Balasan Pertikai Hukum Allah...
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal
dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi
atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua
yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua
itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang
tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya
sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?
Apakah kamu
mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas
menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada
anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
” Jika ISLAM itu BENAR,
tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah
serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya
lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis
manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya
yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang
menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan
mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina
agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk
para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.
Sedetik
kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang
menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam
kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang
ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali
lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua
tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana
tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh
tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan
mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan
Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai Muslim sejati.
Jangan sesekali kita mempertikaikan
hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau
mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap
akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila
kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh,
siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan
Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan
bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam
pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda
berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah
sentiasamemberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia
memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita,
amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya
sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.
Melayukini.net - Jangan ingat sekiranya kita melakukan maksiat, kita
seperti merasakan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Allah SWT sentiasa
menerima taubat bagi sesiapa yang mahu bertaubat denganNya. Namun, jika
engkar, Allah SWT sudah menyediakan neraka bagi hambaNya yang kufur.
No comments:
Post a Comment