maka dapat disimpulkan bahawa jawatan beliau sebagai pemerintah UluTembeling telah diwarisi daripada bapa Engku Khatib sendiri iaitu Tun Abdullah dan seterusnya diwarisi pula oleh anaknya, Engku Wan Ahmad.

 Engku Khatib mempunyai enam orang anak lelaki. Salah seorang anaknya bernamaEncik Engku Wan Ahmad Bin Engku Khatib Wan Endut yang berkahwin dengan Daeng(Dayang) Khadijah Binti Muhammad, seorang anak menteri dari Brunei. 

EngkuWan Ahmad meninggal pada tahun 1934, manakala Daeng (Dayang) Khadijah meninggal pada tahun 1909 dan dikebumikan di Bukit Hangus, Kampung Bantal, Ulu Tembeling.

Walau bagaimanapun makamEngku Wan Ahmad yang menjadi penghulu di Kampung Bantal dan mewarisi jawatan dari bapanya Engku Khatib itu tidak diketahui. Mengikut sumber lisan makamnya terdapat diKuala Tembeling Pahang.  

Engku Wan Ahmad mewarisi personaliti bapanya, sebagai seorang yangmenegakkan hukum-hukum agama di kalangan masyarakat Islam di Kampung Bantal.


 Beliau telah menetapkan hukuman takzir bagi orang yang tidak menunaikan solat 
Jumaatdengan menjemur di tengah panas dan dicukur kepalanya hingga botak. Tindakan tegas inidilaksanakan mungkin kerana sistem pelaksanaan hukuman Islam telah menjadi warisansejak zaman pemeritahan Engku Khatib lagi. 


Selain dari itu, pengajian kitab-kitab agamayang dipelajari di masjid-masjid turut menyumbang kepada pelaksanaan hukum Islamdalam masyarakat tempatan. Antara kitab yang digunakan seperti kitab Musalli dan Faidatul Faraid


Setelah memahami hukum Islam, pelaksanaan mula dikuatkuasakan. 


(temubual Abu Zaman Yusuf:2009)Walaupun tarikh pada batu nisan Engku Khatib agak mengelirukan, namun tarikhkematiannya dianggarkan sebelum tahun 1900. Tarikh kematiannya mestilah lebih awaldaripada tarikh kematian menantu beliau, Dayang Khadijah yang meninggal pada tahun1909 dan kemudiannya dimakamkan dalam kawasan makam yang sama


Menurut sumber tempatan lain, makam Engku Khatib telah wujud sebelum tahun 1926 M; tahun berlakunya peristiwa banjir besar yang menenggelamkan kampung sepanjang Sungai Tembeling. Ini bermakna tarikh kewafatan Engku Khatib adalah lebih awal daripada tahun berkenaan. 


1)Tarikh pemerintahan Engku KhatibTidak terdapat bukti yang jelas tentang tarikh pemerintahan Engku Khatib, namun demikian jangkaan tarikhnya boleh dikira berdasarkan penglibatan beliau dalam Perang Saudara Pahang dan susur galur keturunannya berbanding susur galur Tun Koris. Perang saudara peringkat kedua sekitar awal tahun 1861 dan perang ketiga sekitar tahun 1863.Berdasarkan silsilah keturunan Tun Habib Abdul Majid (1770-1802), Engku Khatib adalahcicit Tun Habib sama dengan kedudukan Tun Mutahir (1857-1863)
dan Tun Ahmad(1863-1914) yang juga 
cicit kepada Tun Habib. 
Oleh itu, kemungkinan besar zaman pemerintahannya sekitar pertengahan abad ke-19 hingga akhir abad ke 19. 


2) Penglibatan dalam Perang Saudara Pahang 1857-1863
Perang saudara di Pahang dibahagikan kepada kepada tiga peringkat, iaitu Peringkat Pertama, atau Perang Kemaman dalam tahun 1857M, Peringkat Kedua, atau Perang Endau dan Kuantan dalam tahun 1861M, dan Peringkat Ketiga, atau Perang Temai yang berlaku pada awal tahun 1863M yang berakhir dengan tragedi kemangkatan Tun Mutahir dua beranak akibat luka parah di Kuala Sedili pada bulan Mei 1863M.Engku Khatib dikatakan pernah terlibat dalam perang saudara peringkat kedua di Endau.

