Kisah Menarik Bagaimana Loo Jo Yee Binti Abdullah Peluk Islam
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak
perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan
kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun,
disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama
Islam bermula 18 tahun sahaja.
Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu
permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat.
Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan
itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah
sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama
Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing.
Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk
masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji
al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan
Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari
perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa
ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika
beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher.
Doktor
mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau
merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor
mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin
dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2
kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga
dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat
bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat
terhadap beliau.
Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk
berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Semoga Loo Jo Yee sentiasa di bawah lindungan Illahi.Amin!!!!
No comments:
Post a Comment