Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan
kepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata
saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan
ke arah mereka.
” Bincang apa tu ? Serius aku tengok,” saya menyapa.” Haaa…Din, kau
tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”
kata Jaimi, kawan saya.
” Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah,”
jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka
katakan itu.
” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu
10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi
lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.Sekarang ni orang
tengah nak keluarkan dia…tapi belum boleh lagi “.
” Kenapa jadi macam tu ? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan
ceritanya.
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan
semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu
meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar
Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan
memberikannya
wang.
wang.
” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak. ” Mana emak
ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan. Sambil itu
dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap
darah tinggi,
lemah jantung dan kencing manis.
” Maaak…kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.
” Yalah, mak tau…tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.
” RM 20 aja !” si gadis berkata.” Tak ada ,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut menyanggah, katanya, ” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar !
”
” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; ” kalau abang, boleh,
tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke
pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
“Saida..Sai..dddaaa.. ” katanya perlahan
sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut
tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya
masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.
masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.
Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.Hampir sejam kemudian,
barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya
tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah
leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan
menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.
Meraung si gadis melihat mayat ibunya tu. Melalui jiran-jiran,
kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya ; ” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul
12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya
nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun
tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat bantu. ” Tapi bila budak perempuan tu
tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh
angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat
tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah
payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas. ” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.
Wajahnya serta-merta pucat lesi. ” Apa pasal,” Si ayah bertanya. ”
Kaki Saida ni..tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi
seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. ” Ayah, tarik
tangan saya ni. Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut
menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya
keluar, juga tidak berhasil. ” Ayah…kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida ,
ayah..” si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang
bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki
si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. ” Tolong
saya ayah, tolong saya…kenapa jadi macam ni ayah ?” kata si gadis sambil meratap.
"Itulah, kamu yang buat emak sampai
dia meninggal .
Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si
ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. ”
Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .
Sambil
itu di peluk dan di cium jenazah emaknya. Airmatanya sudah tidak boleh
diempang lagi.
” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya
yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya
boleh ditarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik
keluar namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam
membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.
” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat
lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam
mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
” Habis anak saya ?” tanya si bapa. ” Kita akan terus cuba tarik dia
keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak
awak kita selamatkan,” balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju.
Lalu seperti yang di putuskan, upacara
pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si
gadis masih di dalam kubur. Bila talkin di baca, dia menangis dan
meraung kesedihan.
Sambil itudia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi
tidak berhasil. ” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah
lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke
kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.
” Aku pun nak pergilah,”
kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke
kubur.Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus
berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke
celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan
paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana
di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa
puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok
rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada
polis berkenaan adalah kenalan saya.
” Pssstt…Raie…Raie..Psstt,” saya memanggil , Raie yangperasan saya memanggilnya mengangkat tangan. ” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.
” Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan
seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada
orang yang tahu. ” Sekejap aja. Bolehlah…”saya memujuk. Alhamdulillah,
setelah puas di pujuk dia mengalah.
Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan
dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun
demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau
keluar. Kedua; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada
gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang
polis memerhatikan kedatangan saya.Raie mendekati mereka dan
berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk.
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah
kubur.Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya
lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
teresak-esak.
Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan
merintih ; “Emak…ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada
emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah
ibunya. ” Emak…lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.” Sudahlah tu
Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.
Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.
Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke
atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada
arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini
berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah
kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 – 15 minit saja kerana
Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan
saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku
bertaubat, aku insaf…”
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan
adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan
air matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi
perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di
dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan
tetapi tidak dibenarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi
kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari
kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih
begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan.
Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara
tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu
,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke
tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik-beradiknya masih tetap di
sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah
dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula
menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya
dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu
kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan dibakar kepanasan
matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga
kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih
sangat dengan apa yang di lakukannya.
Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan
seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.
sumber: Facebook
No comments:
Post a Comment