Kesimpulan
 
Kajian ini membuktikan bahawa wujud pertapakan dan penyebaran Islam di UluTembeling sejak awal abad ke-19 lagi. Di antara faktor utama kepentingan penyebaranIslam di sini ialah kedudukan yang strategik berhampiran dengan jalan sungai utama keTerengganu, ke Kelantan dan ke Melaka dan Johor. Kedua ialah peranan dan pengaruh para ulama tempatan menyebarkan ajaran Islam melalui dakwah dan pengajian kitab. Disamping itu, pengaruh Islam tersebar melalui peranan tokoh-tokoh tempatan yangmendapat pendidikan Islam melalui tokoh-tokoh ulama tempatan dari daerah atau negeri yang berjiran. Namun orang luar atau pendakwah dari luar juga berperanan terutama pada peringkat awal perkembangan Islam. Dalam konteks kajian ini, tokoh tempatan yang berperanan menyebarkan Islam di kawasan Ulu Tembeling sekitar pertengahan abad ke -19ialah Engku Khatib bin Tun Abdullah. Walaupun tidak banyak keterangan tentang riwayat hidup beliau, namun demikian perjumpaan tapak makam beliau dan cerita-cerita lisan mengenai ketokohan dan kesufian beliau boleh dijadikan bukti pertapakan Islam dan penghayatan Islam berdasarkan Ahli Sunnah Waljamaah yang bermazhab Syafii.





                           TUN HABIB ABDUL MAJID(1770-1802)
                ________________________/_________________________________
                /                                         /                               /                                       /
TUN ABD MUTALIB  TUN MUHAMMAD  TUN KORIS  TUN PEDAH(TUN DA)
                                                                                    /                              /
                                                                     TUN ALI            TUN ABDULLAH                                                                      (1853-1857)                      /
                   _____________________/_______                           /
                  /                                                      /                           /
  TUN AHMAD                          TUN MUTAHIR       ENGKU KHATIB
                      (1863-1914)                (1857-1863)      (PERTENGAHAN ABAD 19)
            (SULTAN PAHANG PERTAMA                                   /
              DARI NASAB BENDAHARA)                  ENGKU WAN AHMAD
                                   /                                                           (m.1934)  
                                   
(KETURUNAN KESULTANAN PAHANG
           MODEN)

                                          

  Rajah 2: Salasilah Engku Khatib dan kaitannya dengan keturunan Diraja Pahang( Diubahsuai dari Suzana (2001) dan Buyes( 2009) 



Bibliografi
Abdul Rahman Hj Abdullah. (1989).
 Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional 
.Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.Abdul Monir Yaacob. (1992). Tuk Shihabuddin Zainal Abidin, Pendakwah dan Penyair dalam
Ulama Islam dalam Kenangan
. Bangi: Penerbit UKMAuni Hj. Abdullah. (1991).
 Islam Dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan Alam
 Melayu
.Kuala Lumpur: Nurin EnterpriseAuni Hj. Abdullah. ( 2005).
Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme Dalam Sejarah Alam Melayu.
Kuala Lumpur : Darul Fikir Awang Mohd Jamil Al-Sufri. (2001).
Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam
. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah BruneiBuyong Adil. (1984).
Sejarah Pahang 
. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bougas. W.A. (1988).
 Islamic Cemeteries in Patani
. Kuala Lumpur:The MalaysianHistorical SocietyClifford, H. (1992).
 Report of an expedition into Trengganu and Kelantan in 1895
. Ulangcetak MBRASFarid Mat Zain (ed.) (2007)
 Islam di Tanah Melayu Abad ke 19
, Kuala Lumpur: KarismaPublications Sdn. Bhd.Gray,C. (1852). Journal of a route overland from Malacca to Pahang across the MalayanPeninsula.
 Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia Vol. 6 
Ismail Che Daud. (2001).
Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Tanah Melayu (1).
KotaBharu: Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Nakula (Abdullah Mohamed). (1980).
 Falsafah dan Pemikiran Orang-Orang Melayu
.Kuala Lumpur: KKBS Nicholl, R. (ed) 1990.
European Sources for The History Of The Sultanate Of Brunei InThe 16 
th
Century
. The Brunei Museum: Brunei.

1 comment:

Anonymous said...

Ass...salam rahmat kpd blogger kutukan dewata diatas sejarah ini...pencarian keturunan saya byk bergantung kpd maklumat sejarah..diatas fakta ini telah menemukan sy dgn moyang dan tok moyang sy...terima kasih semoga allah melindungi kamu....(cicit che wan ahmad bin engku khatib).